ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Kalau kira entri ini meresahkan sesetengah kelompok, saya panjatkan maaf.

Kita perhatikan betul-betul, dunia musik kita (Malaysia) sudah kalah teruk dengan musik Indonesia.

Tidak, saya tidak mahu bercerita tentang dunia musik.

Apa yang hendak saya ceritakan masih dunia buku, yang akan ikut jejak seperti dunia musik Malaysia.

Ramai saya kira bersetuju kalau dikatakan karya Ayat-Ayat Cinta kini bersifat 'fenomena', bukan sahaja di negara kelahirannya malah di negara tempat saya berak ini. Mulut birbicara, blog dipapar, gadis-gadis terkinja-kinja dan sana-sini menceritakan soal insaf, soal membangunkan rohani.

Di mana-mana sahaja, ibu jari diangkat tanda bahawa inilah dewa segala karya.

Usai aku ulit, nah, aku akui Ayat-Ayat Cinta memang berdiri dalam kelasnya yang tersendiri.

Tapi kemudian aku terfikir, tanpa rasa mahu membuat polemik, tentang perbandingan Ayat-Ayat Cinta dengan karya saudara Zaid Akhtar seperti Rona Bhosporus atau Salju Sakinah.

Tentang kenapa tidak ramai peminat buku Malaysia memanjat puji-puji menggunung karya Zaid Akhtar seperti mana mereka lakukan terhadap Ayat-Ayat Cinta. Pada hemat diri, Zaid Akhtar tak kurang handalnya. Aku kadang-kala sedikit keliru, adakah Malaysia tidak mempunyai karya-karya yang bagus? Dari apa yang aku nampak, ada beberapa karya Malaysia yang sebenarnya kalau tak menyamai kehandalan Ayat-Ayat Cinta, mungkin lebih baik. Tapi kenapa tidak diangkat? Malu mungkin?

Lantas, kesimpulan yang mungkin datang dari sifat prejudis ialah orang Malaysia memang tidak suka hendak memuji-muji barang keluaran tempatan. Ramai lebih suka memuji karya Indonesia (musik, filem, buku dan sebagainya) dalam pada aku tak menafikan hasil seni Indonesia memang bagus-bagus.

Lantas, bukan puji-puji ke atas karya Indonesia yang mengecewakan aku. Barang bagus sudah layak mendapat pujian.

Yang aku kecewakan sangat orang Malaysia tidak mempunyai satu sifat yang dimiliki oleh orang Indonesia. Yakni bangga dengan khazanah negara mereka.

Orang Indonesia amat bangga dengan hasil kerja anak tempatan mereka. Mereka sombong depan orang lain dengan mengatakan hasil kerja anak tempatan mereka bagus. Sebenarnya ini adalah salah satu sebab kenapa begitu banyak karya yang bagus-bagus dihasilkan dan diangkat sehingga ke negara seberang. Tambah-tambah pula orang-orang negara seberang itu malu dengan diri sendiri, lagilah senang kerja mereka.

Tapi orang Malaysia tak begitu. Orang Malaysia tidak pernah mahu sombong dengan mengatakan "kami ada Zaid Akhtar yang juga sehebat Ayat-Ayat Cinta,". Orang Malaysia tidak pernah mahu mendabik dada depan orang Indonesia mengatakan "kami juga handal!".

Hasilnya, kita akan jadi sepertimana dunia musik, walau sebagus mana karya musik orang Malaysia, banjiran hasil seni Indonesia juga yang diangkat, kerana apa? Kerana lumrah orang kita, malu dengan barang yang labelnya "buatan Malaysia".

Apa pun, ini bukan entri untuk membangkit perang. Cuma mahu berkongsi rasa, cuma melahirkan harap.  Dalam sopan bangsa kita bila merendah diri, tapi hendaknya tahu juga nak berbangga dengan apa yang kita ada bila berdepan dengan orang Indonesia.

