Archive for March, 2009
Semalam aku tengok bola di NZ.
Kiranya game of the century. Biasalah, bila Man U lawan Liverpool saja ada kepala yang nak beremosi.
Alih-alih kalah. Teruk juga.
Tapi pasukan yang kalahkan Man U itu memang layak menang jugalah sebab bermain dengan lebih baik. Aku rasa Sir Alex laksana silap klik nama player (Championship Manager - ehehehe, jangan kata siapa yang pernah main game ini tak pernah tersilap klik nama pemain).
Hati terguris melihat gol demi gol bolos tu memang tak boleh nak kata tak la. Tapi perjalanan mengejar cup masih belum tamat.
Untuk member aku yang pernah tumbuk cermin sebab Man U kalah (tahun lepas punya cerita) sampai berdarah, jangan la pula hantuk kepala. Ehehe. Kalah bola tidaklah seteruk tengok budak-budak Palestin kena sembelih.
Aku tak tahu la samaada pemerhatian aku ini betul atau salah, tapi setiap kali tahun itu Man U ada pasukan yang kuat gila babi, tahun itulah juga Man U mesti tak boleh nak makan Liverpool.
Tahun depan ada lagi yak.
Ehehehe.
Fizikal: RM15 (Beli dengan PTS di www.bookcafe.com.my)
E-book: PERCUMA (Download di " sini sini sini"
--
NAZRUL SAMSUDIN
Manager
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Tulisan saya kali ini panjang. Mengenai GMP, mengenai PPSMI, mengenai saya berjalan di jalanraya semalam.
Moga dapat baca sehingga habis. Saya harap teman-teman dapat membacanya. Saya harap pejuang-pejuang dapat membacanya. Saya harap SB sudi membacanya, dipanjangkan ke pihak atasan dan sehingga ke Pak Menteri. Bukan apa, takut pula selama ini rupanya Pak Menteri tak baca blog, itu sebab bebal semedang.
Pertama, saya katakan ironi, malam selepas seharian di jalanan, saya mendengar kisah seorang teman menguruskan acara orang-orang kaya dengan kereta mewahnya.
Ironi, dalam waktu yang sama,
Ada Datuk-Datuk yang bersuka-ria dengan kemewahannya,
Ada Datuk-Datuk yang mengambil jalan bersama orang-orang kebanyakan diserang bom asap, disimbah, di gertak dan bermacam-macam.
Ironi.
Kerana Bahasa Inggeris terus jadi simbol kemewahan dan Bahasa Melayu adalah simbol kolot.
++++
Saya tahu Bahasa Melayu ini akhir-akhir ini melalui zaman susahnya. Teman-teman disekeliling saya sendiri begitu sinis dengan Bahasa Melayu. Malu dengan Bahasa Melayu. Maka tak hairanlah kalau ia berlaku diperingkat nasional.
++++
Kemudian, ini dari saya,
Ini adalah luahan tentang Bahasa Melayu (yang kolot itu), bukan tentang politik, agama atau perkauman.
Kalau memanda Menteri yang berada di puncak bahagia sana mahu terus kekal berkuasa selama 100 tahun, teruskan. Ini bukan soal mahu rampas kebahgiaan Memanda Menteri.
Soalnya, Memanda Menteri merampas kebahgiaan orang-orang yang masih sayangkan Bahasa Melayu (atau Malaysia?).
Memanda Menteri janganlah cuba nak susahkan benda yang senang.
Senang sahaja. Ia bukan soal Kudeta, bukan soal sosio-ekonomi, bukan soal siapa makan rasuah.
Ia cuma soal Bahasa.
++++
-Saya tiba lewat dari yang dijanjikan. Marsli N.O dan Sinaganaga sudah berada di kedai makan. Saya bergegas mencari bateri untuk kamera filem saya.
-Kami bergerak ke Masjid Negara. Dari jauh sudah nampak ribuan orang. (saya masih pandai mengira, bebal-bebal di akhbar - belum pandai mengira).
- Ribuan orang itu sudah mula bergerak keluar dari masjid. Ada kumpulan kecil FRU datang membuat benteng. Saya berada di belakang FRU bersama jurugambar-jurugambar media. Ribuan pejuang itu tidak mahu kalah. Depan mata saya seorang anggota Unit Amal ditangkap. Kalau dalam cerita perang zaman feudal, beliau korban pertama dipanah musuh.
- Benteng FRU musnah. Pejuang-pejuang Bahasa mula bergerak keluar. Naga sudah hilang. Sudah kena tangkap ke? Marsli pun sudah tidak kelihatan.
- Kemudian nampak Naga dan Marsli datang menghampiri. Okey, belum ditangkap.
