Ahad ni aku akan adakan sesi taklimat menulis novel chick-lit untuk PTS ONE SDN BHD. Sesiapa yang berminat bolehlah datang. Amat dialu-alukan. Tak kisahlah pernah menulis atau tak tahu menulis, asalkan minat.
Aku copy/paste dari blog Pn. Ainon;
PTS akan terus meneroka Laut Biru buku Melayu, kali ini dengan memperkenalkan novel-novel pop yang syariah-compliant. Ini adalah sektor novel yang masih belum diterokai.
Selepas berjaya meneroka sektor novel awal remaja, PTS ONE akan membuka dan menekuni sektor chicklit pula. Sektor chicklit ini penting supaya peminat-peminat PTS One terus mendapat bekalan novel-novel yang bagus cerita dan mesejnya.
Puluhan ribu kanak-kanak perempuan yang mula membaca novel awal-remaja PTS ONE semasa berusia 10 tahun pada 2000, hari ini mereka sudah berusia 18 tahun. Mereka sudah masuk dunia awal-dewasa.
Mereka sekarang mahukan novel-novel yang menerangkan dunia alam pekerjaan kerana mereka sudah mula mengikuti kursus-kursus aliran profesional di kolej dan universiti. Justeru mereka mahu tahu bagaimanakah senario di tempat kerja dalam bidang-bidang yang mereka akan ceburi nanti.
Novel-novel chicklit menggambarkan kehidupan dunia perempuan moden, dalam dunia moden, yang penuh dengan warna-warni kehidupan moden dan persoalan serba moden.
info lanjut di Universiti PTS (termasuk waktu dan peta ke tempat taklimat).

Jadi selama ini PTS berpendapat novel pop yang ada dipasaran non-syariah compliant yah le! ops
Gua pelajar tercicir bengkel Cick lit yg lepas. Tak hantar assignment.
fesyen rambut baru tu kira 'syariah-compliant'lah kan?
Vin,
Soalan pertama, lu rasa novel ’syariah-compliant’ HOT tak?
Soalan kedua, sila gantikan novel dengan awek pada soalan pertama.
Ikhlas bertanya,
Perempuan palsu dari JAKIM. Eeehhh, gua joking jer tauuuu... auuuuuwwww.
jawab utk pihak vin: awek 'syariah-compliant' sangat memberahikan!
Taf Teh,
hot atau tidak, tapi mana satu yang lebih penting antara ruang untuk berdakwah atau menggalakkan maksiat?
Fuh, elmaniq sejak kawin ni... berkobar-kobar! haha!
>>>awek ’syariah-compliant’ sangat memberahikan!
*ahaks!* tu yang Vince gogok klorok untuk kali kedua tu! HA HA.
Che Suri - sila ke sini http://menulisdiptsone.blogspot.com/
ok, terima kasih