26 Jun 2008 RAHSIA BUDAK BISU
 |  Category: jurnal

Dulu semasa aku kecil, mak aku sogokkan aku dengan buku siri Sastera Macmillan. Antara buku yang aku ingat ialah Rahsia Budak Bisu karangan Wahba. Selain itu ada buku Ajikik (Aku dah lupa tajuk), Spektra 2000 (Rubaidin Siwar) dan banyak lagi. Buku-buku tersebut aku ulangbaca sepanjang aku menjalani kehidupan sebagai budak-budak.

Terkesan dengan virus nostalgia, aku cuba google “Rahsia Budak Bisu”. Terfikir untuk beli buku-buku ini semula. Aku cuma jumpa 3 website. 2 darinya tiada kaitan dengan carian aku.

Aku jumpa link ini: Database dari perpustakaan Singapura

Buat aku tertanya-tanya, di mana database perpustakaan Malaysia?

Orang Malaysia tak simpan khazanah mereka sendiri kot?

Mungkin ada, tapi tak ada database online.

Kenapa tiada?

Kata dah naik sampai angkasa sana nun.

Kata nak jadi negara maju. Tak maju pun mentaliti masing-masing.

Nota:

Kebetulan pula aku baru lepas baca entri mengenai perpustakaan di Malaysia dan ada seorang saudara memberi komen tentang perpustakaan yang sepi kerana tiada buku baru dan komen beliau tiba-tiba di balas dengan penuh emosi. Konon seperti “Kami-orang-perpustakaan-dah-keluar-darah-menjaga-perpustakaan-jadi-jangan-kutuk-kami”. Komen begini biasa, selalunya datang dari ‘orang dalam’ mengeluh rakyat tak faham dengan situasi mereka.

Bagi aku senang saja, jika orang tak ramai pergi perpustakaan awam maka kamu tak buat kerja dengan lebih kuat lagi. Tiada ‘passion’ dalam kerja kamu.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses

  1. Tak pergi Perpustakaan Awam sebab nampak nerd, skima dan luar bandar.

    Ohhh, sebab tu la gua pergi Maskara… errrrr. dan jumlah buku yang-tak-boleh-pinjam di Perpustakaan Awam 750 kali ganda dari buku yang-boleh-pinjam. So?

  2. 2
    tokrimau  
    Friday, 27. June 2008

    Dah lama tak gi library.

  3. hmm.. library UM lagi best bro! byk buku2 rare!

Leave a Reply