- Jalan sudah dipenuh orang. Kereta sudah tidak boleh bergerak. Ada yang memberi hon, saya tak tahu samaada hon marah atau hon menyokong.
- Saya dan Naga naik atas benteng. Kami diberikan panorama yang lebih asyik dari atas benteng pembahagi jalan. Barisan manusia memenuhi jalan dari tempat saya berdiri sehingga nun di hujung sana.
- Oh, hujan turun sepoi-sepoi bahasa, ehehehe.
- Masa inilah pula sakit kaki saya datang kembali. Terseliuh ketika hendak turun dari benteng.
- Saya dan Naga menyusur jalan bersama pejuang-pejuang Bahasa yang lain.
- Marsli ada di belakang, kameranya masuk air. Tidak berfungsi buat sementara waktu.
- Terserempak dengan Dato Baha Zain. Saya ambil gambarnya bersama Marsli.
- Dari jambatan, saya lihat ada kumpulan pejuang turut bergerak dari arah yang lain.
- Petugas Unit Amal Malaysia nampak sibuk menguruskan kelancaran pergerakan manusia.
- Filem saya sudah habis. Sampai di lampu isyarat berdekatan koperasi polis, saya dan Naga berpecah dari barisan manusia, mengikut jalan lain mencari filem.
- Dari situ saya nampak lori FRU bergerak. FRU akan menghentak pejuang-pejuang Bahasa itu dari arah belakang, kata Naga. Dia memberi amaran kepada Marsli menerusi telefon.
- Kami menyusuri depan Dawama. Terserempak dengan seorang anggota polis menunggang motor Roy.
- Terus kami menyusur jalan hingga sampai di depan Istana Negara. Saya dapat mendengar bunyi tembakan gas pemedih mata satu persatu.
- Kami cuba untuk berjalan untuk bertembung dengan kumpulan pejuang bahasa itu. Tapi barisan benteng polis sudah siap sedia.
- Seorang anggota polis, mungkin SB, berbangsa India datang menegur. Bertanyakan siapa kami. Dia meminta pas media. Kami tiada pas media.
- Naga mengeluarkan beg duitnya. Sungguh, saya tidak tahu apa tujuan Naga mengeluarkan beg duitnya. Hendak beri kad nama ke? Buat apa?
- Kami bergerak naik ke atas bukit betul-betul bertentangan dengan pintu Istana Negara.
- Bunyi das tembakan gas pemedih mata masih ada.
- Baunya sampai pada kami. Perit.
- Tidak lama kemudian kami nampak dari atas bukit, Prof Abdullah, Puan Ainon dan beberapa orang lagi lengkap berpakaian baju Melayu dan baju kurung bergerak masuk diiringi polis. Mereka berhenti tidak jauh dari pintu masuk Istana.
- Saya miskin, tak ada lens zoom.
- Prof Abdullah dan Puan Ainon bergerak pergi. Saya mengandaikan semuanya sudah selesai.
- Saya dan Naga memerhati sekeliling. Polis, FRU dan SB-SB sudah mula bergerak ke depan pintu Istana. Jalan yang tadinya di penuhi oleh polis sudah mula lapang. Kami turun dan mula bergerak menyusuri jalan yang hendak kami ikuti tadi sebelum di tahan oleh SB India tadi.
- Ada van jual air. Air habis.
- Kira-kira beberapa meter dari van itu, kelihatan media Indonesia sedang mewawancara Puan Ainon dan Prof Abdullah.
- Saya lihat muka Puan Ainon kemerah-merahan. Muka Prof nampak lebih bergaya. Dengar cerita mereka disembur. Mungkin hikmat kebal perisai emas Prof lebih tinggi, maka dia dapat mengekalkan kekacakannya. Puan Ainon nampak marah. Kata Naga, Singa Bahasa.
- Sempat juga Puan Ainon memperkenalkan saya kepada seorang penulis yang menghantar karya kepada saya. (Dapat manuskrip baru, Yahaha).
- Mulanya Naga mengajak saya menyertai Marsli di depan Balai Polis. Tapi kemudian mengubah rancangan menyertai Puan Ainon dan Prof Abdullah ke Masjid. Berita bertiup kencang orang-orang di Masjid diserang bom asap lagi.
- Kelihatan trak-trak FRU sudah mula bergerak kembali, betul-betul di belakang kami. Puan Ainon pula boleh melayan wawancara di tepi jalan sedangkan trak-trak FRU perlahan-lahan bergerak menutup jalan. Muka-muka orang Unit Amal nampak sedikit risau. "Masuk masjid! Masuk masjid," arah mereka.
- Kumpulan Puan Ainon di belakang sekali. jarak antara kumpulannya (dalam 7,8 orang) dengan yang lain-lain dalam sekitar 80-100 meter.
