Ya, aku pasti sangat isu politik lebih dibincangkan di segenap pelusuk Malaya. Malah kalau la nak ditakdirkan video seks Siti Nur tiba-tiba tersebar di internet, orang lebih memilih isu politik dan pasca-piliharaya sebagai topik bualan (sekadar beri metafora, Siti Nur tak ada video seks, dia baik, tapi Elyana lebih baik, malam tadi ada Elyana di TV1, macam biasalah, comel nak mampus, kalau aku jadi pengerusi DBP aku akan masukkan daftar comel = Elyana).
Okey, okey, kembali ke topik asal.
Isu Semasa;
1- Pakatan PKR-DAP-PAS
Aku tertarik dengan komen-komen di beberapa blog dan borak-borak kedai kopi tentang rapuhnya pakatan triniti ni. Pandangan aku, ya, memang rapuh.
Tapi seharusnya gambaran itu harus dipandang dengan lebih besar lagi. Triniti ini harus bijak mempermainkan isu pakatan ini. Kes di Perak aku pandang bukan sebagai kemelut. Ramai mungkin tak sedar kes di Perak merupakan satu ‘advantage’ besar buat pakatan ini. Pakatan triniti di Perak seolah-olah meraih petak terdepan dalam peperangan psikologi politik.
Kalau dilihat pada mata kasar, nyata pakatan tiga parti perkauman Bee End lebih kukuh. Tapi itu pada dasarnya sahaja. Kes di Perak, kalau pihak Triniti ini pandai menguruskannya akan dilihat sebagai satu pakatan yang cukup ampuh sekali. Kenapa aku berkata demikian?
Umum mengetahui, dalam pakatan Bee End, MCA dan MIC seolah-olah membontot segala kelakuan Bee End. MCA dan MIC dilihat tidak mampu nak memperjuang nasib orang-orang di bawah naungannya. Itu tidak menjadi masalah dalam pakatan triniti tersebut. “kemelut”, kalau itulah istilah yang digunakan oleh media umum, mencerminkan semangat mahu memperjuangkan nasib kaum yang bernaung di bawah parti masing-masing.
Kita lihat senario begini;
Andai kata kerusi yang dimenangi oleh DAP itu digantikan dengan wakil-wakil MCA, kerusi PKR pula digantikan dengan wakil-wakil MIC dan begitu juga PAS digantikan dengan Amno? Kemudian wakil Amno dilantik sebagai menteri besar walhal MCA yang menang banyak kerusi. agak-agaknya mampukah MCA melawan seperti mana yang dilakukan oleh DAP? Sikap senyap dan tolenrasi MCA (seperti yang kita lihat sebelum ini) bakal membuatkan rakyat dibawah naungannya (majoritinya Cina) berasa wakil yang mereka pilih tidak sekental mana untuk memperjuangkan nasib mereka.
Ini berbeda dengan perangai DAP yang lantang menyuarakan hal mereka. Lantas sebenarnya kalau dilihat lebih jauh, DAP sebenarnya lebih sayangkan rakyat berbanding MCA yang hanya ikut telunjuk Amno.
Lantas aku tidak memikirkan isu di Perak sebagai satu kemelut. Ia satu isu yang bijak dan seharusnya ketiga-tiga parti yang berkenaan berbuat demikian. Kes di Perak juga sebenarnya menjadi satu simbol Chek and Balance yang amat ideal sekali. Makna kata tiada sebarang pihak pun yang berani membuat onar kerana pakatan triniti ini memerhati antara satu sama lain.
Kesimpulannya rakyat mendapat faedah dengan kes yang berlaku di negeri itu. (Tapi sudah tentulah Bee End akan menyuntik isu perkauman, kita sendiri tahu parti mana yang paling racist di Malaysia ini).
aku petik pandangan berikut;
“Despite the political dramas that are unfolding in Perak in the past few days, there are reasons to believe that the partnership between PAS, DAP and PKR is not as shaky as it appears to be.
According to a report in Financial Times on Monday, political analyst Bridget Welsh of John Hopkins University said there was “tremendous goodwill among them to succeed”.
