ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Ahad ni aku akan adakan sesi taklimat menulis novel chick-lit untuk PTS ONE SDN BHD. Sesiapa yang berminat bolehlah datang. Amat dialu-alukan. Tak kisahlah pernah menulis atau tak tahu menulis, asalkan minat.

Aku copy/paste dari blog Pn. Ainon;

PTS akan terus meneroka Laut Biru buku Melayu, kali ini dengan memperkenalkan novel-novel pop yang syariah-compliant. Ini adalah sektor novel yang masih belum diterokai.

Selepas berjaya meneroka sektor novel awal remaja, PTS ONE akan membuka dan menekuni sektor chicklit pula. Sektor chicklit ini penting supaya peminat-peminat PTS One terus mendapat bekalan novel-novel yang bagus cerita dan mesejnya.

Puluhan ribu kanak-kanak perempuan yang mula membaca novel awal-remaja PTS ONE semasa berusia 10 tahun pada 2000, hari ini mereka sudah berusia 18 tahun. Mereka sudah masuk dunia awal-dewasa.

Mereka sekarang mahukan novel-novel yang menerangkan dunia alam pekerjaan kerana mereka sudah mula mengikuti kursus-kursus aliran profesional di kolej dan universiti. Justeru mereka mahu tahu bagaimanakah senario di tempat kerja dalam bidang-bidang yang mereka akan ceburi nanti.

Novel-novel chicklit menggambarkan kehidupan dunia perempuan moden, dalam dunia moden, yang penuh dengan warna-warni kehidupan moden dan persoalan serba moden.

info lanjut di Universiti PTS (termasuk waktu dan peta ke tempat taklimat).

11 Responses to “TAKLIMAT CHICK-LIT”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.