SAYANGNYA ARGENTINA TAK MASUK EURO
Adik aku dan bakal adik ipar aku bergotong royong angkat barang ke rumah baru.
Masuk ke dalam rumah sudah nampak dapur dan di sebelah kiri adalah bilik air yang tembus terus ke bilik aku.
Sedang aku mengemas bilik, terdengar adik aku bersuara di depan pintu bilik air dengan nada yang selamba dan girang tanpa sebarang niat atau prejudis;
"Wah, design dapur dengan bilik air ni macam dalam filem-filem hantu Korea"
Pada mulanya aku dah tersengih, membayangkan filem-filem romantik komedi Korea macam My Sassy Girl dan sebagainya. Peh,aku tak sedar rumah aku se-cool itu.
Tapi yang fail bila terdengar perkataan "Filem-filem HANTU Korea"
"Macam cerita The Ring...bla bla (sebut beberapa tajuk filem seram yang sebenarnya bukan datang dari Korea, tapi dari Jepun)," tambah adik aku. Gambaran-gambaran ikonik hantu-hantu tersebut menjelma dalam kepala otak aku.
Okey, malam tu aku tidur seorang diri kerana housemate aku belum pindah lagi.
Kadang-kala aku terfikir kenapa adik aku belajar Sains-Politik?
Adik aku di booth Wira Bukit semasa KLIBF '08 bersama Pak Samad.


June 3rd, 2008 at 7:26 pm
"Adik aku dan bakal adik ipar ak--"
LIIIIIIEEESSS!!!!!!!!!
June 4th, 2008 at 5:28 pm
korea ngan jepun tu samalah buat dia, hehehe.
June 4th, 2008 at 11:16 pm
sebab tak ada subjek sains-satera
June 5th, 2008 at 9:04 pm
*** This is a whisper message for nazri! ***
June 7th, 2008 at 8:33 pm
Salam bro,
Nak tanya skit, gua nak beli Opera Angkasa tapi ari tu pegi kat MPH mid Valley dah abis la plak. agak2 kat mana bleh dapat lagi? kalo order kat lu ok x? hahaha
June 8th, 2008 at 4:04 pm
chelsea! chelsea!
June 10th, 2008 at 12:14 am
vovin, i just emailed you some pictures taken at annexe aritu. hope its the right email address, dan tak masuk junkmail folder..