Despite their differences, the three parties are unlikely to throw away their victory after an election that proved voters were willing to cross ethnic lines to support them.
Some political observers even believed that what transpired in the past few days were just “political theatres” or posturing by the different parties to placate their respective supporters.
Whatever their ideological differences, PAS, DAP and PKR are pragmatic political actors that understood the need to work together.”
sumber: The Edge Daily
Ini membawa kepada point aku yang kedua;
2- Kemarahan Lim Kit Siang.
Aku anggap Lim Kit Siang sebagai pencatur politik yang genius. Puluhan tahun pengalaman dalam arus politik tidak dapat melawan otak-otak muda kita yang membuat telahan dia sudah nyanyuk.
Kenapa aku berkata begitu?
Naiknya menteri Besar dari orang PAS akan sedikit mencetuskan rasa kurang senang dari komuniti orang Cina (mungkin). Mungkin akan datang rasa “alamak, aku undi DAP pun tak guna, DAP bukan nak support orang Cina,”.
Lantas Lim Kit Siang menyuarakan protes terhadap perlantikan tersebut. Pada gambaran kasar, dia dilihat biadap dan kurang ajar. Tapi psikologinya, dia telah memenangi hati orang Cina sendiri. Dia tidak lagi dilihat sebagai pembelot bangsa. Dia sanggup melawan siapa sahaja demi hak perjuangannya.
Mampukan pemimpin MCA berbuat demikian?
3- “Pertelingkahan menteri besar Perak”.
Kes Di Perak dilihat sebagai ketidakupayaan triniti ini membentuk kerajaan. Kenapa? Sebab menteri Besar lambat dilrantik dan perjalanan menamakan calon MB pun memakan masa dan ranjau.
Ramai lupa, beberapa negeri lain pun masih belum ada MB lagi. Malah sehingga MB Perak sudah dilantik, terdapat sekurang-kurangnya DUA negeri naungan Bee End yang mempunyai kemelut hampir sama.
Siapa yang rapuh sekarang?
4- Anwar Sebagai PM
Kemelut (kalau nak guna istilah itulah) di atas sebenarnya satu ujian awal untuk Anwar. Kalau dia mahu jadi PM, inilah masanya dia menonjolkan bakat menyatukan tiga parti itu. Mahathir hebat kerana berjaya membuatkan tiga parti tidak bergaduh. Aku tak nampak Anwar ke arah itu lagi (buat masa sekarang).
5- KJ-Mukhriz-Najib-Hishamuddin
Aku suka kalau KJ jadi menteri. Mungkin boleh bermula dengan Menteri Luar atau Menteri Belia dan Sukan. Sikit masa, naik menjadi menteri Kewangan. Bak kata orang putih, Plot Thickens. Mukhriz dah buat sepertimana yang bapaknya buat dulu. Sekarang semua memandang antara satu sama lain. Ada orang yang bakal cantas tangganya. Ada orang yang bakal jatuh. Ada orang yang sekarang asyik beri komen di media, konon-konon dia semacam buat kerja.
Betulkan aku kalau aku salah, dalam 4 tokoh di atas, semacam Najib yang paling diam sekarang? Kenapa ya? Orang diam orang yang paling merbahaya. Hahahaha. Wish you luck Najib. Bagus juga kalau anda jadi PM seterusnya. Lebih drama.
Membawa kepada point seterusnya;
6- AMNO dan rebel
Amno akan kembali kuat dan Malaysia akan kembali makmur jika seorang lagi rebel muncul. Seperti Mahathir pada zaman Tunku.
Pada waktu ini, tiada seorang pun pemimpin Amno yang rebel. Semuanya mengampu dan tidak berani nak menentang. Aku ingin lihat Mukhriz sebagai seorang rebel dalam Amno. KJ takkan lama jika dia meneruskan tabiinya menjadi proxy Pak Lah. Dia mungkin ada rancangan. Dia semacam Anakin sebelum jadi Darth Vader. Ramai ludah KJ, tapi aku percaya masih ada trick di lengannya (haahahahahaha, plagiat).
