Baru-baru ini ada kempen di alam blog menyuruh meletak gambar bendera Malaysia terbalik. Satu sebab sebagai tanda protes terhadap kekacauan yang ada di negara kelahiran aku ini. Aku tak tahu, mungkin protes ini sebagai satu jalan memuaskan hati mereka yang marah, agaknya la. Nak kata kempen Kerajaan sempena bulan kemerdekaan, tak nampak pula iklannya dalam tv.
Eh, rumah aku tak ada tv. Macam mana nak tengok tv?
Aku fikir, perbuatan itu sungguh kebudak-budakan, laksana budak-budak yang pergi gig melaungkan rasa benci terhadap pemerintah (bukan semua) atau rasa anti-establishment atau apa-apa sajalah. (Aku tak kata semua, nanti terasa pula si anu si anu yang selalu pergi gig).
Yang kita marahkan adalah orang yang memegang tampuk mengemudi negara ini. Menterbalikkan bendera bukan satu isyarat yang simbolik atau bijaksana dalam memberitahu si anu-si anu yang kita tak suka mereka. Lantas, sama seperti budak-budak gig yang terjerit-jerit “Fuck The Police” sedangkan entah tidak ada seorang polis pun yang mendengar laungan mereka. Lantaran jeritan itu hanya mendatangkan rasa penat dan terpaksa sekali lagi meneguk arak, air mineral atau apa-apa yang penghilang dahaga badan. Laungan Fuck The Police itu sudah semacam jadi wirid-wirid pembakar semangat la pulak. Mungkin salah satu rukun gig la gamaknya. Kalau tak lengkap rukun, nanti pahala tak naik ke atas.
Sama seperti menganjingkan logo polis. Yang kita marahkan sekian-sekian polis, tapi habis semua polis kena anjing. Kalau anjing polis gamaknya kena panggil anjing kuasa dua sebab dia sudah pun anjing dan kita anjingkan anjing itu. Kita mengikut budak-budak tak tentu hala yang memang hobi mereka membenci polis. Hari mereka suka polis adalah hari di mana mereka boleh hisap ganja di kedai mamak.
Kadang-kadang aku keliru melihat “pejuang”-”pejuang” ini. Apa yang aku nampak, blogger kiri ini sama seperti budak-budak gig. Selalu mahu marah, selalu mahu menentang. Tampal poster askar pijak kepala orang. Tapi bukan askar Malaysia pun. Aku tanya bila nak ke negara situ, tolong orang yang kena pijak tu. Kita berjuang di sini saja, jawapannya. Oooo… hantar santau la kot dari sini.
Laksana seorang pemuda memakai baju Che Guevara tapi isi perjuangan mamat tu tak pernah pun mahu dia faham.
Kadang-kadang aku fikir, kemarahan itu sekadar mahu melihat diri mereka kelihatan bagus di mata kawan-kawan. Berapa kerat anak muda yang betul-betul tahu apa yang mereka perjuangkan?
Apa yang orang Melayu buat semuanya salah, apa yang ada di negara kita semuanya salah, apa yang Islam buat semuanya kolot, apa yang orang tua kita buat semuanya kena lawan… Sungguh susah nak puaskan kehendak anak-anak muda kita kan?
Lagipun kitakan betul saja.
Laksana kita memberi justifikasi kenapa mahu minum arak.
Dan keluar ayat kegemaran, “kubur lain-lain…”
Kubur memang lain-lain, tapi bila mampus nanti bukannya kome boleh melompat masuk dalam lubang kubur dan kambus sendiri.
Sempena bulan kemerdekaan ini, rentikan le kome buat kerja tak ada pekdah ni. Kita semua sayangkan negara ini. Jadi raikan kemerdekaan ini tanpa sebarang rasa mahu marah. Lagipun aku sudah melalut. Tadi cerita pasal bendera terbalik, ni apa kes pula cerita pasal kubur-kubur ni?
——–
Pemenang peraduan SETAPAK jatuh kepada MAK SU. Sila emel nombor akaun anda untuk serahan wang hadiah. Terima kasih.
——-
Emma, saya mahu….