Nota: Ikut selera peribadi, aku jauh lebih menyukai karya Zaid Akhtar berbanding Faisal Tehranii. ini catatan tentang selera peribadi, fanatik FT tak perlu hantar hate-mail. Kecuali kalau ingin berkenalan dan mengajak makan malam.

Emma, cinta saya belum hilang walaupun awan gelap sudah datang menutup matahari dan puncak KLCC.

12 Responses to “PULAU ANGSA”

  • Default avatar pp says:

    yang lain tu gua setuju. tapi yang emma ni apahal?

  • Default avatar pHu YinG says:

    Tudung-tudung buatan Indonesia pun boleh tahan cantik.

  • Default avatar jigo says:

    1. Orang Malaysia tak membaca (atau kalau kamu suka, boleh sebut 'kurang membaca'), jadi mereka tak kenal siapa Zaid Akhtar (mahupun FT), sedangkan budaya membaca rakyat Indonesia lebih hebat.

    2. Rakyat Malaysia senang terpengaruh dengan iklan / promosi. Nak-nak lagi kalau ribuan orang kata A2C tu hebat.

    3. Yeah, setuju dengan kau. Tak bangga dengan hasil yang sewarga dengannya.

    4. Kita perlukan orang luar untuk tambah nilai pada khazanah bangsa sendiri. Contohnya, cuba kau ingat, siapa yang lonjakkan nama A. Samad Said dahulu? Orang Malaysia? Ptuih!!

    5. Cukup-cukuplah sebut nama Emma.

  • Default avatar zan says:

    Zaid Akhtar? Kita boleh tengok macam mana penulis2 ni di promosi di negara sendiri. Orang kita cukup kedekut bila tiba bab promosi. Sepatutnya keluar la bajet sikit jadi boleh pukul canang satu negara.

    Lagi satu tentang "recommendation". Zaid Akhtar @ FT tak de pun sapa2 nama besar yang merekemenkan karya dorang. Ayat2 cinta? A. Samad Said tu..

  • Default avatar mardhiah says:

    Dude, wake up, dalam bidang musik, mau pun seni penulisan memang buat masa ini rakan kita di sana memang sudah banyak mendahului kita.

    Penulis mereka serius dan giat menulis, walau terkadang tu sekadar catatan iseng-iseng yang ntah apa-apa tah, (aku mengambil pengalaman aku bersama kelab pembaca Helvy) sedangkan ada di antara penulis kita pula giat berpolitik jatuh-menjatuh antara satu sama lain atau sibuk keliling Malaysia berceramah kepada penulis baru. Untuk bagi sedap hati dengan keadaan dia yang tak produktif tu dia cakaplah yang melanar-melambak tu penulis picisan novel pop. Dia penulis eletis mau tulis berkualiti kena jaga minda, pirrahhh yang aku tau dia sibuk buang masa bergosip beragenda memburuk-buruk dan menjatuhkan orang yang dia tak suka adalah.

    Kalau mereka sakit hati ka, benci ka dengan seseorang, kan baik buat macam Fadhli AL akiti dan Faisal Tehrani, sakit hati dan tak suka sapa-sapa, memeraplah dalam bilik tulis watak-watak paling hodoh dan keji untuk sesapa yang dibenci tu.

    At least ade gak penulisannya. Ini tak dok gayut, dok antar fwd emel-emel yang tah apa-apa agar hasut-hasut kita saling benci-membenci, apa jadahnya?

  • Default avatar hegira says:

    a. muzik derang hebat sebb dari sekolah derang belajar muzik yang hebat. sekolah agama pun ada studio muzik sendiri. huhu.

    b. peribadinya, muzik orang malaysia lebih hebat. tapi cuma tidak dikomersialkan. bagi mereka (indo), itulah pencarian utama. walaupun dah overrated, tp biarlah mereka dalam kesenangan sikit.. huhuhu..

    c. mari kita berkasih sayang.. huaaa..

    d. er... sape Z. A dan F.T tuh??? haha.

    e. sebab dah diperkata ramai org, nntilah saya carik buku@filem ayat-ayat cinta nih!! ah.