Begitu juga Mukhriz. Kalau dia dibuang Amno, aku hampir pasti percaya dia bakal menjadi PM suatu hari nanti dan sekali lagi Amno akan memakmurkan Malaya.
Penutup;
Adapun entri ini hanyalah pandangan naif seorang rakyat. Aku tidak berharap semua bersetuju dan molek sahaja tulis pendapat di ruangan komen. Tapi aku berpegang kepada pandangan ini. Biasalah, politik memang kotor. Kita sebagai rakyat tersepit.
Tapi sebagaimana kata-kata aku sendiri dalam entri selang tiga di bawah; aku percaya 4 tahun ini Malaysia akan makmur. Dan tolong jangan cerita pada aku tentang orang Melayu akan jatuh sebab isu ini. Kalau malas berusaha memang la akan jatuh. Kalau sudah perangai nak harap subsidi.

Monday, 17. March 2008
Aku cuma gantung harap kepada Mukhriz si jebat.
Petualangan sekarang dah jadi hang tuah yang semberono.
KJ takleh pakai. Silap2 abis negara kene jual.. atua syarikat2 negara akan dijual olehnya. Sekarang pun dah semua bende dia nak swastakan .
Najib plak.. silap2 ikut cakap bini. Wife dia dah ada rumours mengatakan dia pemboros.
Hishamuddin. tak tau laa.. aku dgr dia kaki pompuan.
So.. mukhriz tak tau la.. bleh pakai sedang mana.
but.. at the mean time..
“Kita mestilah menyokong kerajaan”.
~ skang kerajaan negeri ialah BA.. aku sokong je la.. hehe
Monday, 17. March 2008
Oh ya.. itu pandangan marhaen juga
Biar diri terpengaruh dengan TV dan utusan.. biarkan diri terpegaruh ngan harakah daily dan malaysia today juga..
baru la balanced dipengaruhi propaganda tu.. hehe
Monday, 17. March 2008
Mak aih, dah ada komen. Huhu.
Monday, 17. March 2008
tiba-tiba anwar masuk amno lak pulak kan?
Monday, 17. March 2008
apa-apa pun, niat tu pentingggggg…
Monday, 17. March 2008
hidup ipoh!!
weekend ni aku balik ipoh
ha ha..
Monday, 17. March 2008
Kita sekarang ni ibaratnya keluar mulut b*bi, masuk balik mulut b*bi. Saya dah fed-up dengan politik negara. Lepas dah tengok perkembangan terkini, ternyata dua-dua pihak (BN mahupun BN): masih mengamalkan dasar politik bangkai. Mementingkan perut sendiri.
Yang UMNO ni masih tak sedar diri. Dah kena ‘pukul maut’ dalam pilihanraya, kemudian dua sekutu paling intimnya MIC dan MCA dah kena tutuh sampai mampus — itu pun masih tak insaf. Patutnya dalam situasi BN seperti telur di hujung tanduk (dengan hanya UMNO yang masih ada nyawa): ahli-ahli UMNO jadi pembela yang dapat menegakkan semula nyawa BN. Mengikat semula kombinasi UMNO-MIC-MCA. Itu kerja paling utama. Bukannya perang saudara macam BA!
Tapi cuba tengok apa yang pemimpin dia dok buat kat Perlis, Pahang dan Sabah? Bukannya bersatupadu membina semula pakatan yang hampir lebur berderai. Sebaliknya bergaduh merebut kuasa dan pangkat. Memang dasar politik khinzir betul. Yang jadi mangsa, siapa? Rakyat!
Barisan Rakyat pun sama juga. Belum sampai lima hari dapat mandat, dah bertukar jadi Barisan Pemimpin Gila Kuasa. Semuanya ekstrim nak mampus. Yang DAP terang-terang menunjukkan sikap tak percaya pada Melayu dan Islam. Yang PKR dok perasan dialah teraju dua parti pembangkang (kerana konon dia ada semua komponen kaum) — padahal korang tu pembangkang hingusan. Orang lain dah berjuang berpuluh tahun! Yang PAS pula terang-terang mahu tunjukkan bahawalah dia pemimpin paling maksum di Malaya. Heii.. awak tu parti minoriti di Perak. Kalau pemimpin PAS ni ada maruah dan harga diri, patutnya berkompromi la sikit. Bagilah peluang PKR (calon Melayu) jadi MB. Kalaupun Sultan lantik awak pun.. pandai-pandailah tolak. Barulah win-win situation. At least, DAP pun tak rasa berbulu sangat. Dalam masa yang sama menepati keperluan undang-undang tubuh negeri Perak.
