Ini adalah isu MB Kedah beri tiket percuma kepada penyokong pasukan bolasepak Kedah.
Berikut adalah petikan dari laporan online Utusan Malaysia;
KUALA LUMPUR - Persatuan bola sepak negeri yang memberikan tiket percuma bagi perlawanan bola sepak dalam liga tempatan perlu membayar levi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Timbalan Presiden FAM berkata, tindakan persatuan bola sepak negeri yang menawarkan tiket percuma kepada peminat bola sepak khususnya di Kedah dikhuatiri mengundang masalah.
‘‘Inilah masalahnya bila pembangkang mengambil alih persatuan bola sepak negeri, semua mereka hendak berikan secara percuma tetapi perkara ini perlu mengikut perjanjian yang ditetapkan,’’ katanya kepada media dalam sidang media klinik penyerang Ian Rush di sini, semalam.
Jelasnya, persatuan bola sepak negeri perlu membayar levi kepada FAM jika mereka memberikan tiket percuma kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak liga tempatan.
‘‘Mengikut perjanjian yang telah ditetapkan setiap persatuan bola sepak negeri perlu menjelaskan bayaran levi sebanyak 10 peratus kepada FAM mengikut komisen penjualan tiket yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, beliau akan menghantar wakil untuk meninjau setiap perlawanan yang diberikan tiket percuma kepada orang ramai.
‘‘Wakil FAM akan dihantar bagi memantau di setiap perlawanan tiket percuma untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,’’ kata Azzuddin.
Hadiah percuma itu sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat yang telah memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Alternatif (BA).
Berita di atas sebenarnya sungguh kelakar. Aku membayangkan Deja-Vu.
Satu; ayat-ayat tersebut selalunya dikeluarkan oleh pihak pembangkang (DAP/PAS/PKR atau yang sewaktu dengannya).
Kita sedia maklum tugas DAP/PAS/PKR atau yang sewaktu dengannya (selepas ini dipanggil pembangkang) ialah mengutuk setiap tindakan kerajaan (baca: Bee End). Bee End buat apa sajalah untuk rakyat, mesti ada angle yang cuba diputar oleh pembangkang untuk membuatkan rancangan Bee End itu nampak jahat. Buat jambatan kena kutuk, buat masjid kena kutuk, buat rumah kena kutuk, beri itu ini pun kena kutuk. Memang menjadi pembangkang ini syaratnya tidak puas hati dengan semua benda.
Tabiat itu nampaknya sudah terbalik.
Sebaliknya berlaku di Kedah. Kedah ditadbir oleh PAS (yakni pembangkang). PAS adalah kerajaan sekarang. Oleh itu dia pun buat keputusan untuk beri tiket percuma.
Maka sudah menjadi tugas orang-orang Bee End (sebagai pembangkang di Kedah) ataupun penjilat bontot Bee End untuk membangkang/menegur tindakan MB Kedah itu.
Sebab isu lebih besar sudah tak ada, isu kasi tiket percuma pun jadilah supaya masih boleh dibangkang.
Orang yang membangkang itu sudah sedia maklum, MB Kedah mestilah berotak untuk fikirkan kesan tindakannya. Mestilah sudah sedia maklum duit yang perlu dikeluarkan. Tapi tak mengapalah, asalkan boleh bangkang.
Dua;
Serangan manipluasi media akhbar dan televisyen kini semakin terdesak dengan konsep “kita putar belit apa sahaja isu yang ada”.
Akhbar dan Televisyen Malaysia kini laksana seorang askar di dalam kubu, di mana kawan-kawannya semuanya sudah mati, peluru sudah habis, meriam sudah rosak. Tentera musuh sudah mara, apa yang boleh dia buat hanyalah membaling epal dan pisang ke arah musuh sebab itu sahaja yang dia ada.
Lawan tetap lawan kan? Hahaha…
Bagus juga, sekurang-kurangnya terhibur hidup aku dengan drama-drama sebegini.

Wednesday, 26. March 2008
Blog ni dah bosanlah. Asyik cerita pasal politik je. Aku nak cerita pasal bitches macam dulu-dulu.
Wednesday, 26. March 2008
All right kau bangkang itu bagus, tapi siapa pula nak mencadang? Nazri, dalam blogsfre ni dah ramai sangat pembangkanglah. Why don’t ko sama-sama aku fikir macam mana nak berhadapan dengan suhu dunia yang semakin meningkat ini? bolelah Nazri ko comel, ko kuit, kalau ko pegang banner turtle WWF misti Elyana jatuh cinta kat ko tau!!!
Pompuan suka, senang jatuh cinta sama lelaki yang perihatin tentang alam sekitar tau. Pompuan tak suka lelaki yang suka berperang, bergaduh nak jadi PM. Who wants PM yang sentiasa diburu oleh perempuan-perempuan cantik yang rela dijadikan gundik?
Apa IC no ko? nak aku cadangkan nama ko pada WWF tak? ala Nazri semurah RM30.00 sebulan. Tax deductable lagi. Kalau nak one off pun no hal, semurah RM150.00 sekali bayar. Tahun lalu kami berjaya gazettekan 26,103 hektar tanah di sepanjang Sungai Kinabatangan dan tanam semula 4,680 pokok untuk orang utan, selamatkan 5 ekor gajah yang injurd buy trap at lower Kinabatangan area.
I sincerely hope ko dapat uar-uarkan usaha murni WWF ni. More fund, mean more greeny, more space for orang utan dan friends.
Wednesday, 26. March 2008
malam tadi ada ceramah ustaz azizan kat kelantan, kata ustaz azizan, oleh sebab pas menang banyak dari saluran tiga [orang muda], maka, sebagai tanda terima kasih, kita bagi lah tiket free tuh… sesuai lah orang muda selalukan minat bola…
lainla orang tu.. ingatkan buleh menang, terus buat plan, nak sambut ulangtahun sultan dengan belanja besar-besaran yang membazir… rupanya mereka kalah… tapi.. plan tu.. tetap lah terpaksa diteruskan oleh kerajaan negeri sekarang ni….
Friday, 28. March 2008
aku tak suke bola..
lagi2 budak2 bola yang lepak beramai2 kat mamak sambil buat bising macam bapak dia punya negara..
lenkali langgan astro tgk kat rumah.. macam beruk pun takpe kat rumah sendiri.. hehe