——
“Barangsiapa yang mempunyai filem pendek dan mahu menayangkan di hadapan umat penonton, maka hendaklah kamu pergi ke sini: MASKARA SHORTIES“
Maaf, di situ kita tak laung Fuck The Police.
Di situ ramai orang tua perut boroi yang masih merasakan Scorpion band paling hebat di alam Bumi. (Ni satu hal lagi, orang-orang tua tak sedar diri.)

Monday, 11. August 2008
hello hello
encik Naz Annuar ada tak
Monday, 11. August 2008
wah, template klasik. tapi pasal tak masukkan unsur futuristik.. ko kan novelis sci fi?
Monday, 11. August 2008
Aku tak nampak relevan antara bendera dgn kerajaan.
So, terbalikkan bendera sebab benci kerajaan adalah sesuatu yg sgt bodoh utk dilakukan.
Kalau terbalikkan bendera parti, aku sokong. Tapi nanti org complaint jugak, sebab tak boleh nak terbalikkan bendera parti bulan.
Huhuhu..
Monday, 11. August 2008
banyak cara kita nak kritik. tapi ada beberapa perkara yg tak sewajarnya kita kutuk, bahkan wajib pertahankan.
bendera umpamanya. yg salah bukan bendera, tapi yg bawa bendera.
Monday, 11. August 2008
huhu. marah nampak. pegi ambil wudhuk.
ya. aku setuju sebab bendera itu adalah ikon pada negara. dan negara tak ada salah apaapa. kalau nak terbalik pun, terbalik lah orang. sebab yang jahat itu orang.gege.. apa apa jelah.
tapi pada tahun 1970. uncle ibrahim hussein (ala. artis yang ada galeri di langkawi tu) ambil satu bendera malaysia. tampal pada kanvas. dan simbah cat merah dan hitam. terus berpameran.
terus juga pemimpin di kabinet menggelupur. berdebat. rasional uncle, dalam seni, apa yang ingin disampaikan itu adalah mesej, dan ikon tentang peristiwa kalut dan hitam yang jadi waktu itu (13 mei). maka verdict jatuh pada karya bendera itu. (betul ke nazri?)
dan saat itu. maka bermulalah titik kebebasan dalam berkarya.
sekarang uncle ibrahim hussein ialah jutawan di pulau langkawi. huhu.
Monday, 11. August 2008
Hegira - Ibrahim Hussein ada kelasnya tersendiri. Nak bandingkan ilmu dan pengalamannya? Kalau mahu menjadi seperti dia kena ikut 100% caranya, bukan ikut yang mana rasa “mampu” nak ikut.
Tanya kepada orang-orang muda yang letak bendera terbalik atau apa saja benda, apa pemahaman mereka terhadap perbuatan itu.
Makanya, kalau saya buat kolaj gambar Kaabah dan disebelahlah pelakon porn dan menepis kutukan orang atas nama “seni”, bolehkah? Kemudian, bila timbul isu, saya akan meraung kata “di mana kebebasan berkarya?”
La la la la la la…
Monday, 11. August 2008
Budak-budak muda memang gitu. Ideologi DIY. Been there. Done that.
Ehhh, bukan ke kita semua masa muda-muda dulu pun macam tu. Memberontak dan tunding jari 24 jam.
Eehhhh, PUNDAK tu apa yek? Hohohoho…
Monday, 11. August 2008
mostly join PUNDAK on parody based, ada ke yang serius berjuang. Ko serius tentang perjuangan PUNDAK ke? Tu website parody je la kak. Chek sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Parody
Sindiket Sol-Jah DIY jugak. Takde pun nak “berzina the polis”
Tuesday, 12. August 2008
Biarkan polis saja yang melakukan siasatan. Kita serah pada kebijakan dan profesionalisme mereka.
Tuesday, 12. August 2008
Bendera tu lambang kedaulatan sesebuah negara. Kalau dh tak suka bendera tu…sampai diterbalikkan….maksudnya mereka dh x syg pd negara…bila dh x syg, apa lagikkk…berambuss laaa…pegi ke negara yg sanggup terima ideologi mereka yg tah apa²…
::ecehhh!!! emo plak aku::
Tuesday, 12. August 2008
Ini semua akan “give a bad name” to haluan kiri. I guess kita patut ajar mereka apa kiri itu sebenarnya. If not kanan akan tambah kanan, dan rakyat akan makin tertindas.
