18 Aug 2008 PENGALAMAN DI MPH
 |  Category: jurnal

MPH AUTHORS MONTH: NAZRI M. ANNUAR

Sesi aku tamat petang tadi. Ini beberapa kesimpulan;

1. Pengalaman berharga. Jika esok lusa aku jadi legenda, aku sudah boleh kata “masa saya muda-muda dulu susah, event 3,4 kerat saja yang datang, itu pun member” di hadapan 10,000 peminat fanatik, di dalam stadium. (Sebenarnya aku rasa diri aku agak bertuah berbanding penulis fiksyen sains dua minggu lepas, sekurang-kurangnya aku tak rasa sepi sangat)

2. Sebenarnya satu hikmah kerana jika aku menjadi penulis tua nanti, bila berhadapan dengan penulis muda yang mahu mengundur terlalu awal, aku sudah boleh tempelak mereka dengan kata, “Cehhh! Pak Cik masa awal-awal nak bertapak dulu lagi teruk, tak ada orang datang pun!”

3. Fiksyen Sains dan Fantasi di Malaysia masih jauh untuk membina peminat tersendiri. Maka fikirlah banyak kali barangsiapa yang menulis genre ini UNTUK POPULAR. Terutamanya yang masih baru, perjalanan masih jauh dan jangan patah semangat.

4. Penulis perlu inisiatif sendiri jika mahu acaranya ‘happening’ (bak kata budak zaman sekarang).

5. Memberi azam tersendiri untuk aku menulis lebih banyak novel Sains-Fiksyen. Di Malaysia, penulis perlu prolifik untuk membina pengikutnya tersendiri.

6. Perlu ada komuniti novel Fiksyen Sains dan Fantasi, semacam kelab peminat untuk menggerakkan genre ini.

7. Kalau pihak MPH bijak, mereka juga boleh buat post-mortem kenapa acara sebegini seolah gagal, bukan sekadar nak melengkapkan jadual acara.

8. Kedatangan penonton sebenarnya memeranjatkan juga bila difikirkan faktor aku sudah bersedia dengan kemungkinan TIDAK ADA ORANG YANG DATANG LANGSUNG.

9. Bergerak secara solo bukan pilihan aku buat masa ini. Tunggulah bila sudah ada tapak baru boleh bergerak solo.

10. Memberi semangat untuk aku menulis karya “menang anugerah” sebagai mencipta reputasi (pernah dibincangkan dengan Serunai Fakir).

PENUTUP:

Apapun pengalaman ini amat berharga. Di sebalik kurang sambutan, aku dan Mat Jan ‘berseronok’ di atas pentas. Beberapa penulis ternama sekarang pernah bercerita pengalaman yang hampir serupa ketika aku berbual dengan mereka. Makanya sahlah aku akan menjadi penulis ternama suatu hari nanti walaupun sekarang sebenarnya aku sudah mempunyai nama.


Terima kasih kepada pihak MPH untuk ruang acara, terima kasih kepada pihak PTS dan editornya Mat Jan yang bersusah payah menguruskan aku, terima kasih kepada Zafer yang menjadi jurugambar denga bayaran yang begitu murah dari harga sebenarnya (doakan saya kaya dengan menulis suatu hari nanti, InsyaAllah), terima kasih kepada Ain Maisarah dan suami yang sudi tunggu selepas acara mereka usai dan terima kasih kepada teman-teman yang datang. Esok lusa bila aku popular kamu takkan dapat duduk di kerusi itu lagi,  jadi hargailah saat-saat keemasan itu.

Hola!

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Responses

  1. Gua tak sempat datang beb. Gua bawa 3 bas makwe..tapi terkandas kat Mari Heboh TV2..

  2. x de ke karya tuan pengarang yg boleh dibaca online?aku kat luar negara ni dan x blh nak beli. trasa nak tau gak cerita opera angkasa tu camne?adakah cerita tu lebih kepada interaksi antara karakter ataupun kepada masalah scientifik?

    btw, cite fantasi yg aku minat ialah karya ahmad patria abdullah(lagenda numerius etc)
    faisal tehrani (1515 kombat, tp ni pun agak terlebih aspek sci fi dia, kkadang rasa terlalu imaginatif..)

    apapun jangan putus harapan.all the best dan moga lahir karya sci fi fantasi yg gempak

  3. Gua datang kat Facebook event je. Online. X sci fi la datang face to face.

    Cadangan:Lain kali tiru Kekkwa. Buat kat Dataran. Pasti ramai orang (lalu lalang).

