28 Jan 2008 KALA MALAM BULAN MENGAMBANG
 |  Category: jurnal

black-white-8.jpg

Di Malaysia ada dua golongan pembikin filem kelakar. Satu jenis ialah pembikin filem kelakar kesukaan rakyat Malaysia kerana lawak-lawaknya tidak payah menggunakan daya fikiran. Malah silap-silap tak payah guna otak pun. Filem-filem jenis ini juga sesuai ditonton dan difahami oleh kanak-kanak down-syndrome disebabkan mudahnya cerita itu dihadam. Ditambah pula majoriti rakyat Malaysia tidak suka menggunakan otak, maka membuatkan golongan ini senantiasa mendapat untung dengan filem-filem kelakar mereka.

Golongan kedua pula, mereka membikin filem kelakar yang tidak sesuai untuk rakyat Malaysia. Terutamanya orang Melayu. Tahap lawak mereka tidak setanding dengan otak rakyat Malaysia. Lawak-lawak yang membuatkan manusia berfikir dan mencerna subteks disebalik setiap adegan kelakar yang dipaparkan nyata bukan untuk orang Malaysia. Iyalah, mengapa kita mesti menggunakan otak bila menonton filem?

Hanya ada dua orang pengarah sahaja yang berada di dalam kelompok kedua. Seorang bernama Afdlin Shauki dan seorang lagi bernama Mamat Khalid.


Dalam dua orang genius lawak ini, Mamat Khalid terlebih dahulu keluar dengan projek terbaru bertajuk “Kala Malam Bulan Mengambang”. Berbeza dengan Afdlin yang berat kepada lawak golongan urban, Mamat Khalid cenderung menggunakan latar lawak orang kampung. Perbezaan signiture ini menjadikan kedua-duanya tokoh penting dalam membangunkan filem kelakar Malaysia.

black-white-11.jpg

Awal-awal lagi orang Malaysia terkejut. Mamat Khalid merakam wayang dengan gambar hitam putih. (Dengar cerita dia menggunakan roll film hitam putih). Orang mana suka tengok hitam putih kan? (walaupun majoriti pengarah tersohor dunia bermula dengan samada filem pendek atau filem pertama - dalam hitam putih). Kemudian dia mencanang satu genre yang tak pernah hinggap di telinga orang Melayu. Noir? Nama orang ke tu? (baca: Nuar). Neo-Noir? Itu Neo dalam filem Matriks masuk Islam ke dan tukar nama jadi Neo Nuar? (Baca: Neo Annuar).

Orang Melayu pun pening kepala.

black-white-24.jpg

Cerita mengenai seorang wartawan yang terjumpa sebilah keris. Keris itu lalu membawanya ke sebuah pekan kecil. (Ramai orang tersalah tafsir, mengadu bila keris itu tidak membawa makna di akhir cerita. tafsir aku - Keris itu semacam katalis sahaja untuk cerita. Ia tak penting sangat pun. Siapa suruh ingat keris itu lebih-lebih?).

Di Pekan kecil itu, dia terjumpa misteri yang lebih misteri. Belia hilang. ada jembalang, ada komunis dan ada macam-macam lagi. Dalam pada masa yang sama si hero terpikat dengan Umi aida yang lawa nak mampus di Pekan itu. Apa sebenarnya yang berlaku? Ada Werewolf ke? Kenapa David Teo hisap bong? Kenapa? Kenapa? Sejauh mana Mamat Khalid berjaya mendalami Noir?

Kelebihan Mamat Khalid ialah dia pandai menghasilkan cerita dengan begitu banyak karakter. Sejak zaman Lang Buana, Rock, Man Laksa, Zombie dan kini Malam Mengambang ini. Walaupun begitu, karakter-karakter yang dihasilkan masih belum dapat menandingi barisan karakter Man Laksa. Tapi setiap satu punya moment tersendiri. Seperti lelaki india yang selalu berperibahasa, perempuan Cina yang menggoda, apek tauke hotel yang suka tanya “mau masat ka?” dan ramai lagi. Macam Charles Dickens, versi filem Melayu.

Kemudian Rosyam Nor sebagai hero. Buat pertama kali aku langsung tak menyampah tengok Rosyam Nor berlakon. Bagi aku, inilah lakonan dia yang paling best. Rasanya tiada pelakon lain yang boleh melakonkan watak ini (selain Elyana, sebab Elyana adalah pelakon paling berbakat di Malaysia, oh Elyana, terimalah cintaku). Rosyam Nor, sebagaimana yang kita sedia tahu, mampu melakonkan gaya seorang lelaki kerek tetapi dalam pada masa yang sama bangang (baca: bodoh sombong).

