PLUTO, SERAHKAN MARUAHMU, VENUS, KAU DUDUK DIAM DI SITU
Downfall adalah antara sebuah filem bagus sepanjang zaman. Pertama kali aku tonton semasa program Kakikino di studio Finas. Program tersebut tamat kerana ada si bijak pandai yang mengadu filem-filem di dalamnya “tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia”.
Antara sebab kenapa Downfall bagus kerana potrasi (potrayal? ahahahaha) Hitler tak macam filem lain. Kalau filem lain berlumba-lumba nak menunjukkan Hitler ini syaitan dari neraka, Downfall menunjukkan sisi manusia Hitler. Kenapa dia mahu menguasai dunia dan bagaimana Hitler melayan orang yang dia sayang seperti manusia lain melayan orang yang dia sayang.
Salah satu adegan yang ‘berkuasa’ (powerful, hahaha!) ialah semasa Hitler memaki anak buahnya kerana tidak mengikut arahan beliau. Tanpa disedari, adegan tersebut telah dijadikan parodi di internet.
Parodi pertama yang aku tonton melibatkan Hitler marah anak buahnya beli motorsikal.
Kemudian datang 3 parodi untuk adegan yang sama melibatkan 3 kelab EPL.
ARSENAL
CHELSEA
MAN U (RONALDO)
Pilihan peribadi aku parodi Arsenal. Kelakar nak mampus. Paling tak kelakar Chelsea.
Eh, mana parodi Liverpool? Kelab Liverpool “terlalu suci” untuk tidak diparodikan oleh peminatnya sendiri? Iyelah, Liverpool kan kelab ciptaan Dewa Zeus, mana la duduk sebawah dengan kelab marhaen lain. Ekekekekekekeke.
Video bawah masih parodi Downfall tapi topik mengenai Xbox.
This entry was posted on Monday, July 28th, 2008 at 1:03 pm and is filed under jurnal. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



hegira




July 29th, 2008 at 9:51 am
haha.
tapi kenapa parodi babak sama? babak tu paling teruja ke antara semua babak?
tapi empatinya tengok hitler.