REVIU OPERA ANGKASA
"Kuasa kedua Nazri terletak dalam melakarkan watak-watak yang warna-warni, walaupun karikatur tetapi memberi pendapat bahawa pembaca harus merasa 'terikat' akan watak-watak ini. Membuat kita 'sayang' dan senang mengiktiraf keberadaan watak. Kuasa sebegini ada dalam tulisan Charles Dickens dalam menggambarkan perwatakan, sifat, dan aksi sebuah watak dalam novelnya. Kita sedar, Nazri di sini lebih mengeksplotasi plot dan watak yang (nyaris saduran) dekat menghomaj Firefly, drama siri advencer koboi Joss Whedon. Tetapi dengan dialog-dialog mencuit hati (walaupun buat pembaca yang serius) yang diguna oleh Nazri, budaya dalam lingkungan cerita (lebih-lebih lagi Bumi Baharu dan madrasah Tuan Guru, Faridah Hanom) serta ketentuan Nazri yang pasti terhadap lukisan watak-wataknya yang terjaga teliti kesinambungan psikologi, sejarah dan pilihan mereka, novel ini sememangnya patut dijadikan filem sahaja kerana keberkesannya dalam setiap konflik dan aksi."
"Opera Angkasa sebuah karya yang tidak akan merugikan, baik kepada pembaca yang hanya mahu membaca suatu hasil hiburan kerana gaya "page turner"nya, juga kepada pembaca yang ingin mencari satu kelainan dalam sastera. Ia sebuah "joyride" buat kedua-duanya."
Bacaan lanjut: Kubu Buku
Opera Angkasa semasa promosi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 20008
April 23rd, 2008 at 12:40 pm
*** This is a whisper message for nazri! ***
April 23rd, 2008 at 3:25 pm
Oh jadi betullah ko pi gunting rambut dengan Mat Jan hari tu eh
April 24th, 2008 at 9:45 am
Aku nak beli buku ni tapi tak beli-beli lagi.
April 24th, 2008 at 4:31 pm
4ck. Aku dah beli.
April 25th, 2008 at 12:40 pm
Aku lagi suka Opera Angkasa berbanding buku sebelumnya. Buku sblm ni (yang nama pompuan tu) aku tak habis baca pun.
Masa aku baca aku rasa macam tengok movie occay? Dialog-dialognya sinikal dan witty.
Sangat direkemen untuk baca.
April 28th, 2008 at 11:40 am
Ya, aku pun merekemen untuk dibaca.
May 2nd, 2008 at 2:22 pm
aku pun rekomenkan utk dibaca!
May 5th, 2008 at 7:42 am
Memang Joyride la buku ni.
Aku mula-mula risaukan tak boleh nak telan istilah-istilah pelik sains.
Tapi bila aku mampu habiskan bacaan pertama buku ni dalam beberapa jam cuma.
Memang buku ni lain dari yang lain la.
Congrats.Memang lebih baik dari Aliya Ilyana tu.