  • Default avatar Taf Teh says:

    Aku patriotik!

  • Default avatar fadz says:

    1. Bahan karya Malaysia memang best. Sekarang ialah masanya orang Malaysia sedar, kita mempunyai Hemmingway sendiri (siapa?), Huxley (siapa?) dan sekarang Al Shirazy (siapa?). Tetapi sebelum adanya Fahd Razy, adanya Anas K. Hadimaja dengan "Muhammad Akhir", buku ini jauh lebih hebat daripada Ayat2 Cinta dan setaraf Coelho.

    2. Lagu Indo pop sudah mula membosankan. Maafkan saya tetapi itulah kebenarannya.

    3. Sekurang2nya, filem2 indi Malaysia sekarang dicanang2 oleh pengulas Asean sebagai antara yang terbaik di rantau ini. Pernah ditulis: kami berasa malu bahawa negara serba konvensi Malaysia menulis cerita (filem) yang jauh lebih berani dan jujur dari kami.

    4. Alhamdulillah, kami sedang berubah.

  • Default avatar embun says:

    Salam,
    Saya dah baca Rona Bhosporus. Ia memang sebuah kisah yang indah, seindah Bhosporus itu sendiri.

  • Default avatar aeril ilyas says:

    saya lebih suka karya FT (tunggu teduh dulu) daripada ZA (salju sakinah)...tapi tuh mungkin pendapat saya je..

    tapi masalahnya ialah, saya rasa kita tak harus sempitkan pandangan kita dengan fahaman nasionalisme - berasaskan sempadan negara..

    dan bagi saya ayat-ayat cinta jauh lebih cepat dan best plotnya dari salju sakinah..

    macam ni, kenal tak prof HAMKA? dia berasal dari indonesia, tapi masa 'Ganyang Malaysia' dilaung-laungkan, tau apa dia kata? dia tak setuju,dia cakap kita dan prang malaysia tu sama je...tak perlu nak beza-bezakan.

    kenapa kita tak bersyukur je dengan adanya karya2 mcm ni martabat agama dpt ditingkatkan? makin ramai yang tahu bagaimana nak bertindak mengikut agama?

    nah, itu sahaja yang saya nak cakap.

  • Default avatar nazri says:

    Hoh, entri ini sudah lama, nak balas, takut tiada siapa pula yang baca.

    1. Ini entri provokasi. Anda harus lebih banyak membaca entri-entri saya.

    2. Apabila sebuah entri ditulis tentang komentar sosial , ia tidak bermakna komentar itu meliputi semua orang. Siapa yang tidak termasuk dalam radius komentar sosial tidak perlu terasa.

    3. Salju Sakinah lebih bagus dari Ayat-Ayat Cinta.

    4. Saya tidak kenal rasanya nama Hamka. Saya mungkin sekali tidak pernah membaca cerita kapal yang tenggelam atau cerita menrantau-rantau itu.

    5. Betul, Malaysia dan Indonesia sama sahaja. Tapi saya menyoal mempertabatkan karya negara sendiri, berbangga dengan hasil anak tempatan, bukan menyuruh menolak karya luar. Saya sama sekali tidak menyuruh bermusuh. Cuma mahu meneladani semangat orang Indonesia yang bangga dengan hasil anak bumi mereka. Ada dua tangan, satu tangan satu barang. Dua dua boleh naik sekali. Jangan jadi malas.

    6. Persoalan karya-karya mengangkat agama itu juga sebenarnya perlu diperhalusi kerana orang Melayu, khususnya, semakin keliru antara agama dan budaya, bila agama dibudayakan, banyak kesulitannya. Tidak, saya belum boleh bersyukur dalam hal ini. Tambah bila karya agama diangkat hanya kerana 'trend terkini'.

    Terima kasih kerana memberi pendapat. Adat memberi komen, sudah tentu ada debat dan bercanggah.

    Tabiatnya juga, jika anda baru mengenali saya, saya memang degil.

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.