ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for April, 2009

Knowing adalah, jika bukan yang PALING pun, antara filem sci-fi terbaik yang pernah saya tonton.

Ya, arguably.

Boleh saja sebut 2001 Space Oddyssey untuk patahkan hujah saya. Memang 2001 Space Oddyssey pematah hujah paling menjengkelkan bila hendak disebut tentang perbandingan kehebatan filem-filem sci-fi. 

Saya sudah pun berdebat dengan Fadz. Saya respect pandangan dia.

Saya ampunkan Knowing disebalik banyak hujah pematah yang diberikan. Ya, hujah pematah Fadz ada benarnya.

Simple sahaja wahai saudara Fadz, sebagaimana saudara mengampun banyak filem-filem seram, yang pada mata saya tidak wajar langsung dipuji, tapi saudara mengangkatnya dan mengampun kelemahan-kelemahan mereka. Tak kisah, kerana itu pandangan saudara. Saudara ada hak ikut hati dan rasa saudara. :P

Tetap dengan pegangan saya, Knowing antara filem fiksyen sains yang terbaik pernah saya tonton.

Boleh berhujah, silakan.

Fadz: kita berlainan citarasa dan idea, itu sebab malam tersebut saya katakan projek itu tidak boleh kita lakukan bersama, wink wink.

Saya rasa ramai yang tahu di mana Batang Ai sekarang ini.

Saya juga rasa apa yang sedang berlaku di Batang Ai.

Tapi saya tertanya-tanya apakah headline akhbar atau portal berita sehari selepas Pilihanraya?

Beginikah agaknya?;

1. BATANG AI MILIK BN

2. BN PEGANG BATANG AI

3. BATANG AI UNTUK RAKYAT

4. SUARA BATANG AI (gile, boleh bersuara, horror)

5. BATANG AI BUKTI KOMITMEN BN

6. TERIMA KASIH BATANG AI

7. BATANG AI DITANGAN RAKYAT

8. BN MENANG BATANG AI

9. ANWAR USAH MIMPI DAPAT BATANG AI

10. BATANG AI TANDA BN MASIH RELEVAN

11. BATANG AI TANDA RAKYAT MAHU BERUBAH

Saya agak saja, jangan fikir yang bukan-bukan. Saya maksudkan Batang Ai, sebuah daerah menarik yang punya hutan cantik untuk dilawati. 

Saya tak pasti ada blog yang sudah buat entri sebegini, kalau ada, mohon letak link di komen.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.