Ini sebuah entri yang panjang, sempena 10 tahun menanti.
Klik untuk bacaan penuh;
- Aku terlepas final dramatik tahun 1999 akibat tersalah baca tarikh final. @#$%^%$#!
- TV biasa tak ada live. $%#@#%$#!
- aku ambil keputusan untuk menyertai Dak Mat dan abangnya Daus di Subang. Aku call Dak Mat dan cakap, “kau kena call aku sebab aku nak tidur sekejap, call sampai aku bangun!!!”
- Dak Mat call pukul 2;20, celake!
- Basuh muka, tak sikat rambut pun. Peluang berkenalan dengan awek best takkan ada pagi niĀ atas dua faktor - 1- Awek Man U rata-rata memang poyo dan tak payah berkenalan pun takpe dan ke-2; Berat nak kata tapi majoriti awek yang kepala otaknya cool menyokong Liverpool, team yang tak main malam ni dan kebarangkalian mereka tengok di rumah sahaja adalah besar.
- Turun bawah, seorang penyokong kelab bawahan (dari segi carta liga - baca: Liverpool) yakni Pijoe sedang terbongkang di atas sofa. Okey, seorang musuh sudah tidur.
- Tapi scousers mudah dengki. ada sekor lagi penyokong Liverpool parking belakang kereta aku. aku tak boleh keluar. alamak, nak kejut ke, macam tak elok pula. Ini semua sabotaj tak beri aku tengok bola. aku syak Pijoe buat-buat tidur.
- Ketuk pintu bilik Keba, suruh dia alih kereta selepas berdozen maaf keluar.
- Miat ajak main winning Eleven. Gile ke apa? Gua nak tengok bola!
- Pijoe masih pura-pura tidur (agaknya).
- Hidup enjin kereta, bergerak dari Kinrara ke Mcdonalds sek. 15.
- Sampai di sana game sudah mula lebih kurang 10 minit.
- Makan burger tak sedap dan layan teh o sambil berhuha.
- Tengah sedap-sedap huha tiba-tiba Ronaldo lompat. Gol rupanya. aku tepuk tangan. McD dah gamat. Aku syak orang yang duduk sekeliling sudah keluarkan senapang.
- Huha balik.
- aku dah cakap awek Russia hot, kalau tak, kenapa Scholes berdarah hidung sampai habis game (ke sebab bontot Makalele?).
- Celake Tevez kaki pendek. Kalau tidak sudah 2-0.
- Ada permainan pinball berlaku dan Lampard score. Pedihnya hati. (dalam hati sudah sediakan alasan kekalahan - gol deflec boleh la!!! haha)
- Ada awek nampak pusat di hujung sana. Tak sejuk ke pakai sleeveless, baju singkat dan seluar pendek? Embun jantan dah start nak keluar ni. aku dah menggigil gile ni.
- Awek separa seksi depan aku tiba-tiba berdiri tak tentu pasal. Block pemandangan kami. Ada yang kena libas dengan tali pinggang ni karang! Sekarang bola lebih penting dari awek seksi. Syoh! Main jauh-jauh!
- Half-time. Dengar Shebby membebel.
- Second half boring. Chelsea perfected skill tendang palang/tiang gol. Terima kasih.
- Extra time.
- Drogba buat aksi yang biasa dibuat oleh seorang balak ke atas aweknya semasa hangat dilamun cinta. Aksi tampar manja ke atas vidic. Kena buang padang -dilarang mengorat di dalam pitch.
- Penalti. semua sudah sakit jantung. Dak Mat muka dah lain. Senyum pun terpaksa.
- Penalti pertama dari Tevez aku tak tengok. Ke tandas.
- Tapi aku tengok tatkala si poyo Ronaldo tak masuk penalti. Bodoh. Poyo nak mampus.
- Aku kira, okey, kena tunggu 10 tahun lagi le gamaknya ni.
- Dak Mat dah tak senyum.
- Daus dah cakap “ni setahun ni kena kutuk dengan budak-budak Liverpool”. Sebagai penyokong kelab dibenci oleh separuh umat Malaysia, kami memegang tanggungjawab untuk berdoa agar Man U menang. ayat “Aku sanggup tengok Chelsea menang dari Man U” walhal dia itu penyokong Wigan (contoh) sudah biasa aku dengar. Itu tak kira lagi ayat “Gua tak sokong memana janji Man U kalah”, ek eleh, apa kes?
- Wajah-wajah pembenci Man U yang aku kenal bersilih-ganti bermain dalam wayang kepala aku. Ni esok sms kutukan bertalu-talu le ni. Dapat langgar dengan jentolak muka-muka sengih ni bagus juga. Tapi mana nak cari jentolak?
- JT kena palang!!! Sorak kuat-kuat.
- Giggs masuk!!! aku sorak lagi kuat. aku harap komuniti bersebelahan McD tu tak ada upah sniper. Karang tak pasal-pasal berlubang kepala aku.
- Van Der Sar save penalti Anelka. aku melompat. Kali ni aku yakin komuniti sebelah McD akan upah sniper tahun depan.
- Peluang tak datang selalu untuk melihat team kesukaan mengangkat trofi. (Ya, aku kira Pijoe sudah berkira-kira nak balas - kitorang rasa cam biasa je angkat trofi ni).
- Man U menang double besar (Liga dan Eropah).
- Bagi aku, berbanding tahun 1999, ini adalah pasukan Man U yang paling kuat.
- Hantar Daus ke Kg Dato Harun.
- Balik, beli bihun kat Esso, layan Winning Eleven tiga round, geletek Yuki sedas dua dan tidur. Perlu bangun tengah hari untuk hantar adik.
- Jumpa lagi musim depan.
Ohhh? ![]()







Thursday, 22. May 2008
Aku tidur. Diulit mimpi.
Thursday, 22. May 2008
hampeh!!! menang nasib jee… lawan 10 org pun x leh nak buat gol!
Thursday, 22. May 2008
saya tgh tunjuk lima jari
5!
HAHAHAH
lima!
bukan 3!
Thursday, 22. May 2008
Chelsea dan pembenci MU pasti berkata menang nasib, aku benci perkataan Nasib, seolah-olah kau menolak takdir tuhan atau lebih dasyat ingin melawan tuhan
Tapi apa yg membezakan JUARA dan Si Kalah ialah, JUARA akan diingati seluruh zaman, menjadi sejarah, menjadi kebanggaan,
Tapi Si Kalah, hanya dapat nangis, pengalaman menampar player lawan, shoot tiang gol, malah akan dilupakan, siapa mahu ingat naib juara?
Thursday, 22. May 2008
arsenal ye yg mampu bagi perlawanan menghiburkan..
Friday, 23. May 2008
Ko tek kerja ke semalam?
Friday, 23. May 2008
Tak kerja. Kenapa? Ada masalah ke kat situ?
Friday, 23. May 2008
ko tak subuh ke semalam, muahahahahahaha
Friday, 23. May 2008
Juga tak. Aku balik terus tidur. Zohor dan Asar pun aku terlepas. Hari ni pun aku terlepas Subuh.
Saturday, 24. May 2008
Terlepas… Rugiinye.
Nanti ganti ya!
Saturday, 24. May 2008
Entri kau yang paling best untuk tahun ni.
dah 3 hari selepas final, aku masih tak berenti senyum.
- Kepuasan -