cerita tentang dunia, yang cuma ada saya…dan kamu.

SARAH SUKA SUKA

Seri Seri
Sarah bau wangi
Jumpa sini sini
Sarah Seri wangi

Sarah Suka Suka
Ada harga diri
Wangi Seri Seri
Sarah suka Seri

Seri Seri
Sarah mahu cari
Seri sudah lari
Hilang tawa diri

Sarah dapat Duka
Kini dia luka
Ingat apa-apa
Seri suka apa?

Sarah Suka-Suka
Sarah Duka-Duka
Seri pergi mana?
Sarah sudah hampa

Seri Seri
Sarah cuba lari
Hidup atau mati
Ikut kata hati

Sarah Suka-Suka
Jiwa jadi alpa
Jari bilang hari
Sudah tiada ganti

Sarah Duka-Duka
Sarah tidak suka
Sarah buat apa
Sarah seru nama

Seri Seri
Sarah bau wangi
Sana jumpa lagi
Sarah nanti-nanti

3 Responses to “SARAH SUKA SUKA”

  1. Saya sayang sarah.

  2. Apa khabar Seri agaknya sekarang ya?

  3. sinaganaga Says:
    July 23rd, 2008 at 8:43 am

    Sarah ke Farah?

Leave a Reply