16 Aug 2008 HIDUP ADALAH SATU PERJALANAN YANG INDAH, JIKA TIADA KESESAKAN LALULINTAS TERUTAMA KETIKA MAHU PERGI DAN PULANG DARI BEKERJA
 |  Category: memori semasa kecil

Bertemu dengan Naga untuk memberi tripod, di mana berlaku salah faham (yang akan kuceritakan pada hari lain).

Duduk di kedai mamak bercerita itu ini.

Kemudian aku terbuka cerita memori semasa di asrama MRSM Gerik dahulu.

Pada penghujung tingkatan 3, seperti kebiasaan tradisi akhir tahun, ini adalah waktu mengambil gambar kenangan.

Zaman itu manusia belum gila DSLR, aku fikir. Aku cuma guna kamera berfilem. Janji objek yang aku mahu jelas di dalam gambar, soal apature, kompisisi, penata cahaya, konstrast, speed semua itu langsung aku tak ambil kisah.

Satu gulung filem habis digunakan. Hari ini hari jumaat dan esok boleh outing ke bandar Gerik sekangkang kera untuk mencuci gambar.

Malam itu, seperti malam-malam yang lain aku berhuha di bilik orang lain tentang pelbagai topik termasuk topik Zaidatul Mazni, yang ketika itu, menjadi pujaan hatiku. Penat berhuha barulah pulang ke bilik sendiri. Ketika inilah seorang kawan datang dengan wajah yang bercerita ‘aku-ada-berita-buruk-harap-kau-bersabar’.

Dia tunjuk gulungan filem milik aku. Sudah terkeluar dari bekasnya.

Nak jadi cerita, ada seorang kawan yang, ya, tolol (pada ketika itu) datang ke bilik aku, berbual dengan teman bilik sedas dua sambil tangannya mencapai bekas filem itu. Tanpa rasa was-was dia terus menarik gulungan filem, yang belum dicuci itu, sepanjang-panjang yang boleh sambil bertanya;

“Kenapaaaa tak nampak gambaq punnnn?”

Malam itu aku mengamuk.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses

  1. haha. sadis!

  2. huhuhu! gua tidak dapat hadir Ahad.

  3. lu pijak tak member lu tu?

  4. kesian hang. **gelak kuat kuat

  5. PP - tak sempat, dia dah lari

Leave a Reply