Archive for June, 2009
Berbanding edisi sulung, saya kira Pekan Frinjan kali ini jauh lebih baik. Maka Pekan Frinjan, jika berterusan mampu menjadi satu acara penting di Malaysia. Harapnya begitulah.
Juga diharap edisi-edisi mendatang lebih banyak orang nak menyertai dan membuka booth di situ. Juga kebih banyak kumpulan menyokong usaha ini.

Saya kira kalau ikut kiraan penonton dan perbandingan, nampaknya Acara pentas Pekan Frinjan jauh lebih cepat berjaya berbanding MASKARA. MASKARA edisi 2 pun tak mampu nak tarik seramai ini. Tahniah. Semoga dapat dikekalkan kualiti dan kuantiti ini.

Harap dapat undangan baca sajak lagi di mana-mana.
Entri ini saya kira tidak mendatangkan unsur suspens kepada sesiapa yang tahu apa itu Porta Jib.
Tapi ternyata persepsi kadang-kala memang membawa kita ke jalan yang menyusahkan.
Ketika itu saya sedang asyik duduk-duduk di kerusi empuk pejabat.
Seorang teman dari Indonesia sms saya, beliau berada di Kuala Lumpur untuk satu urusan.
"Saya perlu porta jib untuk esok. Boleh kamu bagitahu dimana saya boleh pinjam?"
Hah, molek sangat. Apakebendanya Porta Jib tu tiadalah dapat saya tahu.
Ah, lemahnya saya berbahasa Indonesia.
Saya naik ke tingkat atas, ke meja unit yang menerbitkan buku-buku terjemahan dari Indonesia, yang saya pasti, mereka lebih mengetahui makna perkataan itu.
Yang ada cuma saudara Baha, yang juga tidak tahu makna perkataan itu dan pantas cuba membantu saya dengan berYM dengan teman dari Indonesia. Kemudiannya saya dapat tahu teman dari Indonesia itu berulang kali memohon maaf kepada Baha kerana beliau sendiri tidak tahu apa itu porta jib.
Kemudian saya berteori, memandangkan semalam dia hendak meminjam kamera video saya, maka besar kebarangkalian porta jib itu adalah bahasa Indonesia untuk TRIPOD.
Maka dengan gelojohnya saya menghantar satu sms kepada teman saya itu, "saya andaikan portajib itu adalah tripod. Kalau betul, saya ada tripod, tapi yang kecil sahaja, kalau mahu sewa agak mahal"
Dia tidak membalas.
Saya turun ke bawah dan mula melaung-laung "siapa tahu makna porta jib? siapa ada KAMUS BAHASA INDONESIA"
"Cuba tengok kat Babylon" Kak Cik cuba membantu, merujuk kepada perisian perterjemahan.
Kemudian Kak Asma, juga dari unit penerbitan buku terjemahan terpacul dari pintu, memberi peluang kepada saya untuk bertanyakan apa itu porta jib. Beliau juga berkerut dahi.
Ah, kacau ni. Saya kembali ke telefon, dan buat SATU benda antara DUA benda yang sepatutnya saya buat awal lagi. Saya telefon Erwin, teman dari Indonesia itu sekali lagi.
"Itu...porta jib, saya mahu sewa porta jib untuk video..." Erwin terkial-kial memberi penjelasan.
"Saya tak faham apa itu portajib? Apa maksudnya dalam Bahasa Inggeris?" saya terus bertanya.
"Itulah namanya, porta jib..."
Okey, pada point ini saya tersedar satu benda,
Porta Jib itu bukan Bahasa Indonesia.
Saya buat satu benda lagi yang sepatutnya saya buat awal lagi.
Saya google.
Selepas itu saya tahu apa itu Porta Jib dan menjelang petang Erwin sudah dapat apa yang dihajatinya.
Celake! Bodoh benar saya ini.
Sudahlah bodoh, selalu pula berlaku lucah sehingga ada yang terpaksa menyamar menjadi polis moral (nak tegur depan-depan malu, takut dimaki oleh saya). Harapnya tiada kanak-kanak bawah umur membaca penulisan saya di sini.
Mujurlah saya kacak dan diminati ramai.
Suatu hari saya tersedar, tepat pukul 12 malam saya akan bertukar menjadi sotong raksasa.
Hebatnya menjadi sotong raksasa ialah saya tidak perlu memakai baju.
Tapi masalahnya semasa saya menjadi sotong raksasa saya tidak dapat mengupdate blog, beryahoo Messenger dengan kawan-kawan dan memeriksa Facebook. Ini kerana laptop saya terlalu kecil untuk saya, sebagai seekor sotong raksasa menggunakannya.
Tetapi terima kasih kepada teknologi, kini sudah ada mesin yang sotong raksasa compatible, dibina khas untuk makhluk seperti saya.
Terima kasih kepada teknologi.
Kini, sotong raksasa tidak lagi kesunyian.