Ini tidak, semua fanatik dan taksub dengan idealisme sendiri. Pakatan Alternatif ini memang pakatan yang paling bersifat perkauman. Tak perlu ada media arus perdana untuk mencanangnya. Kita tengok dalam internet saja pun cukup. Kemelut di Perak itu telah mencetuskan ketegangan kaum. Yang Cina mengata Melayu, yang Melayu mengata Cina. Yang Melayu PKR (liberal) mengata Melayu PAS (islamik). Yang Melayu PAS pula mencebik Melayu PKR yang liberal. Orang India pula mencelah di tengah-tengah, ambil kesempatan mengata ketiga-tiganya: Melayu liberal, Melayu islamik dan Cina: mengikut situasi dan keperluan. Yang menguntungkan mereka.
Apa nak jadi dengan politik Malaysia? Ingatkan selepas keluar dari mulut b*bi yang lama, bolehlah bertemu dunia baharu yang indah. Rupanya, yang dimasuki ini pun mulut b*bi juga.
Inilah yang dikatakan tsunami sebenar politik Malaysia: terbukti bahawa semua politikus Malaysia ini adalah malapetaka kepada rakyat. Sama ada yang pakai serban, yang menghunus keris, yang makan khinzir, yang tak makan lembu: asalkan ahli politik — semuanya ada satu persamaan. Mereka amalkan politik bbi. Kotor dan hanya mementingkan perut sendiri.
PS: Anwar itu tak payah cakaplah. Dia adalah kepala b*bi dalam sistem politik b*bi Malaysia. Sebelum pilihanraya, terhegeh-hegeh nak masuk UMNO. Bila Pemuda membantah, boleh pula dia kata – dia tak hingin pun nak balik ke UMNO. Sekarang ni bila pakatan pembangkang dah goyah dan rapuh, dia tetiba ada niat balik nak masuk. Opportunis paling rakus di Malaysia. Tak taulah sama ada dia ni masih siuman atau sudah gila. Sanggup dia janjikan timbalan perdana menteri dari kalangan Iban dan Kadazan kalau pembangkang menang. Saya taka da masalah Iban, Kadazan, India, Cina, Senoi atau Jakun jadi TPM atau hatta PM sekalipun. Tapi ia haruslah berasaskan merit. Bukan main janji-janji politik. Kalau ada lima orang TPM (mewakili semua puak) – siapa nak bayar gaji diorang?
Ha ha ha ha… sorry ya. Komen ini saja yang emosional. Orangnya tak.
Monday, 17. March 2008
Tak ah..aku rasa… ko mmg emo pun.
hahahaha
Tuesday, 18. March 2008
Rem, did Anwar janji nak bagi TPM pada bangsa selain dari Melayu? Jika benar, sah dia dah gila. Saya yakin dia nak bagi pada the first anak Kadazandusun yang graduate dari Harvard tu. Bajau, Jawa, Iban, Senoi, Dayak, India, Cina, Jakun, dll jangan nak beranganlah.
Melihatkan senario sekarang memang nampak macam huru-hara. Cabaran BN lebih berat. BN ada dua pilihan:-
1 - Tukar dasar ikut dasar politik rentas kaum macam DAP dan PAS. Pada saya dalam politik Malaysia ini hanya ada DAP dan PAS sahaja. PKR itu ntah parti tajaan pilak atau indon agaknya.
2 - Memperkasakan bangsa Melayu dan India. Menyedarkan dua kaum ini agar melakukan anjakan paradigma untuk jadi secemerlang bangsa Cina.
