PERUBAHAN CUACA
Syarikat Resensi Sdn Bhd beberapa bulan yang lepas telah mengalami kejatuhan yang amat teruk akibat pengkhianatan yang dilakukan oleh salah seorang board of directornya. Syarikat Resensi nyaris-nyaris jatuh bankrupt tetapi pihak pengurusan berjaya juga sekurang-kurangnya menstabilkannya. Lantas pihak pengurusan Resensi Sdn Bhd mengambil langkah berhati-hati dengan sebarang tawaran kerjasama dengan sebarang syarikat lain pada masa-masa yang akan datang. Pengkhianatan yang terjadi bukan kali pertama dan Resensi Sdn Bhd sudah agak serik dengan kejadian-kejadian yang asyik berulang ini.
Namun kemudian muncul Syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd. Pada awalnya tiada sebarang tanda untuk Resensi Sdn Bhd berurusan dengan Ahli Sihir Sdn Bhd. Tetapi prospeknya ada, itu tidak dinafikan oleh Resensi Sdn Bhd.
Satu perbincangan awal mula diadakan. Pihak syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd menghubungi pihak Resensi Sdn Bhd. Dari situ beberapa komunikasi terhasil dan nampak seperti pihak Ahli Sihir Sdn Bhd berminat untuk membuat kerjasama. Namun disebabkan sejarah kerjasama yang kurang berjaya pada masa-masa lampau, pihak Resensi Sdn Bhd cuba untuk tidak membuat sebarang keputusan drastik terhadap proposal yang diberikan oleh Syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd. Malah hingga satu tahap, pihak pengurusan Syarikat Resensi seperti mahu sahaja menamatkan komunikasi dengan pihak Ahli Sihir Sdn Bhd kerana bimbang sebarang kerosakan yang mungkin berlaku di kemudian hari.
Tetapi proposal yang diberikan oleh syarikat Ahli Sihir Sdn Bhd tampak menyakinkan. Lagipun proposal tersebut tidaklah menjanjikan sebarang kerjasama berbentuk urusan berbillion dollar, cuma sekadar perancangan peringkat R&D. Dari R&D itu, mereka akan lihat ke mana jalan yang bakal membawa kedua-dua syarikat tersebut. Syarikat Resensi Sdn Bhd akhirnya bersetuju.
Segalanya nampak menarik dengan kedua-dua syarikat memberi kerjasama atas dasar yang sudah dipersetujui.
Tetapi nampaknya Syarikat Ahli Sihir sejak akhir-akhir ini kurang memberi kerjasama terhadap projek yang dijalankan. Ini menggusarkan pihak Resensi Sdn Bhd kerana pelaburan yang telah dikeluarkan. Walaupun masih diperingkat pertama, pelaburan itu sebenarnya sudah dirangka untuk jangka masa yang lebih panjang.
Syarikat Resensi masih kurang pasti pokok pangkal situasi yang berlaku ini. Mungkin terdapat kecacatan pada struktur syarikat Resensi, atau mungkin syarikat Ahli Sihir mula mendapat 'second-thought' atau ada syarikat yang lebih besar lain yang sebenarnya sudah mula merangka perancangan untuk merger dengan Ahli Sihir Sdn Bhd.
Comitte penasihat Resensi Sdn Bhd sudah berkali-kali memberi nasihat agar projek ini dihentikan sahaja sebelum lebih banyak kerugian pada pihak Resensi Sdn Bhd. Pihak atasan Resensi Sdn Bhd juga sudah mula berkira-kira untuk menamatkan kerjasama projek dengan pihak Ahli Sihir Sdn Bhd. Walaupun Ahli Sihir Sdn Bhd menerangkan masih tiada masalah dengan projek ini, tetapi masa tetap berjalan dan projek ini semakin berkembang. Kebimbangan terhadap Ahli Sihir Sdn Bhd menarik diri dikemudian hari harus diambil kira sebagai faktor yang nyata.
Pihak Resensi Sdn Bhd masih menunggu penjelasan...
Tamat
June 20th, 2008 at 3:38 pm
Setakat labur air liur, ayat-ayat cinta, perasaan tak pe aaarrr. Tak lah rugi mana.
Gua dah beli klorox satu dozen. Hahahahaha.
June 20th, 2008 at 3:39 pm
...dan perempuan kata lelaki yang jahat...