22 Aug 2008 KENALKAH KAU DENGAN NAMA BERTIH JAGUNG ATAU KAU LEBIH RELA DENGAN POPCORN?
 |  Category: jurnal

Untuk acara kenangan masa kecil kali ini aku nak membawa pembaca sekalian kepada pengalaman tengok wayang kali pertama. Aku percaya hampir pasti sesiapa yang membaca blog aku pernah menonton wayang. Amir Mukhriz pun suka tonton wayang, takkan la kamu tak pernah tengok wayang, apake perhak sangat.

FIlem pertama yang memecahkan terunaku ialah Batman Returns (1992). Aku tonton bersama abah dan adik-adikku (aku tak ingat berapa orang adik aku yang ikut). Sebelum tengok wayang teruja dia bagai teruna sunti baru kahwin masuk dalam bilik dan melihat isterinya berada di sisi katil dengan baju kurung sambil rambut bersanggul…okey…kita kembali tentang cerita pengalaman tengok wayang tadi…

Satu benda yang aku ingat ialah propaganda mak dan abah aku tentang wayang yang tak ada gangguan iklan. Peh, hati aku berkobar-kobar. Tengok filem tanpa ada gangguan dari promo Salem High Country atau iklan pelancongan Peter Styvesant merupakan satu benda besar dalam hidup aku. Selama ini layan Dunhill Double selalu terkesima dengan perbuatan memotong adegan untuk memberi laluan iklan.

Aku sempat bertanya mak dan abah pernah menonton wayang bersama-sama tak. Aku tak ingat apa jawapan mereka.

Abah aku bawa ke panggung Cathay di Ipoh. Sekarang panggung tu dah tak ada. Berdekatan dengan pasaraya Ocean, yang aku rasa juga sudah tiada.

Masa ini aku baru tahu wayang ada dua kelas. First Class dan normal class. First Class mahal sikit, tiketnya berharga RM5 sementara kelas bawahan tiketnya RM2.50. Masa itu RM5 bermakna makan tengahari untuk seminggu. Tapi sempena meraikan kehilangan terunaku dalam hal ehwal menonton wayang laksana lelaki baru kahwin yang masuk..errr…okey, abah aku membelikan tiket kelas pertama untuk kami. Yeay!

Pintu masuk First Class pun ikut tangga lain. Naik ke atas. Sebelum masuk ada satu ruang seperti lobi yang taklah besar mana, tapi ada sofa dan meja untuk menunggu. Zaman itu, lobi tersebut sudah dikira habis eksklusif.

Pembantu panggung kemudian buka pintu yang dihias dengan tirai hitam. Kami beratur untuk masuk dengan menyerahkan tiket. Zaman itu tiket macam tiket bas yang dijual oleh ulat-ulat puduraya. (kadang kala tak ada tajuk filem pun).

Kami masuk. Aku tak ingat samada free seating atau tak. Tapi kami duduk dan hatiku berdebar-debar laksana teruna yang masuk ke dalam bilik pada malam selepas nikah sambil isteri…maaf, malam Jumaat begini memang selalu tersasul.

Kemudian suasana jadi gelap. Yay! Hatiku bersorak. Wayang sudah hendak mula. Aku sudah berkira-kira melihat BATMAN dengan skrin besar.

BOOM! TRATT! TRATT! TRATT! Cut scence berleluasa di skrin besar. Segerombolan lelaki berpakaian askar sedang berperang. Aku jadi resah. Ni apa ceritanya ni? Kata nak tayang Batman. Ni apa pula cerita perang ni? Aku jadi resah. Sekejap bergerak ke kiri, sekejap bergerak ke kanan. Aku pandang abah. Abah buat biasa. Aku jadi ragu-ragu, silap panggung ke? Abah nak control malu ke? Soalan demi soalan menyerang aku dengan laju, sama laju dengan bunyi peluru di skrin besar. Aku nak tengok Batman! Mahu sahaja aku menjerit, “Abah, kita dah salah masuk panggung!”

