Archive for July, 2009
Mak dan abah ke Kuala Lumpur hujung minggu lepas. Ada majlis meraikan pekerja-pekerjanya. Mak dapat anugerah pekerja yang berkhidmat dengan TNB lebih dari 30 tahun.
Jadi mereka beri staff menginap di Hotel Legend, depan PWTC.
Bapak besarnya bilik yang diberi. 30 orang member dibawak masuk berparti memang puas. Tak pernah saya duduk bilik hotel sama macam Richard Gere melanggan Julia Roberts tu.
Saya dan adik serta adik ipar mengambil kesempatan menumpang tidur di dalam bilik hotel mewah itu. Saya bawa sleeping bag dan tidur di atas karpet di depan tv, membayangkan diri berada di dalam hutan dan di sekeliling adalah pokok. Di atas kepala, saya lihat bintang dan langit. Yang tak ada cuma hantu mengilai sahaja.
Ahad pagi, mak ke Johor Bahru, ada gathering sekolah.
Setiap bilik diberi 2 kupon sarapan. Dengan ketiadaan mak, kupon tersebut automatik menjadi milik saya. Maka dengan penuh bersemangat saya dan abah turun ke ruang makan hotel untuk bersarapan.
Kami ambil tempat di satu sudut tepi dinding restoran di mana terdapat lebih kurang 6 meja di susun sejauh satu meter antara satu sama lain. Meja yang cukup untuk 2 orang makan. Saling hadap mengadap.
Dengan penuh gaya saya dan abah menikmati sarapan.
Kemudian baru saya sedar sesuatu. Saya lihat keenam-enam meja itu digunapakai oleh penghuni hotel untuk menjamah sarapan mereka.
Keenam-enam meja itu diduduki oleh seorang lelaki merangkap ayah dan anak lelakinya yang hampir seusia saya.
Di sebelah kanan saya seorang abah berbangsa India dengan anaknya, juga berbangsa India.
Di sebelah kiri saya seorang abah berbangsa Melayu, dengan anaknya berbangsa Melayu.
Satu deret, keenam-enam meja. Abah dan anak lelakinya.
Cantik juga pemandangannya, seorang ayah menghabiskan masa bersarapan bersama anak terunanya. Sederet.
Saya tahu kalau mak saya baca entri ini dia akan bertanya, "bile pulak kome nak jadi abah dan makan dengan anak terune kome,"
Ahh, selagi bakal mak anak teruna saya jual mahal dan takut dengan komitmen, usah bercerita mengenai masa depan.
Kawan saya, Huda, suatu hari datang terkinja-kinja seperti seorang perempuan yang gembira kerana akhirnya dapat juga menemui lelaki baik di Kuala Lumpur (kerana lelaki baik di Kuala Lumpur amat rare, dan Huda mahu lelaki Melayu, selamatlah kita katakan - TIADA).
Oh, rupanya dia bangun pagi dan tuhan telah memberinya anugerah dapat melihat masa depan. Satu anugerah yang amat diimpikan oleh wanita untuk memudahkan mereka mencari lelaki yang baik.
Saya ucapkan tahniah.
Tanpa segan silu (kononnya mahu membuktikan dia bercakap benar) Huda memberitahu siapa yang saya akan kahwin.
Celake. Saya tak mahu tahu. (Tapi memandangkan saya sudah tahu, ada sedikit tersenyum simpul, yeay, dapat juga di dia. Kenapa si dia akhirnya setuju bersama saya?, iyalah, zaman sekarang ini takut kepada komitmen itu fesyen wanita alaf baru). Tapi mana saya tahu dia tipu atau tidak kan? Celake juga rasanya.
Huda menggunakan kuasa itu untuk kebaikan dirinya. Dia mahu mencari lelaki yang baik untuknya. Dia mahu keluar dari kumpulan wanita moden yang menjadi ahli kelab Fear of Commitment (yang selepas ini kita panggil FOC).
Saya angguk dan sedikit berdoa agar Huda dapat mencapai cita-citanya. Jika sebelum ini asyik bercinta dengan lahanat, mungkin dengan kuasa meramal masa depan itu dapat mengubat rasa fobia Huda sebelum ini terhadap kaum Mawi.
Makna kata, Huda tidak perlu melakukan kesilapan lagi. Bukan apa, sudah ramai perempuan yang tersilap, menerima cinta lelaki tapi setelah tiga bulan, barulah satu demi satu perangai lahanat lelaki itu mula keluar. Dek kerana lahanat inilah jumlah ahli FOC bertambah saban tahun.
Dengan kuasa melihat masa depan, Huda tidak perlu risau. Kalau boleh, dia mahu membantu ahli-ahli FOC yang lain.
Kini Huda boleh buang rasa fear of commitment yang melanda dirinya. Dia tahu dia bakal memilih lelaki yang paling ideal untuknya. Tidak lagi berada dalam keadaan tertanya-tanya, "adakah lelaki ini baik untuk aku?"
+++
30 tahun kemudian;
Saya menghadiri majlis pengkebumian jenazah Huda, seorang ahli perniagaan yang berjaya, meninggalkan perniagaan yang diwasiatkan kepada anak adiknya, satu-satunya waris yang Huda ada. Beliau dikagumi oleh ramai ahli FOC kerana menjadi ahli FOC sehingga akhir hayat itu perlu komitmen yang amat tinggi (walaupun ironinya, mereka adalah ahli fear of 'commitment').
