Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA JUGA DIKENALI SECARA TAK RASMI SEBAGAI FILEM UPIN DAN IPIN WALHAL DIORANG BUKAN HERO UTAMA, HEBAT!

February 19th, 2009

Selalu korang dengar mengenai "Sokonglah filem tempatan". Erti kata lain, kalian mesti menonton filem-filem tempatan dan terus menyokong. Berapa banyak filem bangkai yang kita terpaksa buat-buat tutup mata sebab nak menyokong punya pasal. 

GENG: PENGEMBARAAN BERMULA (atau GENG) aku rasa mencipta satu fenomena di Malaysia. Kenapa fenomena?

-Jarang sekali begitu ramai orang di panggung pada hari-hari awal tayangannya.

-Jarang benar filem Melayu kau susah nak book secara online.

-Jarang benar sana-sini status YM tertulis "Geng Best!" bla bla.

-Dalam panggung, budak-budak boleh ajuk cakap Upin dan Ipin.

-Awek di belakang, "mana Upin dan Ipin ni? Tak keluar lagi nih!"

-Orang merujuk filem ini sebagai "Nak tengok apa malam ni? movie Upin dan Ipin tu?"

Pada hemat aku GENG mencipta fenomena.

Amir Muhammad memberi sedikit rasanya.

Tok Rimau sampai buat dua posting mengenai GENG.

Fadz tonton filem...err...dia di Kelantan. Huahuahuahua.

Ajami yang sebelum ini buat-buat tutup mata segala plothole filem Melayu (ekekeke)  dan sedaya upaya korek dalam-dalam setiap filem Melayu yang bangkai just untuk kelihatan tidak membangkaikan, kali ini alih-alih sedaya upaya cari kelemahan GENG untuk meneutralkan reviunya. 

Kelemahan GENG? Plot hole yang bersepah. Ok, kalau kamu pembaca filem, mungkin boleh masuk GENG tidak banyak untuk "dibaca" sebagai kelemahannya (agaknya, sebab aku tak baca filem). Sepatutnya aku kata tak best, seperti filem sebelum-sebelum ini.

Tapi,

Filem ini filem pop-corn yang best. A joyride. 

GENG berjaya buat satu benda - fenomena. Bila dia jadi fenomena, orang selalunya memaafkan (memberi soft spot) terhadap kelemahan-kelemahan yang ada di dalamnya. GENG aku rasa tak perlukan sentimen "kita mesti support industri". GENG juga tak perlukan provokasi intelek, perkauman dan keagamaan, tiada adegan Siti Hidayah bercinta dengan Patrick Lau, tidak perlu ada adegan Fauziah separa bogel di awal filem bertelekung di akhir filem lalu berharap penonton melupakan separa bogel di awal filem tadi dan insaf. Malah aspek muhibah dalam GENG seperti Ahmad, Samy dan Ah Chong dalam buku teks pendidikan. Tapi kenapa aku beri soft spot? Kata kunci - Fenomena.

GENG dah terlalu kuat untuk untuk itu. Filem-filem lain ya, mereka masih memerlukan sentimen itu sebab mereka lupa nak mencipta fenomena. Paling habis pun mereka akan salahkan penonton sebab tak sokong, sebab tak "geddit". 

Kalau kamu hendak menjadi sebahagian dari fenomena ini, silalah menonton GENG. 

Perencah:

1. Karakter kesukaaan: aku berbelah bahagi antara Rajoo atau ayam suicidal.

2. Scene kegemaran: 1- Scene nyayian satu kampung, surreal, 2 - "Ingat masa depan, Ipin!"

3. Popcorn - Kalau orang kata GENG adalah permulaan harapan baru filem animasi, aku rasa salah. Filem fenomena seperti GENG hanya akan keluar sekali dalam sepuluh tahun. Lepas tu "back on our usual programme".

ODESI CINTA KEEMPAT ep.3

February 17th, 2009 nazri

Kampung Tanah Atas terletak di utara, sebuah kampung yang mengalami proses pemodenan secara tidak pantas. Hidup di kampung ini, segalanya bergerak perlahan. Meskipun satu Malaysia sudah mengalami kejutan kemajuan, itu tidak berlaku di Kampung Tanah Atas. Segalanya bergerak pantas, kecuali mungkin mat rempit kampung.

Antara benda yang membuatkan Amin suka berada di kampung ini ialah suasana sejuk semulajadinya. Sejuk yang bisa masuk ke dalam tulang. Sejuk yang bukan dibuat-buat oleh mesin pendingin hawa.

Meskipun sejuk, Amin selalu melihat Tok Aman, ayah kepada ibunya duduk di kerusi di beranda, sambil rokok daun di tangan dan secawan kopi pekat, melontarkan pandangan ke luar, membiarkan diri dihentam angin dingin.

Read the rest of this entry »

ODESI CINTA KEEMPAT ep.2

February 12th, 2009 nazri

Hari ke-tujuh selepas berakhirnya cinta Amin dan Jasmin, telefon Amin berdesing dengan lagu pop berbahasa Inggeris tetapi dinyanyikan oleh penyanyi Melayu berwajah seakan orang Eropah.

“Dah transfer ke belum?” suara tua di hujung sana menyergah Amin.

“Err, belum mak. Amin lupa, petang sikit Amin transfer?”

“Ha, Baguslah. Bapak kamu nak pakai duit tu petang nanti!” marah ibu Amin. “Mak dah pesan sejak khamis lepas, apa yang kamu buat?”

Amin diam.

“Tak habis-habis lagi sedih?” soal ibunya. “Kamu juga yang minta putus.”

Amin diam.

“Transfer tu sekarang. Abah kamu dah bising,”

“Amin tak mandi lagi...”

“Tak payah mandi, mesin ATM tu bukannya syok pada kamu pun kalau kamu berlawa,”

Amin diam lagi.

Read the rest of this entry »