Unlike the west, mereka ada 2 party system, kiri dan kanan. Bila kanan naik tocang, kiri akan mengambil alih. That is to say kiri dan kanan masing-masing bertindak sebagai check and balance.
Tapi adakah senario ini berlaku di sini, setelah 5 negeri diambil alih oleh puak kiri. Apakah perkara signifikan yang telah mereka lakukan? Adakah ketua mereka DSAI seorang yang benar-benar kiri, kalau dia sendiripun sangat kita tahu sejarahnya yang memang rapat dengan puak kanan yang melindungi kepentingan pemegang modal dunia itu sebagai asas perjuangan mereka.
Saya sedang menghabiskan buku Malay Left oleh Allahyarham A. Rustam Sani. Kita patut faham perjuangan kiri di sini adalah berbentuk comunal instead of ideology. Jadi kalau ada cita-cita mau jadi pewaris KIRI, elok kamu semua fikirkan bagaimana membentuk haluan kiri yang punya kredibiliti yang tinggi agar fikrah kekirian kamu dipandang tinggi dan dihormati.
Kalau setakat gantung bendera terbalik, bikin malu Antonio Gramsci dan Che Guvera jah. Kesian tak dapek le mereka RIP.
Tuesday, 12. August 2008
Kiri bukan. Kanan pun bukan. Gua tengah-tengah. Sebab, ‘tengah-tengah’ memang ’sedap’ Ha ha. Gua mencarut, sori!
Tuesday, 12. August 2008
Ada satu adegan ni, budak kecik yang tak tau apa-apa spray logo V byk-byk kat jalanan dalam “V for Vendetta”*. I mean, jelas budak tu tak tau erti anarkisme apa semua, kan (she’s around 8-10 years old)? Tapi the comic portray the girl as one of the rakyat yang mula sedar. Tak kisahlah dia bagi 100% ke tak, BUT AT LEAST she’s going out there.
What do you think about that, dear Mr. Nazri M. Anuar? I mean, apa perasaan kau bila tengok scene tu?
*Kepada golongan fascist di luar sana, anda boleh mula membebel tentang betapa kesiannya pekerja dewan bandar raya nak kena bersihkan segala spray-spray tu.
Tuesday, 12. August 2008
Lari dari point artikel aku. Baca balik semula.
Kalau betul mahu berdebat, jangan lari point.
Tuesday, 12. August 2008
Aku bukan nak debat, tapi aku nak tau pendpt kau tentang scene tersebut. Sbb mcm maklum balas kau terhadap kenyataan Hegira mengenai karya Ibrahim Hussien tu: “Kalau mahu menjadi seperti dia kena ikut 100% caranya, bukan ikut yang mana rasa ‘mampu’ nak ikut.”
Budak kecik dalam V tu ikut sekadar yang termampu, dia tak pernah totally tangkap those idiot pemimpins and hang them on by the throat (like V did).
Tuesday, 12. August 2008
Apa point artikel ni?
Baca artikel ni dan fahamkan sebelum keluar point atau sebarang arguement yang nonsense tidak akan dilayan.
Tuesday, 12. August 2008
“Apa point artikel ni?”
Soalan yang bagus tu. Apa ye?
Tuesday, 12. August 2008
Jadi, kemukakan soalan bila sudah faham nanti.
Terima kasih
La la la la la
Tuesday, 12. August 2008
wahh, 1st time dengar hang mengamok, besh!
Wednesday, 13. August 2008
Ge,
Ko sudah cukup ancient untuk duduk tengah-tengah, kena pilih kiri ka kanan. Selalu mau play safe LALANG! katak-katak lompat chooiii!
Nanti aku kirim kat Nazri satu artikel, untuk pujuk ko melompat ke kiri.
Friday, 15. August 2008
Che guevera tu bukan pakcik yg jual buah jambu batu kat tepi simpang tu ke?
Ooo… Tu guava ek?
Soriii…
: )
Tuesday, 30. September 2008
Marah benar nampak?
Thursday, 13. November 2008
4mh8mt7kg3y78×7d