Archive for January, 2009
Sebuah perjalanan jarak sederhana panjang 3 sahabat mencari erti cinta dan kehidupan. Sebuah kisah yang tidak terjangka-jangka. Milik siapa basikal tua itu? Hanyut dalam lautan manusia, masih sepi dalam dakapan peristiwa. Siapa yang digoda amoi limau Bali? Siapa pula gadis bertudung merah itu? Broery Marantika datang dalam cahaya di tengah-tengah jalan? Kenapa pak cik itu menjual sex toys? Banjir di dalam laksa goreng. Bagaimana pula dengan gadis bermata ayu yang bakal mengubah hidup salah seorang dari mereka?
Sebuah semi-fotografik travelog yang bakal online hanya di dunia vovin dot com
Nantikan!
Aku yang dahulu tidak percaya tentang konsep "surprise".
Tapi iyelah, perempuan suka benda-benda surprise ni.
Aku ada kepercayaan, selalunya perancangan surprise ni selalunya akan kantoi. Boleh bikin malu atau tak seperti yang dirancang.
Itu yang aku malas nak buat benda-benda gini.
Hah, ambik, kena tinggal le. Tak romantik le katakan.
Kemudian aku cuba la belajar dari kesilapan silam. Bak kata opah, yang baik tu kita teruskan, yang buruk tu, kita belajar-belajar la perbaiki.
Ya, aku sekarang cuba la buat satu surprise. Plan baik punya lama.
Ya, surprise tu tak jadi.
Malu pun ada.
Nasib baik tak jadi ostrich.
Hehe...
Pergi sebagai blogger. Segan juga di kelilingi pelakon-pelakon wanita yang cantik belaka. Ada Dania Danielle, Vanida Imran, Nor albania, Umie Aida, Raja Farah dan Firdaus Abdillah.
+++
Seorang kawan blogger yang juga bekerja sebagai wartawan majalah Kereta kata girlfriend dia adalah Raja Farah (yang duduk di meja depan ketika makan malam sebelum tayangan filem Maut).
+++
Cerita dua, karakter itu bernama Farah, lakonan Sabrina Hassan, kalau kamu kenal dia, boleh la kata ala muka cina.
Nama karakter itu Farah. Muka dia ala-ala Cina.
Farah ada boyfriend mat saleh. Teman Farah tanya kenapa tak cari lelaki Melayu.
Farah kata lelaki Melayu mengongkong, pushy, itu tak boleh, ini tak boleh, nak kena pakai tudunglah, tak boleh keluar dengan orang lain la. Lelaki mat saleh ni open.
Aku ketawa dalam hati. Betul jugak tu. Lelaki Melayu memang macam tu.
Kemudian aku rindukan Farah.
+++
Aku suka scene neraka.
+++
Liyana Jasmay, bibir dia hot, tapi dalam ini filem, aku rasa lakonannya seperti iklan propaganda penerbitan Filem Negara Malaysia. Aku rasalah.
+++
Sekarang aku boleh tarik nafas lega. Lagu-lagu Black Metal yang aku dengar selama ini bukan dalam kategori yang menyimpang akidah. Lagu-lagu Black Metal di dalam filem Maut yang simpang akidah.
Aku juga baru tahu Good Charlotte tu kumpulan Black Metal.
Tahniah kerana memasukkan lagu-lagu Black Metal di dalam filem ini.
+++
Habis filem, hisap rokok di luar, aku tanyakan kepada kawan aku yang bekerja di majalah kereta itu, mana girlfriend dia (baca: Raja Farah). Tak ikut balikkah?
Dia jawab, aku kasi SPACE.
Aku, Mat Jan dan Naga ketawa guling-guling.
Hari ni lengkap ironi dalam aktiviti seharian aku.