Dari segi aspek cerita, Kala Malam Bulan Mengambang berjaya membuatkan penonton menggali subteks yang cuba disampaikan oleh Mamat Khalid. Ini terbukti dengan dua idea yang bercanggah dari reviu Fadz dan Tok Rimau. Di kala Fadz mengupas idea filem ini dari sudut berahi dan seksualiti, Tok Rimau pula memandang Kala Malam dari sudut politik. Maka mengukuhkan point aku bahawa karya Mamat Khalid tidak sesuai untuk orang Melayu kerana rata-rata yang menonton bukan faham pun subteks yang cuba disampaikan oleh pengarah.

black-white-6.jpg

Cuma sub-plot komunis di pertengahan cerita itu pada aku menggangu flow cerita. Ia seakan panjang dan sebenarnya tidak perlu sepanjang itu untuk sebuah sub-plot. Tapi adegan pakcik askar komunis hipnosis Rosyam Nor dengan loghat Perak kelakar gile.

Ada dua benda paling penting dalam sejarah filem Melayu yang dilakar oleh Kala Malam Bulan Mengambang.

Satu ialah kerja kamera dari Raja Mukhriz yang cukup membuatkan aku berkata whoaaa!!! Salah satu adegan ketika penonton ditunjuk imej Rosyam Nor diacu pisau, kemudian kamera zoom out untuk menunjukkan rupanya Farid Kamil yang sedang mengacukan pisau tersebut dan seterusnya kamera berpusing untuk menyerlahkan Umi Aida yang berada di belakang Farid Kamil. Mana ada filem Melayu yang buat camera works genius begini?

black-white.jpg

Dua - Jari tengah di pertunjukkan di dalam skrin wayang. Di dalam negara yang penuh dengan polis moral, amatlah penting untuk kita menjadi kreatif. Adegan Kuswadinata menunjuk jari tengah yang tersarung cincin membuatkan aku mentafsir si pembikin filem mempersendakan semua polis moral Malaysia. Mamat Khalid, gua angkat dua belah tangan dan bagi tabik double! Cayalah!

Tabik kepada Tayangan Unggul yang berani mengambil risiko dengan eksperimen begini. Harapnya lebih banyak alternatif sebegini untuk filem-filem Melayu lagi.

Keseluruhannya, Kala Bulan Mengambang jauh lebih baik dari Zombie Kampung Pisang tetapi semacam belum menandingi Man Laksa. Aku terlambat menulis reviu ini tetapi untuk orang Melayu yang suka menonton filem, kamu mesti menonton Kala Malam Bulan mengambang kerana mungkin, hanya mungkin filem ini akan menjadi klasik seperti Citizen Kane (versi Malaysia)? Lantas, kamu sebenarnya adalah sebahagian dari sejarah Kala Malam Bulan Mengambang yang menjadi future-classic.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses

  1. KMBM adalah eksperimen sehebat menghantar angkasawan ke luar orbit dunia.

    Mamat Khalid, terimalah cinta noir gua, aka x-polis moral.

  2. Teh, apsal ko letak jawatan? hehee :razz:

  3. saya mencari juga preview ttg kmbm sebelum saya tulis entri yang sama ini.Saya suka apa pendapat encik noir [nuar].

    Saya menonton di akhir tayangan. saya katakan tak sampai 10 orang penonton. Jimadie pula kata hari pertama tayangan juga hanya 7 org yang menonton.

    Cerita sehebat kmbm harus dihasilkan banyak-banyak. Membudayakan penonton di malaysia dengan filem yang berkualiti bukannya susah. Hanya buat sahaja filem yang baik dan berbaloi untuk ditonton.

  4. Aku harap satu hari nanti orang M’sia akan pandai guna otak semasa menonton filem. Aku rasa mungkin lepas Mamat Khalid bikin 20 filem.

    Penonton tak ramai masa aku tgk KMBM. Boleh kira dgn jari. Paling malang, 6 org sebaris belakang aku jenis yg tak reti guna otak ataupun tak berotak. Berbual mcm diorang je yg ada dlm panggung.

    Baru 10 minit tayang, aku dgr diorang komen “Bosanlah cerita ni”.

    Damn!

  5. Ada satu scene yg saya gelak, tapi org tak gelak sbb tak faham kot? duh! susah kalau org tak faham lawak pandai nieh. hahaha.

  6. bagus ya filim ini. kata mamat — “ada banyak lagi director’s cut yang kau tak tau!”

  7. karang aku print kasi mamat baca.. sure dia pon akan terkesima mcm fadz!!! :mrgreen:

Leave a Reply