Saya agak gembira dengan kesungguhan doktor-doktor perubatan di Melaka ini yang bersemangat turun padang berceramah untuk menyedarkan keperluan kita untuk menjaga kesihatan bagi meningkatkan kadar morbitiditi dan mortaliti di kalangan orang kita. Macam mana kita nak jadi terbilang kalau jumlah patient yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tidak terbilang jumlahnya, mencapai angka ratus ribu kes?
Doktor kata orang Melayu dan India ni jenis, alah dah nak dapat penyakit tu, dah takdir, terima sahajalah. Berlainan dengan bangsa Cina mereka bersungguh-sungguh ambil berat mengenai kesihatan mereka.
Kalau kita tak sihat macam mana kita nak produktif
Orang lain kerja lebih 8 jam pun boleh kekal cergas, kita kerja 4,5 jam dah ngantuk. Orang lain sebulan boleh at least pastikan dapat membaca sekurang-kurangnya sebuah buku, kita baru baca buku setengah muka surat dah mengantuk, apa kes?
Kalau tingok gambar porno, baca bahan porno, berpolitiking ala-ala dewa-dewa dari kayangan mai berbertitah janji itu janji ini, nak bagi bonus 6 bulan, nak rampas Petronas bla bla bla tahan pula bijik mata dia!
Apapun saya harap ramalan Rem yang Pak Lah undur diri itu jadi kenyataan. Saya rasa barisan Kabinet Dapur Pak Lah yang diketuai oleh Jeanne Danker Abdullah lagi ganas dari PKR. ie Jeanne lebih gila dan ganas dari Pok dan mok mentua Anwar.
Lagi satu sama-samalah kita berdoa Malaysian Grand Prix lebih cemerlang, gemilang generate more profit dari Myteam dan soccer kid. Rem, awak kat UK tu tolong-tolonglah promote litar Sepang kita tuh.
Tuesday, 18. March 2008
kesian Rem…..
Wednesday, 19. March 2008
Aku rasa PAS dan PKR ni tak gelojoh & tamak harta rakyat macam UMNO. Dah lah tak pandai memerintah, asyik nak tibai duit rakyat buat rumah besar, holiday kat london dan kereta mewah2. Dah lah UMNO dulu tak declare harta macam govt negara lain, ader side business contruction, O&G dan infra pulak tu. Kekadang sampai 10 company dia jadi director sambil pegang portfolio govt. Maner ader negara dalam duinia buat camni. Dah lah tak declare harta, load tak bayar, jadi director syarikat judi pun ader. Giler sungguh rakyat negara ni pangkah undi kat sampah masyarakat. Tak tau nak cakap macam maner lagi pasal govt dulu tu.
Skarang ni dah BA pegang 5 state, ader lah check and balance sikit untuk rakyat biasa macam aku ni.
Wednesday, 19. March 2008
vov, aku cuba nak counter attack pandangan rem saja. ala mcm team kecik selalu buat bila jumpa man u, arsenal dan chelsea!
—————————————————————
Kita sekarang ni ibaratnya keluar mulut b*bi, masuk balik mulut b*bi. Saya dah fed-up dengan politik negara. Lepas dah tengok perkembangan terkini, ternyata dua-dua pihak (BN mahupun BN): masih mengamalkan dasar politik bangkai. Mementingkan perut sendiri.
–> tahniah, dengan banyaknya org sprt andalah, maka lepas ni kita bukan saja keluar masuk dalam mulut b*bi, tapi terus terperosok dalam perutnya!
—————————————————————-
Barisan Rakyat pun sama juga. Belum sampai lima hari dapat mandat, dah bertukar jadi Barisan Pemimpin Gila Kuasa. Semuanya ekstrim nak mampus. Yang DAP terang-terang menunjukkan sikap tak percaya pada Melayu dan Islam. Yang PKR dok perasan dialah teraju dua parti pembangkang (kerana konon dia ada semua komponen kaum) — padahal korang tu pembangkang hingusan. Orang lain dah berjuang berpuluh tahun! Yang PAS pula terang-terang mahu tunjukkan bahawalah dia pemimpin paling maksum di Malaya. Heii.. awak tu parti minoriti di Perak. Kalau pemimpin PAS ni ada maruah dan harga diri, patutnya berkompromi la sikit. Bagilah peluang PKR (calon Melayu) jadi MB. Kalaupun Sultan lantik awak pun.. pandai-pandailah tolak. Barulah win-win situation. At least, DAP pun tak rasa berbulu sangat. Dalam masa yang sama menepati keperluan undang-undang tubuh negeri Perak.
