14 Aug 2008 IKAN PARI SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI
 |  Category: jurnal

Setapak, sejurus sebelum waktu kereta kuda Cinderella jadi pumpkin.

.

*Nada Dering*

LELAKI COMEL MALAYA

Hello?

GADIS ENTAH SIAPA

Eleeeeee…

LELAKI COMEL MALAYA

Aaaaa?

GADIS ENTAH SIAPA

Banyak bukit konon, orang tahu jugak.

LELAKI COMEL MALAYA

Aaaa? Sapa ni?

GADIS ENTAH SIAPA

Sayalah, nak ikan tak?

LELAKI COMEL MALAYA

Sapa ni? Salah nomborlah.

GADIS ENTAH SIAPA

Apa? Kenapa?

LELAKI COMEL MALAYA

Manalah saya tahu kenapa awak salah nombor!

GADIS ENTAH SIAPA

Ikan ke?

LELAKI COMEL MALAYA

Salah nombor!

*Tooot Tooot Toot*

.

Aku tak tidur lena. Bukan kerana memikirkan siapa gerangan gadis yang tersalah dail itu. Aku memikirkan, kalau dia berjaya mendail nombor yang betul, apa butir perbualan mereka agaknya yang melibatkan perihal kuantiti kawasan tanah tinggi dan tawaran hidupan laut yang menjadi makanan kegemaran manusia.

Aku gagal mentafsir.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses

  1. hahaha.. perbualan yang merisaukan..

  2. kawan aku dapat hadiah 3 ekor ikan putih.

  3. la. kenapa tidak dilayankan aja perbualan ni? mesti menarek gila.

  4. aku fikir aku yg lelaki comel tu
    demn!

  5. 5
    madulebah  
    Thursday, 14. August 2008

    sebagai perempuan yang di dalam hatinya penuh kasih dan sayang, aku rasa aku tau apa butir perbualan mereka.

    ha ha ha

  6. ape maksud si gadis dgn ayat ‘banyak bukit kononnn…’??

    ishh..mmg memusykilkan!

  7. misteri sungguh…

    ziarah ke rymah kamu

  8. 8
    fafarafa  
    Friday, 15. August 2008

    erkkk…dak tu biz anak ikan kot

  9. aku agak-agaklah mesti minah dan mamat sastera jiwang ni. kau tak ingat peribahasa, “ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga”. heh!

Leave a Reply