03 Aug 2008 MASKARA EX
 |  Category: jurnal

Sebagai penganjur, tidak adil untuk aku tulis persembahan siapa yang terbaik. Lagipun ini bukan sayembara untuk merebut trofi. Juga bukan lumba egois. Juga yang datang ke sana keinginan mereka lain-lain, ada yang ingin mendengar deklamasi, ada yang mahu berhibur dan ada juga sekadar suka-suka mengikut teman. Tak kurang mungkin yang tidak sedar dia berada di tempat yang salah kerana tersalah sangka Planet PENA sebagai pusat membeli belah Ah Ho.

Tapi selamat aku katakan persembahan silat berirama oleh saudara Jimadie dan kawan-kawan adalah yang terbaik. (okey, gurau sebelum aku ditembak oleh Jimadie dan rakan-rakan).

Kedatangan penonton masih memuaskan dan sekurang-kurangnya hampir semua hadirin tunggu sampai hujung acara. Malam itu pesta bihun kerana disamping gemar bercerita tentang falsafah pseudo-intelektual, kisah hidup yang sengsara dan hati yang luka, bihun adalah kegemaran para blogger.

Malam itu orang berjoget dengan Dewangga Sakti, berpantun dengan Azree, terpegun dengan Salman Sulaiman, dendang irama dengan DEP dan terkesima dengan kata-kata Art. Selain itu asyik mahsyuk dengan monolog Republik Teater, bersubahat dengan Jonos dan Alfie serta takjub dengan melodi suara Reez dan Ajami.

Bila orang seni bercampur, ada yang melontar tentang “perjuangan”. Objektif MASKARA jelas sejak kali pertama diadakan. Tempat orang-orang lepak menonton acara “seni”. Tak kisah mereka di pihak mana, malam MASKARA adalah malan neutral.

Sebagai ketua projek, aku mengucapkan setinggi terima kasih kepada Selma Blair kerana memberi inpirasi. Juga kepada ahli Sindiket Sol-Jah yakni Mohammad Sabtu Bin. Idrus, Rozali Ibrahim B. Abdul Muluk, Syed Shafiq Bin. Syed Ahmad, Muhammad Zubairi Bin. Ujang, Jamal Bin Arbain, Abdul Ghani Bin Haji Yahya, Shamsul Shariffuddin Shaari bin Ali, Zaid Asmawi Bin Kamal Jauhari dan Riduan Selamat Bin. Mukhtar. Tanpa bantuan kalian, MASKARA takkan dapat membuatkan Suhaini Binti Farid tersenyum puas.

Juga kepada kawan-kawan lain yang memberi sumbangan dalam bentuk tajaan makanan , tajaan promosi dan tajaan kerahan tenaga. Kami amat menghargai sumbangan kalian. Bak kata Encik Francis Murugan, “Betul, kamu betul,”

Aku harap kawan-kawan dapat berkumpul lagi pada edisi yang akan datang.

Kepada awek baju putih yang menegur di tepi pintu mengirim salam kepada budak rumah aku tatkala selesai majlis, jemput datang lagi.

Kepada awek MPR yang datang sambil kelam kabut bertanyakan dah dapat antologi KACAK JELITA, jemput datang lagi.

Kepada awek Mat Jan, jemput datang lagi.

Saya akhiri dengan petikan kata seorang ahli falsafah bernama Fuad Tarmini bin Masikan, “apakah tujuan hidup sebatang sudu? Kenapa sudu berada di dalam gelas? Kenapa sudu tidak mahu terbang? Kenapa? Kenapa? Kenapa?”

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses

  1. MASKARA, wadah santai berilmu kepada karyawan yang sememangnya stress dengan kerja.

  2. 2
    pengeran cinta  
    Monday, 4. August 2008

    hai vovin lama tak jumpa kamu…! :)

  3. Mohammad Sabtu bin Idrus? Sila buat pembetulan nama - Mohammed Sa’abtu bin Haji Moen!!!!

  4. Encik Mohd. Sabtu? BUWAHAHAHAHAHA

  5. rozali ibrahim kepala hotok awok..

  6. takjub ker?.. mcm sindirrrr jer!.. huaaaahhhh!!!

  7. Alfie - karyawan stress? Stress mende, stress tu dibuat-buat saja, konon seni la.

    Pengeran Cinta - Ya, lama tak jumpa kamu juga. Siapa kamu ya?

    Naga - kata hari tu dah tukar!

    Basri - Ya

    PP - hahaha

    Ajami - mende?

  8. sori tak dpt dtg , again, hal di rumah mmg begitu berantakan.. macam poltergeist

Leave a Reply