26
May

PAK LONG HISAP ROKOK DAN KENA KANSER

   Posted by: nazri   in jurnal

img_0355.JPG

Kadang-kadang aku melawat adik aku di rumahnya. Selalunya aku datang untuk bermain dengan dua orang anak perempuannya, Faqeeza (4 tahun) dan Damia (2 tahun). Dua-dua ekor anak buah aku ini merupakan kanak-kanak yang paling comel di muka bumi ketika entri ini ditulis. Selain Elyana, tapi dia orang besar, bukan kanak-kanak. Pernah jadi kanak-kanak suatu ketika dulu, mungkin.

Bacaan selanjutnya:

Damia, yang masih memiliki skill bercakap bahasa kaum purba paling suka datang dekat aku berbanding kakaknya. Sekejap nak panjat aku, sekejap mintak dukung, lepas tu menangis mendapatkan mak dia sebab kena sakat dengan aku.

Dia pernah menyanyi lagu berikut;

“Okh ooo, uuu eee aaa u-annnn” (Ok ohh, ku ketahuan - Matta)

Faqeeza pula sudah memiliki skill bercakap bahasa manusia. Kalau bercakap memang tak ada tanda nak berhenti. Maklumlah benda baru dapat (anugerah bercakap), esok-esok bila dah umur 30 tahun esok boring la tu agaknya.

Aku selalu melawat dan singgah terus untuk makan malam.

Jadi selepas makan, aku akan ke pintu belakang, menyorok di luar rumah untuk melaksanakan kewajipan aku sebagai perokok tegar. Menyembunyikan diri kerana tidak mahu kanak-kanak dua ekor itu melihat aku merokok.

c5d3c02399d747816d03072ad8850d5a_naturalgeo_med.jpg

Suatu hari Faqeeza ternampak aku buka pintu belakang, seraya berjalan separa pantas dan bertanya dengan nada suara yang nyaring; “Pak Long, Pak Long…Pak Long nak pergi mana? Pak Long nak pergi hisap rokok ke?”

Aku diam sambil terus menutup pintu. Ni bila masa dia tahu aku merokok ni? Dalam hati, ini tak lain tak bukan mak dia atau adik Mak dia la yang mengajar suruh tegur aku dengan ayat itu.

picture0034.jpg

Damia, Liyana dan Faqeeza

This entry was posted on Monday, May 26th, 2008 at 11:02 am and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments so far

 1 

Haha, padan muka kena sound dengan budak kecik! (mesti mak dia yang suruh) :P

May 26th, 2008 at 7:58 pm
Nazim Masnawi
 2 

Daisy, Daisy, give me your answer do…

I’m half crazy all for the love of you…

It won’t be a stylish marriage…

I can’t afford a carriage…

But you’ll look sweet upon the seat…

Of a bicycle built for two.

May 26th, 2008 at 9:37 pm
 3 

hahaha! budak2 bro memang suka byk tanya! :P

May 27th, 2008 at 8:21 am
 4 

Perempuan tidak akan pernah bosan bercakap. Lelaki je yang bosan mendengar.

May 27th, 2008 at 10:33 am
naga
 5 

Ha ha.

May 27th, 2008 at 10:49 am
 6 

budak-budak sekarang ni .. pandai…

ahahaha

May 27th, 2008 at 11:51 am
shemod
 7 

tak pernah cakap pun…

May 28th, 2008 at 8:39 pm

Leave a reply

Name (*)
Mail (will not be published) (*)
URI
Comment