Ada sebuah negeri, di mana pasukan risiknya begitu hebat,
Mereka mengenalpasti marabahaya yang datang dengan membaca blog, lantas mengerah segala tenaga pasukan keselamatan yang ada untuk menangkis marabahaya yang dikatakan datang itu dari...blog.
Drama semakin kompleks dan semakin dungu.
******
Debat
Aku suka
Harap lebih ramai ahli sarkis tokoh politik yang berani naik ke pentas.
Aku suka walaupun sebenarnya debat itu tidaklah memberi faedah banyak pun kerana;
A- Penyokong BN/pembenci Anwar takkan kata Anwar betul walaupun hujah itu hujah dewa segala konkrit,
dan
B- Penyokong Anwar/Pembenci BN takkan kata BN betul walaupun hujah itu hujah dewa segala konkrit.
Orang yang fanatik menyokong pun sarkis, orang yang fanatik membenci pun sarkis juga. Tak kisah dari mana arah pun.
I love you Emma

takpe. para bloggers usah risau jika di pihak benar. sebab boleh hire pasukan soljah yang gagah berani dan tampan untuk menjaga keamanan.
haha! blog ni ancaman keselamatan kot bro.
Weh Danielle, aku nak buat t-shirt artwork ko. Bukan nak jual, nak pakai sendiri. Amacam?
Emma? Eh, bukan Farah ke weh?
Yeah, i love Emma too.