Archive for February, 2009
Entri ini kesan dari ini
Memang selalunya peralihan yang melibatkan angka di depan (19 nak ke 20, 29 nak ke 30 bla bla) melibatkan emosi yang melimpah-limpah. Macam air paip masuk dalam baldi.
19 ke 20, emosinya tinggi kerana rasa angka 20 itu tanda dah dewasa. Agaknya la.
29 ke 30, hmm, emosinya lain. Dia seperti satu warning alarm. Seperti entri yang saya sebut di atas.
Selalunya, orang buat-buat tak tahu saja walaupun dalam hati sudah bergema alarm seperti Kapal Selam diserang peluru berpandu. Tak henti-henti.
Sama seperti entri Bart, saya tak ada apa pun lagi. Harta kekayaan? Empayar perniagaan? kereta mewah model baru? rumah yang dibina dengan konsep sendiri? Jawatan tinggi dengan gaji yang besar? Tak ada. Semuanya tak ada. Teruk juga rasanya.
Betul kata Bart, angka 30, it does really matter.
Sama seperti Bart, saya sendiri masih tak tahu siapa bini saya. Lagilah tak logik kalau mamat gila motor tu kahwin dulu sebelum saya.
Masalahnya, saya tak minat motor untuk compensate rasa saya.
Mungkin kamera video?
Kuala Lumpur...
Kuala Lumpur ketika itu tidak seperti sekarang. Kuala Lumpur yang Tok Aman kenali, ataupun pada waktu itu, ketika berusia 28 tahun, hanya dipanggil Aman, penuh dengan pelbagai cerita tersendiri. Kuala Lumpur masih terkenal dengan kesesakan lalu lintas terutamanya ketika awal pagi dan lewat petang. Kesesakan lalulintas itu bertambah ajaib pada petang Jumaat dan Isnin. Aman masih tidak faham bagaimana jumlah kereta boleh bertambah dengan banyaknya pada hari jumaat, seolah-olah terdapat sejumlah kereta yang tiba-tiba muncul dari dimensi yang lain.
Kuala Lumpur, bak kata M. Nasir, dosa dan pahala bercampur-campur. Kalau mahu melihat perempuan dengan buah dada terdedah separuh boleh berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang, terutamanya. Amoi pun banyak. Itu selera Aman. Kalau malam boleh lihat pemuda-pemuda berlumba motor. Kalau bernasib baik, boleh juga lihat polis bermain kejar mengejar dengan pemuda-pemuda itu.
Kuala Lumpur, bak kata Pyanhabib, tak pernah siap. Ada sahaja jalan yang hendak di tampal. Ada sahaja jalan baru yang sedang dibina. Kalau boleh, jalan yang sedang “under construction” itu tidak perlulah dilalui melainkan memang berminat untuk mencari sebab tersesak di celah-celah kereta.
Jarak antara pekan Tanah dengan Kampung Tanah Atas agak jauh. Memakan masa lebih kurang 45 minit perjalanan menggunakan kereta atau motorsikal. Jika naik bas Mogul Omnibus berwarna merah mungkin boleh dapat 30 minit kerana disyaki pemandu bas awam itu pernah menyertai perlumbaan Rally.
Akhir-akhir ini jalan yang menghubungkan kampung dan Pekan Tanah sudah dimajukan dengan tar yang selesa.
Mungkin tahun-tahun akhir ini kampung Tanah Atas sudah mendapat wakil rakyat dari golongan yang mengotakan janji, tak seperti dahulu.
Amin mengambil peluang untuk meronda-ronda Pekan Tanah. Dia tidak perlu menaiki bas pemandu rally kerana Tok Aman menyuruhnya membawa kereta Honda usang milik opahnya. Katanya sudah lama benar kereta itu tidak berjalan. Pada mulanya berdebar juga Amin hendak menerima pelawaan Tok Aman, takut mati di tengah-tengah jalan. Tapi diterima juga demi menjaga hati atuknya. Harapnya tiada sebarang bencana berlaku sepnjang memandu kereta separa antik itu.
Amin dapat merasakan Pekan Tanah masih tidak jauh bezanya ketika dia datang melawat Atuk semasa kecil. Entah kenapa dia lega juga pekan itu tidak begitu maju. Dia seakan tidak mahu bayangan kesibukan Kuala Lumpur muncul bila berada di tempat-tempat sebegini.
Antara tempat kegemarannya ialah bangunan pasar Pekan Tanah.
Di situlah kawan kampungnya, Mat Jan menjalankan bisnes menjual ayam.