–> cakap banyak tak guna. tapi cuba tengok dulu latar belakang MB baru Perak tu. wow! silap2 vov pun terpikat sampai daftar mengundi lepas ni utk pertahankan MB tu! masalahnya calon PKR tu muda sangat, sebab itu Sultan dan Pemangku Sultan pilih calon daripada Pas. paling kurang taklah nampak sangat jadi MB boneka.
—————————————————————-
Apa nak jadi dengan politik Malaysia? Ingatkan selepas keluar dari mulut b*bi yang lama, bolehlah bertemu dunia baharu yang indah. Rupanya, yang dimasuki ini pun mulut b*bi juga.
–> pernah dengar perkataan utopia. weh bangun dari mimpi2 muluk. kita baru saja masuk dalam suasana politik yg baru, jgn harap terus jumpa emas bertempayan2. masih banyak yg perlu diperbetulkan
—————————————————————
Inilah yang dikatakan tsunami sebenar politik Malaysia: terbukti bahawa semua politikus Malaysia ini adalah malapetaka kepada rakyat. Sama ada yang pakai serban, yang menghunus keris, yang makan khinzir, yang tak makan lembu: asalkan ahli politik — semuanya ada satu persamaan. Mereka amalkan politik bbi. Kotor dan hanya mementingkan perut sendiri.
–> ya yg tak pentingkan perut sendiri hanyalah anda. org lain semuanya salah.
Wednesday, 19. March 2008
nazmi, ko memang kool.
Friday, 21. March 2008
hakhak… kuasa baru saja beralih… takkan terus nak harap keajaiban berlaku…
tunggu lah dulu… dah lima puluh tahun kena lanyak.. amek masa lah nak pulih…
kamu belum mati dan masuk syurga, sebut je nak, terus dapat…
mengungkit soal mb perak… memang dia layak, pemimpin dap perak pun setuju yang ir nizar layak… apa yang dibising-bising oleh kit siang, cuma nak counter serangan dari ong ka chuan… cuma nya dia tersilap strategi saja… terlebih-lebih… sepatutnya cuma berenti setakat tidak setuju… silapnya tersebut nak boikot.. itu saja… tapi, ada juga kebaikan, bila dia tersilap.. dapat dilihat, betapa orang cina yang masuk blog dia kutuk dia, dan cakap mereka setuju ir nizar jadi mb… sekurang-kurangnya, kita tahu, yang ramai orang setuju ir nizar jadi mb…
mengibaratkan diri duk lam mulut babi.. tak de rasa nak samak ke? hahahah…

Saturday, 22. March 2008
–> tahniah, dengan banyaknya org sprt andalah, maka lepas ni kita bukan saja keluar masuk dalam mulut b*bi, tapi terus terperosok dalam perutnya!
Saya tak faham apa maksud kenyataan awak ni. Adakah ini satu retorik atau awak menulisnya ketika baru lepas hisap dadah? Apakah kaitannya komen saya di sini dengan berlakunya insiden ‘kita bukan saja keluar masuk dalam mulut b*bi, tapi terus terperosok dalam perutnya!’? Awak nak kata bahawa pengaruh saya sangat kuat? Atau awak nak kata bahawa ‘kita’ itu semuanya lemah? Atau mungkin maksud awak — internet adalah tempat untuk berzikir dan bertasbih semata-mata. Bukan tempat untuk meluah perasaan? Kalau awak nak tambah penjelasan, silakan.
–> cakap banyak tak guna. tapi cuba tengok dulu latar belakang MB baru Perak tu. wow! silap2 vov pun terpikat sampai daftar mengundi lepas ni utk pertahankan MB tu! masalahnya calon PKR tu muda sangat, sebab itu Sultan dan Pemangku Sultan pilih calon daripada Pas. paling kurang taklah nampak sangat jadi MB boneka.
