ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for January, 2009

Ini soal "accuracy" Black Metal dalam filem itu.

Dari reviu saudara Ajami Hashim: Reviu Maut

Betul pendapat Ajami bahawa dalam filem, ketidakketepatan fakta itu boleh sahaja dimaafkan.

Tapi kiranya satu bonus dan nampaklah "kerajinan" pengkarya kalau hasil kerjanya bila dilihat dari semua sudut seperti dia membuat banyak homework.

Itu baru kantoi dari peminat Black Metal. Bagaimana pula kalau peminat industri teksi menonton dan blogging mengenai "kurangnya kajian terhadap industri teksi?". Kalau sahaja. Itu perumpamaan. Dan kalau banyak lagi orang-orang yang familiar dengan benda-benda lain dan tersengih seorang diri mentertawakan si pengkarya lantaran tak membuat kajian terhadap lapangan yang si penonton itu tahu.

Betul, sesebuah filem itu boleh kita tengok sisi "universe" filem itu. Mungkin "universenya" Black Metal sebegitu. Betul. Mungkin juga.

Perbandingannya, pengkritik tak boleh nak kata apa bila watak-watak Melayu dalam filemnya makan spaggeti, bukannya nasi, kerana, itu "universe" filem tersebut.

Adakah si pembikin filem itu gagal kerana terlupa nak mengkaji makanan ruji orang Melayu? Atau terlupa nak establish KENAPA mereka makan spaggeti?

Tak gagal,

Tak salah, cuma bonus point untuk si pengkaryalah.

Dan benda kecil sahaja.

Tapi Hot Fuzz (contohnya) ditonton berulangkali kerana benda-benda kecil itulah, bukan falsafahnya pun. 

Begitu juga Titanic.

Tak salah, tapi...

 

Nota:

Ketika aku nak tambah point ini, aku baru terperasan komen Fadz ;

"Matlamat Tidak menghalalkan cara" mungkin dilihat statement kolot. Tapi besar impaknya. Banyak filem cuba berselindung dengan tembok "mahu menginsafkan", "berdakwah" tapi filemnya, bapaklah mungkarnya. 

Kenapa filem dakwah mesti tunjuk perihal orang kena azab? Perihal orang jahat yang menindas orang baik dan bla bla.

Kenapa filem dakwah mesti secara grafiknya menunjuk adegan-adegan mungkar?

Kiamat Sudah Dekat (Fadz sudah sebutkan dalam komen, ciss!) adalah contoh filem dakwah yang terbaik. Berhumor sambil menegur orang-orang berdosa. Lebih "pendosa" friendly bak kata orang. 

Peribadinya, aku tak rasa feel dakwah pun dalam filem Maut. Apa yang aku nampak hanya tubuh montok pelakon muda tu. Kalau setakat tunjuk orang "black metal" masa matinya diazab, hmmm, Mastika dah buat dah pun. Tak insaf pun aku tengok si Muhammad Syafizan tu. 

Mungkin sebab aku dah rabun kot...

Stesen keretapi Ipoh antara tempat yang banyak mengundang nostalgia juga sebenarnya. Rekabentuk binaan bangunan ini aku kira mengambil konsep apa yang hip pada zaman itu. Di bahagian kanan bangunan itu (tiada dalam frame) dahulunya menempatkan deretan kedai makan masakan Melayu. Yang paling aku ingat gerai Sabar Menanti. Dihadapan bangunan ini terdapat taman air pancut dan ditengah-tengahnya ada pokok Ipoh. Mak selalu bawa kami adik beradik bermain di situ pada waktu malam. Seronok juga.

Aku pernah menaiki tren ke Kuala Lumpur beberapa kali dari Ipoh. Aku dah lupa nama tren tu, tak silap aku Airbus. Ada ke? Tapi masa kecil dahulu kecoh jugalah dapat naik tren tu. Konon dah habis sai-failah tu. Kali terakhir aku menjejak platform di sini pada tahun 2006, ketika trip backpack KL-Penang. Tren itu berhenti dalam 10 minit. Apa lagi, bergambar di tepi platformlah.

Hotel Majestic ini gila lama bertahan. Sejak aku kenal bangunan keretapi ini. Mak cakap dah berpuluh tahun hotel itu disitu. Abah pula tanya kenapa tak ambil gambar interior hotel tersebut. Katanya masih mengekalkan ciri-ciri zaman sebelum merdeka.

Aku tak pernah menginap di hotel ini. Apa cerita nak menginap di sini kalau rumah sendiri cuma 10 minit perjalanan  kereta?

Kalau diperhatikan betul-betul, korang boleh nampak papan lampu untuk memberi info pukul berapa tren seterusnya akan tiba. Papan itu biasa kamu lihat kalau sering menggunakan perkhidmatan komuter di KL. Masa kecil dahulu jangan haraplah benda tu nak ada. Eskalator aku tak pasti sejak bila diorang letak di situ.


Aku kira, disebalik perubahan dan kemodenan yang menimpa bandaraya Ipoh, nostalgia bangunan Keretapi ini masih dapat dirasakan. Aku tak pasti amoi yang aku minat itu pernah menaiki tren dari sini.

Tengok Elyana di dalam AJL.

Comel seperti biasa.

Tapi dia kalah walaupun lagu best.

Takpe, cuba lagi tahun depan ya che Elyana.

Hikhik

(Aku pernah bergambar dengannya, tapi dah hilang gambar tu. Hilang masa PC format, aiseh)

Untuk catatan semi-travelog ini aku mulakan dengan sebuah sekolah.

Ini adalah sekolah Convent bersebelahan Ipoh Parade. Tidak bawa apa-apa signifikan dalam nostalgia aku. Tapi mungkin bawa signifikan untuk masa depan aku kalau aku berjaya mengorat amoi yang merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini.

Nampak, betul-betul sebelah shopping kompleks. Tak hairan bekas pelajar sekolah ini memang meminati shopping kompleks. Orang tua-tua kata kenan.

Aku tak pernah dengar, tapi aku percaya sangat adanya urban legend mengatakan patung ini menangis malam-malam, sama seperti patung yang hampir sama di sekolah St. Micheal depan Padang Ipoh. Cerita-cerita mistik begini memang disukai orang kita kot?

Aku selalu melepak di Ipoh Parade dan melihat pemandangan di sebalik pagar sekolah ini. Ramai juga amoi yang aku tengok. Rasa hati nak juga mengorat barang sekor dua, tapi masa tu tak ada kereta Kancil lagi. Mana amoi nak pandang. Kalau sekarang bolehlah juga hon, mana tahu sangkut. Mungkin salah seorangnya adalah amoi yang bersama aku sekarang. Harap-harap dia bukan amoi yang garu punggung tu.

BERSAMBUNG

Untuk koleksi gambar Ipoh (update 16 Januari 2009) boleh ke flickr saya

Kepada stalker yang asyik sms dan kasi mms kucing kepada gua,

Sila hentikan kerja anda jika tidak mahu memperkenalkan diri.

Meskipun gua kesepian dan kurang kasih sayang wanita sekarang ini, ini tidak bermakna gua akan melayan aktiviti penuh kerahsiaan ini.

 

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.