Apa yang aku tahu, itulah hari dimana aku diperkenalkan dengan satu benda: “movie trailer” yang ditayangkan sebelum filem yang sebenar dimainkan.

****

Cineplex telah membunuh panggung tradisional. Satu demi satu panggung tradisional di Ipoh mati atau mengalami perubahan dalam bentuk pasaraya menjual kain dan sebagainya.

Kali terakhir aku ke panggung tradisional di Ipoh pada tingkatan 4, di Odeon (kalau tak silap), menonton Flubber bersama Azmi Suki. Wayang hendak bermula 10 minit lagi dan kami orang yang pertama masuk. Diikuti seorang apek yang tertidur sepanjang tayangan dan sepasang kekasih yang duduk di satu penjuru menjalankan urusan rasmi nafsu syaitan.

Aku dan Suki hisap rokok sepanjang tayangan. (semasa tingkatan 4, menghisap rokok selain di atas loteng tandas asrama merupakan pencapaian yang sama tarafnya dengan penemuan ubat bius).

****

Dan kadang-kadang terasa rindu nak pergi menonton panggung wayang tradisional sebegitu.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

20 Responses

  1. Oh! Aku pun rasa rindu. Antara pengalaman tengok wayang yang terawal untuk aku ialah tengok Jurassic Park dekat Odeon. Best.

    Tahun lepas, masa aku pi Kota Kinabalu aku ada pi tengok wayang kat sana, tapi aku tak ingat tajuk. Citer pasal King Arthur. Panggung dia dimiliki GSC tapi diorang still maintain style panggung lama. Kulit kacang pun bertaburan kat lantai. Chewing gum kat bawah kerusi. Best. Ada feel.

  2. Ted - Jurassic Park juga ada pengalaman tersendiri. Aku pergi Cathay dengan kawan-kawan lepas tournament badminton. Orang ramai macam tengok konsert. Aku menyusup potong line untuk beli tiket first class. Masa tu RM5 dah kira mahal, tapi demi “dinosaur”…

  3. Salam vovin.
    Filem pertama yang aku tengok di panggung Cathay, kalau tak silap, Species. Fuh, berdebar juga bila tengok makhluk asing bila jadi perempuan.
    Masa tu, aku sekolah agama di Alor Setar. Masuk panggung ialah kerja haram, dan jika ustaz nampak atau senior nampak, pasti aku kena inquisition.
    Aku rasa, kaki wayang akan ingat pengalaman pertama menonton wayang, sama macam pengantin, yang akan ingat malam pertamanya. Salam

  4. Filem pertama aku tak igt. Tapi aku tengok masa aku kat UK.

    Masa sekolah menengah dorang kata masuk wayang 40 hari amalan kat tak diterima..

    Aku budak sekolah agama yang skema. Sekarang? tidak lagi.

  5. sy tak penah tgk wayang. best sgt ke?

  6. OK, aku tak nak berlagak, tapi filem pertama aku ialah di wayang kat New York (dok Florida masa tu), filem Superman (tayangan ulangan), aku tertidur dalam pawagam. Lepas tu Star Wars (ulangan) dan E.T. Semuanya aku tertidur, tapi aku ingat, untuk ET, aku menangis tiba-tiba dan cakap, “ET dont go!”. Filem pertama aku kat Malaysia ialah ET lagi sekali di Ampang Park (dulu Ampang Park cun gila! Abang aku yg muda masa tu dapat tonton Day of the Dead, gila!), dan lagi sekali aku menangis. Bapak aku beli Hersheys yg ada kartun ET (macma m&ms) untuk buat aku hepi (dalam filem tu ada). Filem Melayu pertama aku pula ialah Rahsia(1987) kat Capitol (the only last living old cinema, pls go watch good tamil movies there frot he feel!) dan aku kata, “Baba. next time, jom tgk filem Melayu, best lah!” Yes, Rahsia changed my preception on Malay Films!

