IMSAK DAN ANDA, BILAKAH MASA HARUS KAU SEDAR DAN MENJERIT “YEAY!” KEPADA KATAK

Kita hidup untuk membuat pilihan, kata seseorang.

Buka mata, sudah pukul 5:38 pagi.

Waktu Imsak tinggal 2 minit. Nasi putih ada di dapur (baki berbuka tadi), cuma perlu tinggal goreng telur.

Aku bangun melangkah ke arah dapur. Kemudian matematik dalam kepala otak aku kembali berpusing. Kalau masak telur, dah makan masa lebih kurang seminit. Nak makan lagi. Bila masa nak hisap rokok?

Nasi putih tak terusik, telur tak dipecahkan dan asap Sampoerna berkepul-kepul keluar dari mulut sambil tangan memegang satu jag air sambil mata menjeling ke arah jam.

Kalau dalam filem, ini sudah kira theatrical.

Kita hidup untuk membuat pilihan, kata seseorang.

PS: Emma membuat pilihan untuk tidak memilih. Aku sedih kerana aku jatuh hati padanya.

This entry was posted on Wednesday, September 10th, 2008 at 7:59 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “IMSAK DAN ANDA, BILAKAH MASA HARUS KAU SEDAR DAN MENJERIT “YEAY!” KEPADA KATAK”

pHu YinG September 11th, 2008 at 7:49 am

Apa susah, bro. Elyana kan ada… ;-p

tasikmerah September 11th, 2008 at 6:02 pm

bro actually makan lepas waktu imsak pun tak pe… asal sebelum masuk waktu subuh.. :) imsak hanya waktu berjaga2…

psstt… asap lg kenyang yek… he he…

hegira September 12th, 2008 at 1:37 pm

lainkali, kalau bangun sahur, jangan tengok jam. teruskan makan minum dan merokok. lepas selelsai semua acara, baru tengok jam.

ciksepi September 13th, 2008 at 12:24 pm

Sempat lagi menghirup udara Semporna yg segar ek! Selamat Menikmati Ramadhan, ya rafiq.

sinaganaga September 15th, 2008 at 12:55 pm

1 Cafe buka 24 jam. Next time kita pakat sahur beramai2 pula weh.

zanbassist September 21st, 2008 at 5:12 pm

Erm..bro. Imsak tu waktu berjaga-jaga cuma.
Selagi tak azan (subuh), selagi tu boleh makan. Tapi wa pun pernah tertipu dengan benda ni waktu sekolah. Dengar azan subuh yang pertama, terus buang makanan. Padahal waktu subuh yang sebetulnya x masuk lagi..hehe

Tapi dapat sampoerna hijau ngan air satu jug tu..kira ok la.

Leave a Reply