Bukan niat Huda mahu jadi ahli FOC seumur hidup.
Cuma setiap kali dia melihat masa depan jika dia bersama seorang lelaki, ada sahaja benda yang tak kena berlaku. Setiap lelaki yang dia mahukan, ada sahaja kekalutan yang bakal timbul di masa depan.
Saya cuma boleh doakan yang baik-baik sahaja untuk Huda dan bersyukur saya tidak dianugerahkan kebolehan melihat masa depan.
Akhir-akhir ini cinta seolah-olah semakin dilupakan.
Bermacam-macam alasan manusia gunakan untuk menafikan cinta.
'Tunggu masa yang sesuai', 'dia terlalu baik untuk saya', 'saya belum ready untuk komitmen', 'saya tak dapat buat keputusan', 'i'm enjoying single life', 'saya takut tersalah pilih', dan segunung alasan.
Saya semakin heran. Saya tahu servis Panda Cinta tidak se-efisien mana, sehingga sekarang Panda Cinta asyik tersasar menghantar memo pada makwe yang saya suka itu.
Tapi bila melihat semakin ramai yang sudah tidak peduli atau hidupnya senang tanpa cinta, saya mula pelik. Samaada Panda Cinta sudah bersara menyatukan cinta atau dia sudah semakin malas membuat kerja.
Saya naik ke atas awan.
Panda Cinta tiada, yang ada cuma arnab bermain seruling.
Saya tanyakan di mana Panda Cinta, kenapa dia tidak buat kerjanya kerana manusia sudah lupa pada cinta.
"Panda Cinta kena tahan wad, demam denggi," jawab arnab bermain seruling.
Peh.
Tak mengapalah, sekurang-kurangnya dunia masih ada pari-pari cinta.
"Dia pun kena kuarantin,"
Ha? Denggi juga?
"Tak, suspek H1N1, biasalah, kerja bercampur gaul dengan umat manusia ni memang itulah risikonya," jawab arnab meniup seruling.
Semoga Panda Cinta dan Pari-Pari segera sembuh agar dapat meneruskan kerja menghantar memo cinta.
+++
Maka saya tidak dapat bertanya soalan samada Panda Cinta itu glow in the dark atau tidak.
Saya cerita satu rahsia,
Saya ada dua talian telefon, satu Digi dan satu Celcom.
Yang aktif ialah Digi.
Yang Celcom, hanya dua orang yang tahu.
Ini rahsianya, ada satu bahagian kecil, jauh di dalam hati saya, entah kenapa, (sikit sahaja, betul), semacam berharap Celcom itu bergema dengan panggilan atau sms.
Ya, kadang-kala memang datang sms. Yang buat hati saya dup dap dup dap.
Rupanya sms iklan Celcom.
Rupanya, penamat yang saya kata itu, sebenarnya belum benar-benar tamat. Sikit saja, sangat sikit, sangat-sangat sikit (yang boleh jadi banyak) berharap tidak tamat.
Tapi akhirnya hari ini saya tahu dia tamat, bak kata orang putih, for good,
Bila melihat Celcom itu, bila saya hubungi bersuara, "nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatan"
Itulah signal yang mungkin dipukul ke kepala saya, bahawa, sudah tamat. Sudah-sudahlah itu membandingkan kesempurnaannya dengan yang lain.
Baik. Saya sudah faham.
Sim kad Celcom akan saya keluarkan dari telefon buat pertama kali sejak dia pertama kali dimasukkan di dalam telefon itu.
Sekian.
Saya ada facebook.
Untuk rakan facebook, ramai yang sudah sedia maklum Display Picture saya yang terkini adalah gambar Audrey Tautou.
Kemudian, saya pernah add atau di add oleh pengguna-pengguna facebook seluruh dunia atas pelbagai sebab, bermain game, groups, page dan sebagainya. Kira saya fikir penting juga network satu dunia ini. Jadi saya jarang berkomunikasi dengan kawan-kawan antarabangsa kerana selalunya hubungan kami setakat groups dan game tersebut sahaja.
Suatu hari, saya meletak status facebook saya "This is disco lazy time (i want you, i need you)"...yang merupakan petikan lirik lagu Disco Lazy Time dendangan kugiran Nidji.
Kenapa saya cerita benda di atas?
Kerana cerita di bawah;
Pada suatu hari, pop, satu kotak online chat facebook terpacul di browser,
Dia tulis "Hi disco babe"
Nama tertera "Zain Abid", dari Pakistan, ha, salah seorang dari network saya.
Nazri: Err, hi
Zain Abid: why err? what's up?
Nazri: okay, what's up?
Zain Abid: nothin, just playing facebook games, what do you do SWEETY?
Nazri: working
Zain Abid: working for what??? what type of work?
Nazri: Publishing
Zain Abid: Hmm...and what where you from?
Nazri: Malaysia
Zain Abid: you look PRETTY in your DP
Nazri: DP?
Zain Abid: Display picture
Nazri: ahhh, thank you but that's audrey tautou from the movie Amelie
Zain Abid: Aaaaooooww..! so which one is you??
Nazri: haha, you better check my info page first, thank you. sorry to dissapoint you
Zain Abid: so you are a fuckin male...
Nazri: yes, do the thorough checking before proceed, thank you
Zain Abid: Lolzzz.
Nazri: Haha
+++
Untuk yang tidak berada di dalam list facebook saya, ini DP (display picture) facebook saya, babe kan?


