Selain orang yang sedang koma atau duduk dalam gua, aku hampir pasti yakin 100% rakyat Malaysia sudah tahu apa yang berlaku malam tadi.
Ada beberapa point menarik di sini;
1- Menteri dan timbalan menteri penerangan kalah. Bee End masih belum sedarkah yang rakyat muak dengan propaganda berat sebelah media? Seolah-olah yang tengok tv itu semua orang down-syndrome yang tak tahu membezakan benda?
Aku sempat menonton Selamat Pagi Malaysia pada pagi ahad selepas malam keputusan Pilihanraya. Seorang pemanggil ke udara menyuarakan pendapat yang TIDAK MEMUJI KERAJAAN (dia tak puji pembangkang juga, dia neutral). Teka apa jadi selepas itu?
“Nampaknya panggilan kita terputus,”
2- Bagaimana agaknya hidup penjilat-penjilat bontot Bee End selepas ini? Tambahan pula Selangor jatuh ke tangan “pembangkang”. Selangor dan KL adalah ibu duit penjilat-penjilat bontot Bee End ini. Kita sedia maklum, ramai yang takut hendak menyerahkan kuasa kepada pembangkang kerana takut tiada lagi bontot untuk dijilat. (baca: tiada lagi duit masuk ke dalam poket mereka).
3- Berkaitan isu no 2, ramai menyokong Bee End bukan atas dasar Bee End memakmurkan rakyat. Ia lebih atas dasar kepentingan perut mereka. Bee End berikan sejumlah peluang buat duit. Masakan mahu lepaskan Bee End. Hidup bermewah-mewah mereka akan terjejas nanti.
4- Adakah Bee End masih berani memainkan isu racisme? Adakah keris akan diangkat buat kali ketiga? Adakah Bee End masih juga mahu menyuntik isu Malay Supremacy?
5- Ada orang tanya, bolehkah PKR memerintah Selangor? Tak cuba tak tahu, kalau tak suka, empat tahun lagi undi balik Bee End. Benda ini senang, jangan rumitkan. Ramai yang mempersoalkan ini juga sebenarnya ada kaitan dengan isu no 2 dan 3, masing-masing risau tak boleh makan rasuah lagi, tak dapat tender perniagaan, tender itu, tender ini.
6- Ramai yang undi pembangkang, bukan sebab mereka memang sokong pembangkang, mereka sebenarnya bencikan Bee End. Masih tidak fahamkah?
7- Aku suka Khairy, Mukhriz dan Najib menang. Heheheeheheheehehe. Ada check and balance dalam UMNO. Najib seorang pemimpin yang bagus, tapi dia mesti ada seorang rebel untuk buat dia berwaspada.
8- Isu minyak dan tol buat ramai undi pembangkang. Pro BN main sentimen, “pembangkang takkan boleh turunkan harga minyak dan tol”. Betul. Mungkin tol dan minyak tak boleh turun. TAPI IA MUNGKIN TAKKAN NAIK. Itu sudah cukup bagus. Lagipun orang undi bukan atas dasar itu sahaja. Orang yang undi pembangkang pun kena fikir isu itu juga.
9- Bagaimana DAP-PKR-PAS hendak membina pakatan? Adakah pakatan ini akan roboh?
10- Kenapa Pak Menteri ramai tak bertanding di kawasan bandar? Musykil juga.
11 - Hendak diikutkan, Bee End sebenarnya hilang 6 wilayah, kalau hendak dicampurkan dengan Kuala Lumpur yang majoriti kawasan Parlimen dipegang oleh pembangkang.
12- Aku berharap agar keputusan piliharaya ini membuka mata orang-orang Bee End untuk bekerja lebih keras memakmurkan negara. Bee End punya ramai wakil rakyat yang berbakat, cuma mungkin mereka tertidur terlalu lama. a
13 - Selepas ini PKR-DAP-PAS digelar ‘kerajaan’ mengikut negeri-negeri yang mereka perintah.
14- Berapa lama PKR-DAP-PAS boleh pegang negeri-negeri itu?
15- Adakah Bee End akan guna taktik sekat fund ke atas Selangor sebagaimana mereka buat ke atas Kelantan? Selangor adalah ibu duit, kalau tak membangunkan Selangor, imej mereka juga tercalar, menarik, menarik
Adapun point-point di atas hanyalah berdasarkan pemerhatian naif seorang rakyat. Kalau kalian ada pandangan tersendiri, tulis di blog masing-masing.
Pascakata: Tahniah buat Mak dan ayah kerana impian mereka untuk hidup di negeri diperintah PAS tercapai.

Monday, 10. March 2008
ngahahaha.
Ku harap duit x-mb itu cukup membeli botok di hari-hari pencennya.
muahahaha.
Monday, 10. March 2008
hahahha….tapi perak DAP menang
Tuesday, 11. March 2008
aku setuju dgn no. 8 tu.
