cerita tentang dunia, yang cuma ada saya…dan kamu.

ODESI CINTA KEEMPAT episod 1

February 10th, 2009 nazri

Tak kenal maka tak cinta.

Bapaklah klise ayat di atas bila hendak dijadikan pembuka sebuah cerita cinta yang amat agung, lebih agung dari kisah cinta yang ditulis oleh penyair, penulis dan pencerita tersohor. Begitu agung sehinggakan wanita-wanita tersedu-sedu hanya dengan membaca sinopsisnya. Begitu agung sehingga tiada ayat yang dapat ditulis untuk pembukaan kisah agung ini.

Maka apa itu cinta barangkali?

Cinta itu semudah tafsiran saya sayang awak. Mungkin. Juga sekomplikasi saya sayang awak tapi saya sayangkan dia juga. Cinta bersifat zahir atau cinta bersifat batin? Apakah cinta bioleh ditolak-tolak? Apa?

Banyak pula soala-soalan untuk pembukaan kisah cinta agung ini.

Cinta dalam hidup banyak sungguh tafsirannya. Apakah cinta hanya berkisar lewat hubungan antara dua manusia berlainan jantina? Apakah cinta juga boleh dicapai melalui kasih ayah kepada anaknya? Apakah cinta boleh disamakan dengan hubungan sayang seorang majikan kepada pekerjanya?

Cinta...

Ini adalah kisah Amin mencari cinta, melalui cerita-cerita atuknya.

Read the rest of this entry »

KAJIAN RAMBANG

February 6th, 2009

Hayat tahunan hosting laman web ini hendak berakhir tidak lama lagi. Jadi aku hendak membuat sedikit survey untuk menentukan samada aku nak sambung ke tak hosting ni. (Kalau sambung pun tak adalah masalah besar, bukannya mahal pun aku bayar, sekurang-kurangnya tak semahal kos Pergh! ke atau kos Che Det ke).

So survey aku ialah;

"Apa pendapat anda jika saya tidak meneruskan hosting laman web ini (dalam erti kata lain - dah tak sambung tulis blog ni la"

Nota:

1. Aku tak merajuk, Ini sekadar survey umum. Maknanya, ada kemungkinan, kalau survey 80% kata tak kisah aku tutup blog,  tak semestinya aku akan tutup. Aku cuma nak tahu public opinion saja. Ini masih blog gua.

2. Percintaan tiada kaitan dengan survey ini. Sehingga pukul 2342 ketika ayat ini ditulis, saya masih bahagia bersama yang tersayang. (kes tutup blog sebab frust bercinta, ahaks)

3. Harap satu komen mewakili sorang. Nak menyamar boleh, tapi risiko kantoi tu besar juga la. Ini wordpress kay!

4. Mungkin, kalau sambung pun, aku nak revamp total. Mungkin.

5. Kalau tak sambung, fesbuk kan ade? Ehehehe.

Sila, sila...

Terima kasih kerana menyertai

Tarikh tutup, emm, sampai hari terakhir hosting ni la kot. Ehehehe...

PAK CIK RAHMAN KEROPOK LEKOR (2)

February 4th, 2009

Pak Cik Rahman Keropok Lekor sedang siap-siap dengan anak buahnya. Kalau jadi satu Perak ada pilihanraya, mau kaya dia. Dia dah pikir nak hantar Shoib ke kawasan Ipoh Timur masa eleksen. Si Amran Jantan tu nak di hantar ke Gerik. Orang Gerik suka keropok lekor jugak.

Pak Cik Rahman dah berkira nak pinjam van Ustaz Shukri. Kalau ada peluang, van Murugam tu pun dia sewa sekali. Dia sedikit ralat sebab tak dapat pinjam lori Talib Tong Gas. Masa ni pula ada orang nak guna lorinya. Semuanya ada lima tempat untuk dia berniaga.

"Ah, masa begini nak pulak suruh bubar, demi rakyat, demi demokrasi ," bebel Mak Cik Rokiah, isteri Pak cik Rahman Keropok Lekor. "Dan, dan pulak lompat parti ni mende haram,"

"Dulu masa dok ura-ura Sabah dan Sarawak nak lompat tu, elok pulak halal. Perjuangan opah kome!" Mak Cik Rokiah terus membebel.

Bukan apa, nampaknya seminggu ni dia tak cukup tidurlah nak menyiapkan bekalan 5 van keropok lekor untuk diniagakan. Banyak tu. Nak harapkan anak dara diorang, si Fauziah tu, apa yang tahu berintenet saja.