Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

SEBUAH ENTRI YANG AMAT PANJANG (diinspirasi dari tajuk filem kegemaran aku - A Very Long Engagement)

I

Aku kira peminat aku sudah lari. Mereka sudah jumpa syurga di tempat lain.

Tidak mengapa kerana gadis-gadis pakai baju nampak pusat masih bersorak di depan mata halusinasi aku.

II

Aku sudah berada di dunia baru (bukan, bukan dalam siri tv medan onaniku itu). Masa membuatkan kemaskini tiada dapat dilaksanakan.

III

Filem Cuci itu bagus. Tapi tidak sebagus Buli atau Baik Punya Cilok. Katanya arahan Hans Isaac tapi bau badan Afdlin di setiap inci imej filem ini. Tidak mengapalah, nanti mungkin dia ada sentuhan sendiri.

Malah elemen sukan dalam Cuci tak dapat menandingi Sumolah. Yang menyelamatkan Cuci ialah dia lari dari filem kehendak Polis Moral Malaysia (baca: orang jahat mesti kalah). Dalam Cuci, orang jahat menang. Mereka dapat apa yang mereka hendak. Tapi penonton tetap puas hati sebab hero dapat sesuatu yang lain. Polis Moral Melayu meraung sebab orang jahat dalam filem ini tidak main kotor.

Tapi pergilah tengok. Lebih bagus dari filem...ummm...tak nak sebutlah sebab orang Melayu senang merajuk.

IV

Aku dengar Aliya Elyana (novel aku tu) dapat 5 second of fame. Hero dalam siri tv Gaia baca buku itu dalam scene terakhir episod dua minggu lepas.

Ya, hebat.

V

Sudah ada komen untuk Opera Angkasa. Terima kasih.

Sesiapa yang belum membelinya, sila beli sebab aku dengar sudah hendak habis. Dengarnya la.

Berikut adalah beberapa komen yang aku jumpa:

UlasBuku

Waris Jagat

Bayan

opera-di-giant-jb.jpg

Opera Angkasa di Giant Johor Bahru.

VI

Aku cintakan Elyana

VII

Jangan lupa pergi ke Maskara 7 pada 1 Mac 2008, Hari Sabtu Jam 830 malam di Rumah Pena. Tok Rimau ada. Ada gadis comel. Mungkin juga malam itu aku mengambil keputusan untuk membuka baju di depan khalayak ramai. Mungkin juga.

VIII

Dalam hari yang sama, aku dan nama aku muncul dalam TV dan akhbar. Tok Rimau kata aku hebat. Aku riak.

namagah.jpg

Video penampilan aku di RTM akan menyusul kemudian.

IX

Piliharaya sudah datang. Siapa menang itu kita sudah tahu.

X

Rakan penulis, Panaharjuna dijemput Ilahi. Aku sempat melawat ibunya dan pergi menjenguk bilik yang melahirkan karya-karyanya. Kagum dengan sifat terurus beliau (sampai bil-bil bulanan pun ada fail tersendiri). Laporan lanjut di Blog Mat Jan.

image019.jpg

image022.jpg

image018.jpg

image020.jpg

image021.jpg

Snap dengan kamera telefon. Gambar tak lawa.

13 Responses to “SEBUAH ENTRI YANG AMAT PANJANG (diinspirasi dari tajuk filem kegemaran aku - A Very Long Engagement)”

  1. Aku masih disini melihat-lihat coretan kamu

  2. Vovin, baru perasan yang novel-novel kita dikategorikan sebagai science-fiction & children's book pada muka surat info. Padanlah asyik terlepas ke rak kanak-kanak! :D

  3. Rjuna - ya, aku juga masih disini.

    Firdaus - Betul, ada bagus dan ada tak bagusnya. Bagus sebab kuasa membeli ada di tangan kanak-kanak juga, tak bagus sebab nanti orang akan kata "buku ni tak sesuai untuk kanak-kanak bla bla" walhal memang ia ditulis untuk audien dewasa.

  4. panah - pemergiannya meninggalkan kenangan kpd semua!

  5. Apa pasal pula buku tu tak sesuai untuk kanak-kanak? sebab langgam bahasanya yang sarkastik? Aku tak nampak pun apa yang sarkastiknya. Buku itu kawan aku baca dulu baru pas kat anak dia. Tak ada masalah pun. Yang penting both ayah dan anak enjoy membaca buku tu.

    Ntahla Nazri semalam aku berborak-borak dengan ayah aku on the way ke Muar atas urusan Amanah Raya. Ayah aku cakap orang Melayu ni Nazri, jiwa mereka rendah sangat, cepat sangat berduka-lara dek kerana kicik punya halpun. Kami nak melaserpun serba salah. Tapi laser kesianlah pula. Kita laser sebab kita sayang. Dia pulak kata kita menyombong dan nak bunuh dia. ntahlah.

    Nanti aku emel detail. Boleh jadi masalah tau kalau kita terus berjiwa kerdil ni.

  6. Nazim Masnawi Says:
    February 20th, 2008 at 1:14 pm

    I love seeing how Nazri handles his fame. Dia selalu ingatkan his friends supaya jangan lupa daratan dan jangan selesa dengan populariti korang. Dulu aku selalu disagree dengan dia like "who the fuck are you to tell me this and that?" Tapi melihat coolness dia sekarang, I guess I couldn't agree more.

  7. *** This is a whisper message for nazri! ***

  8. Penagalaman yang sama masa aku carik buku nazim masnawi - begitu indah. Aku carik dekat rak buku novel (pasal di khabarkan genre buku tu novel grafik), bila check dalam sistem komputer Times, buku tu dekat rak komik..tak paham..

    Kau tak nak buat perkhidmatan jualan dalam talian ke? Kali terakhir aku ke kedai buku (minggu lepas), novel kau takde lagi..

  9. Lindai - Tak payah beratur, buat masa ini :smile:

    Zan - Kalau nak beli online boleh pergi sini: http://pts.com.my/index.php/buku/1857/

  10. Aku ternampak.... PERANG ALAM DEWA!SULALATUS SALATIN! iskh...

  11. Nazim Masnawi Says:
    February 21st, 2008 at 12:31 pm

    "Aku carik dekat rak buku novel (pasal di khabarkan genre buku tu novel grafik), bila check dalam sistem komputer Times, buku tu dekat rak komik..tak paham.."

    Basically, Zan. Graphic novel IS comic, tapi dalam bentuk one shot.

  12. 1. Aku juga suka filem perancis itu. Paling aku suka adegan perang. Bila tanah roboh dalam parit.

    2. Kalau aku mati, lawat lah opis aku. Kau kan tau betapa serabutnya dunia aku.

  13. bro, kau masih ada peminat.. kau je yg tak update selalu.. dah jadi bintang.. sudah lah, muahahahah

Leave a Reply