Archive for March, 2009
Menonton wayang adalah acara wajib ketika bercinta dan mempunyai teman wanita.
Berikut adalah senarai filem terakhir yang saya tonton bersama bekas teman wanita sebelum kisah bahagia kami berakhir;
Bekas Teman wanita #1: Spiderman
Bekas Teman wanita #2: Tak ingat
Bekas Teman wanita #3: Terminator 3: Rise Of The Machines
Bekas Teman wanita #4: Cinta
Bekas Teman wanita #5: Stardust
Bekas Teman wanita #6: Kenapa saya teringat Quantum Of Solace dan Budak Kelantan tapi tak jadi tengok kedua-duanya?
Bekas Teman wanita #7: Curious Case Of Benjamin Button
Untuk bakal bekas teman wanita #8, anda boleh memilih untuk menjadi cool dengan memilih filem super cool sebagai filem terakhir tontonan kita. Rujuk senarai upcoming movies in 2009 Box Office Mojo di sini untuk pilihan tarikh kita berpisah.
Saya hidup di zaman tag.
Mana-mana sahaja ada yang nak tag.
Okey, saya pilih tag ini;
Rules: Jawap soalan-soalan dibawah, Google setiap jawapan dan letak gambar pertama yang keluar dari jawapan itu. Maknanya guna google images search la.
Okey, tarik nafas.
Soalan pertama:
I am (maknanya google nama saya la tu)
Saya google Nazri.
Keluar ni:
Apa ke gampangnya gambar ni yang keluar?
Dahhh! Aku malas nak layan tag!
Sebelum itu saya nak terangkan, Ana Faqeza adalah anak kepada adik saya, Nazirah. Tahun ini dia berumur 4 tahun. Ingat, EMPAT tahun.
Ada beberapa entri tentang dia termasuk entri dia tanya "Pak Long nak pergi hisap rokok ke?"
Malam tadi saya makan malam bersama mak dan abah.
Biasalah, cerita bila saya nak kahwin mesti keluar.
Saya cakap nantilah, sekarang sudah putus asa dengan perempuan. Dah tua nanti kahwinlah.
Selalunya, saya sudah boleh agak apa yang akan keluar dari mulut mak atau abah, biasalah, kerjaya sebagai bujang tua terlajak ini membuatkan banyak joke atau ayat-ayat merujuk "kenapa nak kahwin" sudah saya hafal.
Tapi malam tadi saya ketawa,
Abah beri satu joke yang sebelum ini belum pernah saya dengar dan saya ketawa.
"Esok Faqeza kahwin dulu dari kau,"
Hah! Ini joke kenapa-tak-kahwin yang belum pernah saya dengar dari mak dan abah. Bagus, tiada klise dalam hidup.
Selepas itu kami buat perkiraan matematik, kalau Faqeza kahwin ketika umur 24 tahun tahun, yakni 20 tahun dari sekarang, bermakna saya akan berkahwin ketika umur 50 tahun.
"Okeylah tu," jawab saya. "follow the leader" kata saya merujuk kepada Raja Nazrin yang berkahwin dalam lingkungan umur yang sama.
Daulat Tuanku!
Dua gambar di bawah saya dapat melallui e-mel. Jika ada sesiapa yang tahu link asal gambar ini, sila kemukakan di ruangan komen.
Nampaknya buat bisnes print banner ini macam mendatangkan untung juga. Macam-macam banner luahan perasaan yang boleh kita baca di tepi jalan. Setiap kali ada isu, mesti ada banner misteri yang direntang. Macam boleh jadi kaya buat bisnes print banner. Esok-esok dah kaya mungkin gadis itu sudi kahwin dengan aku.
Banner yang ini paling kelakar. Cuma betul ke awek Mongolia cun? Kalau aku ada jam RM150 ribu, wah, kayanya, mesti gadis itu setuju kahwin dengan aku.
Jika saya mahu kata saya tidak mahir membaca jawi (tidak seperti membaca tulisan roman), lalu menyalahkan sisten kerajaan yang 'membunuh' tulisan jawi, mungkin ada suara mengatakan, jangan salahkan kerajaan, seharusnya diri sendiri berusaha.
Betul, mungkin saya kurang usaha.
Makanya, sekarang saya pandai jawi, pandai ilmu matematik, pandai ilmu alam, pandai ilmu photoshop dan beberapa ilmu yang saya mahir.
Jika kekurangan saya tidak boleh ditunding salah kepada kerajaan, maka begitu juga dengan kejayaan saya.
Tak acilah bukan kalau salah tak mahu dapat kredit tapi bila berjaya nak kongsi nama bersama, kan? kan? kan?
Ehehehe...