Selalu korang dengar mengenai "Sokonglah filem tempatan". Erti kata lain, kalian mesti menonton filem-filem tempatan dan terus menyokong. Berapa banyak filem bangkai yang kita terpaksa buat-buat tutup mata sebab nak menyokong punya pasal.
GENG: PENGEMBARAAN BERMULA (atau GENG) aku rasa mencipta satu fenomena di Malaysia. Kenapa fenomena?
-Jarang sekali begitu ramai orang di panggung pada hari-hari awal tayangannya.
-Jarang benar filem Melayu kau susah nak book secara online.
-Jarang benar sana-sini status YM tertulis "Geng Best!" bla bla.
-Dalam panggung, budak-budak boleh ajuk cakap Upin dan Ipin.
-Awek di belakang, "mana Upin dan Ipin ni? Tak keluar lagi nih!"
-Orang merujuk filem ini sebagai "Nak tengok apa malam ni? movie Upin dan Ipin tu?"
Pada hemat aku GENG mencipta fenomena.
Amir Muhammad memberi sedikit rasanya.
Tok Rimau sampai buat dua posting mengenai GENG.
Fadz tonton filem...err...dia di Kelantan. Huahuahuahua.
Ajami yang sebelum ini buat-buat tutup mata segala plothole filem Melayu (ekekeke) dan sedaya upaya korek dalam-dalam setiap filem Melayu yang bangkai just untuk kelihatan tidak membangkaikan, kali ini alih-alih sedaya upaya cari kelemahan GENG untuk meneutralkan reviunya.
Kelemahan GENG? Plot hole yang bersepah. Ok, kalau kamu pembaca filem, mungkin boleh masuk GENG tidak banyak untuk "dibaca" sebagai kelemahannya (agaknya, sebab aku tak baca filem). Sepatutnya aku kata tak best, seperti filem sebelum-sebelum ini.
Tapi,
Filem ini filem pop-corn yang best. A joyride.
GENG berjaya buat satu benda - fenomena. Bila dia jadi fenomena, orang selalunya memaafkan (memberi soft spot) terhadap kelemahan-kelemahan yang ada di dalamnya. GENG aku rasa tak perlukan sentimen "kita mesti support industri". GENG juga tak perlukan provokasi intelek, perkauman dan keagamaan, tiada adegan Siti Hidayah bercinta dengan Patrick Lau, tidak perlu ada adegan Fauziah separa bogel di awal filem bertelekung di akhir filem lalu berharap penonton melupakan separa bogel di awal filem tadi dan insaf. Malah aspek muhibah dalam GENG seperti Ahmad, Samy dan Ah Chong dalam buku teks pendidikan. Tapi kenapa aku beri soft spot? Kata kunci - Fenomena.
GENG dah terlalu kuat untuk untuk itu. Filem-filem lain ya, mereka masih memerlukan sentimen itu sebab mereka lupa nak mencipta fenomena. Paling habis pun mereka akan salahkan penonton sebab tak sokong, sebab tak "geddit".
Kalau kamu hendak menjadi sebahagian dari fenomena ini, silalah menonton GENG.
Perencah:
1. Karakter kesukaaan: aku berbelah bahagi antara Rajoo atau ayam suicidal.
2. Scene kegemaran: 1- Scene nyayian satu kampung, surreal, 2 - "Ingat masa depan, Ipin!"
3. Popcorn - Kalau orang kata GENG adalah permulaan harapan baru filem animasi, aku rasa salah. Filem fenomena seperti GENG hanya akan keluar sekali dalam sepuluh tahun. Lepas tu "back on our usual programme".
Kampung Tanah Atas terletak di utara, sebuah kampung yang mengalami proses pemodenan secara tidak pantas. Hidup di kampung ini, segalanya bergerak perlahan. Meskipun satu Malaysia sudah mengalami kejutan kemajuan, itu tidak berlaku di Kampung Tanah Atas. Segalanya bergerak pantas, kecuali mungkin mat rempit kampung.
Antara benda yang membuatkan Amin suka berada di kampung ini ialah suasana sejuk semulajadinya. Sejuk yang bisa masuk ke dalam tulang. Sejuk yang bukan dibuat-buat oleh mesin pendingin hawa.
Meskipun sejuk, Amin selalu melihat Tok Aman, ayah kepada ibunya duduk di kerusi di beranda, sambil rokok daun di tangan dan secawan kopi pekat, melontarkan pandangan ke luar, membiarkan diri dihentam angin dingin.
