Setapak, sejurus sebelum waktu kereta kuda Cinderella jadi pumpkin.
.
*Nada Dering*
LELAKI COMEL MALAYA
Hello?
GADIS ENTAH SIAPA
Eleeeeee...
LELAKI COMEL MALAYA
Aaaaa?
GADIS ENTAH SIAPA
Banyak bukit konon, orang tahu jugak.
LELAKI COMEL MALAYA
Aaaa? Sapa ni?
GADIS ENTAH SIAPA
Sayalah, nak ikan tak?
LELAKI COMEL MALAYA
Sapa ni? Salah nomborlah.
GADIS ENTAH SIAPA
Apa? Kenapa?
LELAKI COMEL MALAYA
Manalah saya tahu kenapa awak salah nombor!
GADIS ENTAH SIAPA
Ikan ke?
LELAKI COMEL MALAYA
Salah nombor!
*Tooot Tooot Toot*
.
Aku tak tidur lena. Bukan kerana memikirkan siapa gerangan gadis yang tersalah dail itu. Aku memikirkan, kalau dia berjaya mendail nombor yang betul, apa butir perbualan mereka agaknya yang melibatkan perihal kuantiti kawasan tanah tinggi dan tawaran hidupan laut yang menjadi makanan kegemaran manusia.
Aku gagal mentafsir.

hahaha.. perbualan yang merisaukan..
kawan aku dapat hadiah 3 ekor ikan putih.
la. kenapa tidak dilayankan aja perbualan ni? mesti menarek gila.
aku fikir aku yg lelaki comel tu
demn!
sebagai perempuan yang di dalam hatinya penuh kasih dan sayang, aku rasa aku tau apa butir perbualan mereka.
ha ha ha
ape maksud si gadis dgn ayat 'banyak bukit kononnn...'??
ishh..mmg memusykilkan!
misteri sungguh...
ziarah ke rymah kamu
erkkk...dak tu biz anak ikan kot
aku agak-agaklah mesti minah dan mamat sastera jiwang ni. kau tak ingat peribahasa, "ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga". heh!