BA cuma pegang negeri2.
sedangkan harga minyak ditentukan oleh kabinet.
lainlah cerita kalau BA yg jadi parti memerintah.
tapi, sekurang2nya dgn suara BA yg lebih ramai di parlimen,
tak bolehlah kerajaan nak naik harga sukatimakbapakdia.
suara kita rakyat biasa pun tentu lebih keramat selepas ini…
Tuesday, 11. March 2008
yup media macam sial giler tahun ni…macam la BN jer yg bertanding PRU12 ni
papepun Zam + Sammy Vellu dah mampos….azam 2008 aku tercapai jugak akhirnya….tinggal sekor lg rapidah aziz
Tuesday, 11. March 2008
Kalau mereka terus mau angkat isu Malay Supremacy, itu akan menjadi senjata yang memakan tuan. Aku melihat BN survive dalam alaf yang terdahulu sebab mereka adalah satu partai yang unik dan dinamik. Tapi kini aku sangsi adakah BN boleh dinamik dalam alaf ini?
Maksud aku bagaimana BN mau menyesuaikan dirinya dengan perubahan citra dan citarasa generasi pasca merdeka ini? Iyelah pada aku tak kiralah dia bangsa apa asalkan dia layak, dia ada hak untuk mengisi jawatan dalam kabinet.
Pengagihan jawatan menteri berdasarkan partai dah ketinggalan zaman.
Contoh adakah semistinya Kementerian Kesihatan mesti diterajui oleh wakil MCA, Kewangan mesti UMNO…dan PM dan Timbalan PM pula mesti dari presiden dan naib presiden dari Parti yang paling banyak kerusi dalam Parlimen. Ko fikir ada logik, ada sesuai, ada relaven ka dalam abad ini? Persoalannya, wat if Presiden itu masa piliharaya, mejoritinya merosot atau menang sipi-sipi sahaja, maka wajarkah dia jadi PM?
Contoh lagi, pada PRU ini kemenangan BN kali ini banyak dibantu oleh prestasi cemerlang di Sabah dan Sarawak, maka wajarkah jawatan menteri diisi oleh partai componen yang mencatatkan prestasi yang sangat buruk. Aku mempersoalkan wajarkah MCA yang hanya menang 15 dari 40 kerusi perlimen yang ditandingi itu dapat jawatan menteri dalam kabinet? Pada akulah baik kasi kat Pairin Kitingan…Yah hidup Supream Leader hehehe. sori aku muka tempe murtad mai kempen kat sinilah pula, hahahha
Now aku harap ko faham kenapa ada orang alergi dengan nama aku, itu pasal kalau aku masuk tuan rumah pasti dapat spoiler, dan spamer.
Tuesday, 11. March 2008
Tahniah kpd semua pemenang
kpd yg kalah,takde masa depan utk anda
heheh
tiga faktor utama kekalahan BN di 5 negeri
1. Alternatif media
2. Overconfidence
3. KJ (bukan Kelana Jaya tp Khairy Jamaludin)
aku bole je nak elaborate tp lain kali la
Tuesday, 11. March 2008
Tahniah jugak kepada mak dan pak mentua.
Tuesday, 11. March 2008
ye truckster, tinggal sekor jek lagi si rafidah aziz..
paling suka point no 15..
Tuesday, 11. March 2008
opss… paling benci sekali adalah MB pahang.. benci pun bersebab.. pernah satu tika dulu masa waktu muda2 remaja.. hehe.. terbaca harakah, dan terlihat si polan sdg membuat isyarat lucah setelah menang pilihan raya kecil.. memang satu contoh yang baik la kan, pemimpin buat isyarat lucah..
Tuesday, 11. March 2008
BN masih ade peluang lagi utk tadbir Selangor dan Perak.
Jika PAS ngan DAP takleh nak buat kata putus psl sape nak jadi MB….
maka jalan terakhir adalah utk PAS buat coalition goverment dgn BN kat Perak dan Selangor,cume kat Selangor ade masalah sikit,iaitu diorng akan tetap short satu kerusi DUN.
TAPI itu JIKA both PAS ngan DAP takleh nak memerintah bersama2…
Having said that,pakatan PAS ngan DAP will never be an easy one…
Tuesday, 11. March 2008
“BN masih ade peluang lagi utk tadbir Selangor dan Perak.
Jika PAS ngan DAP takleh nak buat kata putus psl sape nak jadi MB….
maka jalan terakhir adalah utk PAS buat coalition goverment dgn BN kat Perak dan Selangor,cume kat Selangor ade masalah sikit,iaitu diorng akan tetap short satu kerusi DUN.
TAPI itu JIKA both PAS ngan DAP takleh nak memerintah bersama2…
Having said that,pakatan PAS ngan DAP will never be an easy one…”
Aku kagum dengan fakta breakthrough ini. I mean, it just amazes me. Datuk Seri Anwar Ibrahim ain’t got nothing on you, man. Bravo.