Muda sangat tu berapa tahun? 18 tahun ke? Kalau dia cukup matang untuk bertanding sebagai ADUN, bermakna dia juga cukup matang untuk menjawat sebarang jawatan pemerintahan. Termasuklah jadi PM atau MB. Prinsip demokrasi jelas memberi lunas amalan: parti yang menguasai kerusi terbanyak haruslah mengetuai eksekutif pemerintahan. Dalam kes ini, wakil PKR sebab wakil DAP tidak boleh memenuhi kriteria undang-undang tubuh negeri Perak. Sekarang ini, MB dari PAS itulah yang jadi ‘boneka’. Ya, jadi boneka kepada demokrasi alternatif ciptaan Barisan Rakyat. Lu tak faham benda asas cam gini, nak cakap jela-jela pun tak guna!
–> pernah dengar perkataan utopia. weh bangun dari mimpi2 muluk. kita baru saja masuk dalam suasana politik yg baru, jgn harap terus jumpa emas bertempayan2. masih banyak yg perlu diperbetulkan.
Ya, saya pernah dengar perkataan Utopia. Dan saya juga pernah mengalaminya. Bila? Sewaktu kempen pilihanraya ke-12. Barisan Alternatif menggagaskan manifesto ala utopia. Semuanya penuh dengan harapan yang muluk-muluk. Barisan Nasional semuanya bangkai. Barisan Alternatif penuh dengan haruman indah. Cara BA menjual mimpinya kepada rakyat — seolah-olah mereka boleh jadikan Malaysia utopia dalam sekelip mata. Seriously, that was the impression.
Tapi lihat apa yang jadi era pasca-pilihanraya. Belum sampai lima hari, dah bergaduh pasal pangkat. Belum sampai lima hari, dah provokasi rakyat dengan isu DEB. Heiii.. DEB itu bukan pelan tindakan. Ia hanya satu pelan strategik — yang fungsinya untuk menyusun semula masyarakat (ya, semua masyarakat — bukan bumiputera saja!) dan membasmi kemiskinan (ya, semua bangsa). Kalau DEB ada silap dari segi pelan tindakan dan implementasi — itu yang patut diperbetulkan. Kalau kereta masuk longkang sebab dipandu oleh driver yang bongok; tak kan kita nak salahkan kereta dan mencampaknya terus ke Selat Melaka? Bodoh.
Ya, keindahan tak akan dikecap sekelip mata. Perlukan masa. Tapi kalau pun keindahan tak boleh dikecap sekelip mata, janganlah pula hidangkan bangkai dalam sekelip mata. Itu memberi isyarat yang salah.
Sekarang cuba awak fikir: siapa yang duduk dalam gua UTOPIA. Awak atau saya?
–> ya yg tak pentingkan perut sendiri hanyalah anda. org lain semuanya salah.
So, apa masalahnya? Itulah namanya diskusi dan wacana terbuka. Setiap orang memberikan pandangan tentang apa yang dia tak percaya. Kalau orang lain setuju, tolaklah idea itu dengan hujah-hujah alternatif. Bukan sekadar dengan kata-kata murahan: “ya yg tak pentingkan perut sendiri hanyalah anda. org lain semuanya salah.”
Semua penyokong BA memang berfikiran macam awak kah (iaitu percaya bahawa penduduk Malaysia tak boleh menyuarakan pendapat peribadi)? Kalau iya.. hmm.. patut pun. I rest my case. Berhujah pun tak guna.

Monday, 24. March 2008
“Thou shalt not go up and down as a talebearer among thy people”
LEVITICUS 19:16
In my opinion, politics has been so expensive that it would take up lots of money (even blood
) even to be defeated..
Wednesday, 26. March 2008
giler kentang pendapat REM…aku suker giler diskusi terbuka camni.. debat camni la best…ada benda yang kena baca btol2.. YA.. baca btol2 dgn intonasi btol2.. terutama pada brother Nazmi..