  4. er.. jgn merajuk nazri!! hehe. sori tak dapat datang. saya jauh! tapi dah hantar wakil!

    aha. binalah komuniti facebook untuk peminat sci-fi! saya rasa boleh juga tarik peminat d.r.ti!

    apapun. semoga sukses!

  5. Maaf aku tak dapat datang. Abang ipar aku kawin.

  6. Salam En. Nazri,

    Maaf saya tak dapat tunggu hingga habis majlis. Ada ayah mertua yang menanti di kedai mamak Al-Esfan. Ingat nak berlama-lama dan dengar pengalaman penulis sci fi (satu bidang penulisan yang sangat mencabar pada pandangan peribadi saya)

    Apapun, teruskan berusaha. Tentu berjaya =D

    Salam Hormat,
    AinMaisarah

  7. PP - awek lu kirim salam

    Zak - boleh order online: http://www.bookcafe.com.my/index.php?product_id=645&target=products

    Tok R - Facebook tak membantu daku

    Hegira - saya sedang bina

    Ted - tak mengapa. Hehe

    Ain - Terima kasih. Tak apa, kita sama-sama berjuang dalam genre masing-masing.

  8. salam…

    sy dah beli opera angkasa, sy juga punya Aliya Elyana. hajat memang mahu pergi, tapi ada aral melintang. huhuhu… Insya Allah di lain masa jika berkesempatan sy akan pergi. apapun, encik nazri… teruskan berkarya.

  9. awek mana?? lu jangan buat gila..

  10. Soalan yang tertanya dek mulut ketika majlis berlangsung (afsal mic satu ‘ja?. kat maskara pun mic dua tiga.):

    1. Apakah saudara rasa karya sci-fi dapat menjana pemikiran dan pembangunan ummah?

    “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Lusa Kita Buat Buku Teks Sci-Fi!”

    2. Dan, jika ‘ya’, bagaimana hal itu boleh berlaku? Dan, jika ‘tidak’, mengapa saudara berfikiran demikian?

    3. Saya nak sangat tengok gambar saudara ‘bertiga-tiga’ tu - di mana saya dapat tengok? Ha ha.

    Dan, saya minta maaf sebab terpaksa meninggalkan majlis lebih awal kerana Muhammad hendak beli sandal di kedai Bata (selepas duit dia tak cukup nak beli kasut kanvas hijau berjenama Croc).

    Dan, sampaikan ucap terima kasih saya kepada Cikgu Sue kerana mengingatkan kami tentang waktu berbuka puasa yang telah hampir.

  11. Soalan yang tertanya dek mulut ketika majlis berlangsung (afsal mic satu ‘ja?. kat maskara pun mic dua tiga.):
    1. Apakah saudara rasa karya sci-fi dapat menjana pemikiran dan pembangunan ummah?

    2. Dan, jika ‘ya’, bagaimana hal itu boleh berlaku? Dan, jika ‘tidak’, mengapa saudara berfikiran demikian?

    3. Saya nak sangat tengok gambar saudara ‘bertiga-tiga’ tu - di mana saya dapat tengok? Ha ha.

    Dan, saya minta maaf sebab terpaksa meninggalkan majlis lebih awal kerana Muhammad hendak beli sandal di kedai Bata (selepas duit dia tak cukup nak beli kasut kanvas hijau berjenama Croc).

    Dan, sampaikan ucap terima kasih saya kepada Cikgu Sue kerana mengingatkan kami tentang waktu berbuka puasa yang telah hampir.

    “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Lusa Kita Buat Buku Teks Sci-Fi!”

  12. Sori, kat rumah guna PC, tak biasa.

  13. huhu..teringat masa pesta buku tempohari. saya sudah memegang buku opera angkasa dan berlegar-legar kurang 1 meter daripada encik vovin dan penulis sci-fic lain, tetapi sangat segan untuk mengunjukkan buku dan meminta tandatangan. huhu

    anggap sahajalah orang yang berlegar-legaran di situ hendak meminta autograf, tetapi pemalu seperti saya. hohoh

  14. Naga - saya akan jawab di mahkamah.

    Xara - Saya pemalu juga

  15. haha. a good one!

  16. 16
    ayobkelubi  
    Tuesday, 19. August 2008

    beb, gua doa lu akan jadi penulis sci-fi paling gempak malaysia pernah ada nanti!

  17. Bila aku baca kisah penulis-penulis berjaya mereka juga menghadapi keadaan sama seperti kita. So, lepak jelah dan enjoy the experience. Sekurang-kurangnya kita masih ada kawan-kawan yang support. Hidup Sci Fi Malaysia!

  18. gua balik kg ah. cuti sekolah, apa2 pun congrat. lu memang best. :)

Leave a Reply