- Saya sedikit risau. Naga sudah berada di radius kumpulan Puan Ainon. Saya perhatikan anggota-anggota FRu sudah mula turun dari trak. Mujur juga mereka bergerak ke jalan seberang kerana mahu berhadapan dengan sekumpulan pekuang bahasa yang mahu ke masjid dari arah yang lain. Ingat tadi mahu menahan Puan Ainon.
- Dalam kelambatan itu, Puan Ainon akhirnya tiba di depan masjid tanpa sebarang masalah.
- Saya tidak pernah menyangka pengalaman ini, bila saya berdiri di depan jalan, nun 20 meter di kanan sana barisan FRU dan di kiri saya, juga barisan FRU bersedia dengan sebarang kemungkinan.
- Saya ambil kesempatan itu untuk mengambil gambar.
- Orang-orang di dalam masjid riuh rendah.
- Saki baki gas pemedih mata dapat dirasa. Hidung terasa sakit dan mata saya mula tidak senang. Saya ke seberang masjid, bercampur dengan beberapa orang tua yang sedang berbual. Di sinilah saya mendapat tahu A. Samad Said juga turut menjadi mangsa gas pemedih mata. Naga menghubungi Marsli. Dengar cerita, Dato Baha muntah-muntah.
- Beberapa trak FRU melintasi depan masjid sambil disorak oleh orang-orang di dalam masjid. Ada bendera Perak berkibar dari dalam masjid.
- Saya dan Naga bergerak masuk ke dalam masjid. Puan Ainon dan Prof Abdullah duduk di tangga masjid sambil disapa oleh ramai orang. Saya ternampak Jimadie.
- Qalif, anak Puan Ainon juga turut serta. Kemudian saya bersalaman dengan Azrul Jaini. Lens Qalif lebih panjang, maka banyak gambar-gambar serangan FRU dapat dirakam.
- Aku duduk di sebelah Qalif berbual sementara Naga naik ke dalam masjid mencari Pak Samad.
- Gadis-gadis pejuang tidak ramai yang comel. Mungkin itu lumrahnya. Yang comel lebih suka dimanjakan, mana mahu disembur dan diserang dengan gas pemedih mata.
- Hujan turun dengan lebat selepas itu. Saya, Naga dan Marsli bercadang mahu menikmati teh di kedai di belakang masjid.
- Kedai tutup dan kami berlindung di kawasan tandas masjid. Ada sekumpulan encik polis turut berlindung di situ.
- Hujan sudah mula reda. Marsli bergerak ke Annexe sementara saya dan Naga ke Dayabumi mengambil kereta dan berpusing semula untuk ke masjid mengambil Prof Abdullah dan Puan Ainon.
- Jalan sesak. Trak FRU masih di situ.
- Prof Abdullah dan Puan Ainon kami hantar ke KL sentral dan berpatah balik ke Annexe.
- Marsli sudah menunggu bersama Meor.
- Menjelang 730 malam, kami sudah mula mahu pulang.
++++
Semasa perarakan, tidak ramai kenalan sastera yang saya nampak. Tapi menerusi blog, saya tahu beberapa kenalan sastera turut serta dan ada yang turut diserang bom asap.
Apa yang akan berlaku selepas ini?
Semasa berteduh di masjid negara, seorang teman sasterawan secara sinis melontar ayat, "Bangsa Melayu ni bangsa yang hina,"
Saya angkat bahu sahaja. Kalau dilontarkan kepada yang malu dirinya dilahirkan sebagai bangsa Melayu, jawapannya pasti Iya.
Lihat sahaja sekeliling, berapa ramai yang malu hendak Berbahasa Melayu? Berapa kerap Bahasa Melayu dijadikan bahan jenaka sinis? Soal orang Cina atau orang India tak sudi nak berbangga dengan Bahasa Melayu itu tak payah ceritalah kalau orang Melayu sendiri malu dengan bahasanya sendiri.
Mungkin, dalam satu segi, betapa cemburunya saya dengan orang Indonesia, yang bangga dengan bahasa mereka.
Agnes Monica, kalau dia rakyat Malaysia, saya semacam tidak percaya dia akan merakam album dalam Bahasa Melayu.
Mungkin, untuk teman-teman yang jelik dengan Bahasa Melayu, langkah pertama boleh dibuat, dari mencari setiap sisi salah Bahasa Melayu ini, cubalah cari sisi terbaik Bahasa Melayu.
Mesti ada bukan?
Maka sekali lagi, soalnya mudah sahaja di sini. Bukan soal perkauman, bukan soal politikus, bukan soal agama.
Cuma Bahasa.
Terima kasih
Nazri M. Annuar
Setapak
08/03/2009





