  7. babi..gua sorang je ke wayang pertama tengok cerita lion king..??

  8. Besnye korang. Aku layan cite Silat Indon je kat panggung pekenama kat Kompleks Teruntum Kuantan. Pak Chu aku mimpi apa bawak kami sepupu2 ramai tengok cite tu. ngeri aa tengok kepala putus2. sampai ngigau2 aku.. hoh

    yang membunuh panggung di sana aku rasa bukan cineplex, tapi CD PIRATE!

  9. Lutfi - Mak aih, terus Species.

    Daun dan Fadz - tengok kat luar negara? syabas

    Buuruj - Best gila, kau dah terlepas satu nikmat dunia.

    PP - ko tengok lion King lepas pergi zoo ke? akakaka.

    Ice - Wahhh, bukan Mak Lampir kan?

  10. Filem pertama aku tengok kat wayang aku tak ingat tajuk, tapi lakonan Jason Scott Lee kalau tak silap, ala… yang kisah hidup Bruce Lee tu. Masa tu tengok kat SB Kapitol Kangar masa outing hari Sabtu. Tiket harga RM1.40. Lantai panggung berterabur kulit kuaci dan puntung rokok (pasal boleh isap rokok dalam panggung tu).

  11. aku x brapa ingat cite ape first aku tgk kt wyg. yg aku ingat masa tu aku di smk. bestnya first class ni ialah kita boleh baling kulit kuaci kat org bawah. hehehe..

  12. PP - aku pun first time tengok Lion King juga. Haha

  13. Vovin, zaman tu belum ada 18 sx lagi. Semua filem kira halal. Haha.

  14. 14
    kingbinjai  
    Saturday, 23. August 2008

    1992? bape umur kau masa tu? Batman returns aku tengok dekat pj state bersama 3 aweks jangan marah ha ha

  15. Whoaa….iklan Salem High Country! iklan pelancongan Peter Styvesant! Dunhil Double!….nostalgia sih….rindu kat zaman2 tu…

    Berkenaan hal tonton wayang, walaupun aku sangat2 lah tergoda menonton iklan2 di sokkabar…terutamanya iklan citer Batman n Ghostbuster, malangnya takde peluang pun masuk wayang zaman tu….bukan sekolah yg kata harap tapi femili (mak aku pernah cakap kalo nak tgk wayang sangat nanti besar jadi tukang sapu panggung wayang, boleh tengok wayang free setiap hari)….maka takat sambar tape video aje lah kalo dah gian sangat.

    Aku ingat lagi pernah mengintai2 kat panggung CM (skrg Annexe)

    Percaya ke tak, pengalaman pertama aku tengok wayang ialah kat GSC MV yg masih baru waktu tu….tahun 2000 utk film Pearl Harbour (maluuunye)…..so tak setanding lah ngan experience korang yg ala Cinema Paradisso tu….

  16. haha. aku plak tgk wayang pertama kali dengan bapak aku. cerita Twister. hehe.

  17. wayang pertama saya ialah TheSixth Sense..
    masuk wayang dengan uniform sekolah…
    lepas keluar wayang tu rasa macam dah buat ‘dosa’ jek…huhu..

  18. 18
    ayobkelubi  
    Monday, 25. August 2008

    pengalaman pertama aku tgk wayang pun kat UK sana…

    tajuk movie nya mmg aku ingat sampai mati iaitu TITANIC!!. pergi dgn budak2 kelas aku yg mana mostly perempuan….

    aku dah nak terlentok tgk citer tetiba kawan2 aku nama dia LENA yang sungguh brutal menangis teresak2 menyebabkan aku langsung tak tidur semata-mata nak tgk kawan2 perempuan aku meleleh air mata pastu pakat gelak dlm panggung….

    esoknya aku repeat citer TITANIC ngan awek pulak sebab nak tgk dia nangis. ..

    hahaha

  19. tgkla wayang india kt jln tar tu..same lg reka bentuknya…

Leave a Reply