Akhir-akhir ini ada datang satu semangat yang kuat. Semangat yang semakin lama jadi besar. Semangat untuk berhenti tulis blog.
Sebenarnya, kalau aku kata nak berhenti tulis blog tu, maknanya akan ada lagi entri-entri selepas ini. Kalau nak berhenti blog tak payah beritahu. Tup-tup tak ber-update saja selama setahun (baca: Mat Jan)
Tapi jujurnya, blog ini masih hidup sebab sedikit rasa takut kehilangan “teman” pembaca dan pemberi komen. Sebenarnya itu sahajalah sebab yang ada membuatkan dia masih hidup. Kerna, matlamat blog aku sudah banyak tercapai pun.
Aku blog kerana mahu terkenal (Sudah), aku blog kerana aku sunyi (sudah), aku blog kerana mencari girl-friend (ya, dapat DUA girlfriend sepanjang tempoh itu, :P), aku blog kerana mencari kawan baru (Naga, Rimau, Mat Jan…tanpa blog, tiadalah kisah cinta antara kita). aku blog kerana membina kerjaya (Sudah)…
Mungkin pencapaian tidak setinggi Tok Rimau yang jauh lebih berjaya, tapi…
Untuk standard aku, sudah banyak sangat dah.
Dunia blog aku pun sudah melalui banyak fasa transisi, mula-mula entri blog peribadi, kemudian fokus kepada reviu filem, kemudian blog jadi online novel (tak siap), kembali entri reviu filem, kemudian sastera, kemudian akhir-akhir ini cerita lawak tak jadi, letak youtube satu dua…
Peh, bosannya.
Sepertimana aku cakap tadi, blog ini masih terus hanya kerana aku belum mahu hilang pembaca.
Ini bukan entri selamat tinggal. Mungkin esok lusa berjela-jela entri baru. Tapi mungkin juga selepas ini sudah tiada entri baru. Entah. Yang aku tahu, semakin lama semakin membosankan menulis blog.
Kalau aku rajin aku update la…

Saturday, 6. September 2008
tak pa….nak berenti pun tak mengapa…
Saturday, 6. September 2008
jangan kecewakan peminat.
kerajaan je yg suka kalau ko berhenti blog.
Sunday, 7. September 2008
gua pun nak berhenti ni..gua gajikan orang suruh tulis..
Sunday, 7. September 2008
chegoo - ya
Kump - kerajaan yang mana satu?
PP - Peh, ko kaya
Monday, 8. September 2008
berhenti blog??? orang yang baru hangat dilamun centa ajek yang nak berhenti memblog..
Monday, 8. September 2008
ceh.
Monday, 8. September 2008
aku syaklah, puncanya ialah - kita tak dapat hisap rokok banyak2 le dude.
lepas raya sure boleh tulis punyaaaa!
Monday, 8. September 2008
kamu perlukan inspirasi menullis. tengoklah. andai esok kamu terjatuh tangga berguling-guling. n3 baru mesti muncul… :p
Monday, 8. September 2008
hegira - chenta?
Naga - ya, rindukan Sam
tasik - hummm, jatuh tangga eh
Thursday, 11. September 2008
Aku blogged atas 2 perkara
i- nak suruh si Faisal tu hentikan dakyah syiah menyembah Keturunan Ahlul Bait dan ia telah pun disampurnakan oleh Mufti Perlis.
ii. Mau hebahkan DSAI bakal jual Negara jika jadi PM. Itu pun dah terlaksana.
Yup by right aku sudah patut berhenti bloggin, tapi rasa tangan aku masih gatal nak menulis lagi.
Oh ya remark dalam rumah PENIS “Aku nak cari bapa DAJJAL” itu harap abaikan. Itu sebenarnya remark psikologi terbalik. Aku kurang cermat untuk menimbangkan ilmu yang kita ada berbeda.