Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

HELLO

August 24th, 2009 nazri

Hello,

Rindukan saya? Rindukan cerita panda saya?

Hubungi saya di talian 1-700-pandacinta untuk mendengar kisah-kisah yang mengujakan hati awak dan awak dan ya, awak juga.

Saya sedang sibuk mengejar pelangi.

ARNAB YANG HORNY

August 19th, 2009 nazri

Malam, seperti yang sudah-sudah, ke kedai yang ada gambar Norman Hakim untuk makan malam.

Namun melencong sebentar untuk mengisi stok Sampoerna Hijau dan pemain Bass Kuala Lipis dengan Surya.

Kedai yang kami pergi ada membela arnab, yang biasanya dikurung di dalam sangkar. Tapi entah apa magisnya hari ini dia berada di luar. Kami perhati arnab besar berwarna putih itu sibuk mengejar manja seekor kucing di depan kedai. Kucing itu menjauhkan diri, tapi gagal bila arnab itu tetap mahu merapatinya.

Lebih mengujakan bila melihat arnab itu seperti gaya mahu mengawan dengan mendekatkan diri...okey, faham-faham sendirilah.

Iyalah, kita pun dok sibuk melaungkan toleransi kaum di mana sudah ada karya-karya yang menekankan tentang cinta tak mengenal batas kaum. Melayu bercinta dengan Cina, Cina bercinta dengan India. Marah dan dituduh tertutup fikiran oleh generasi liberal dan urban kalau ada yang skeptik dengan hubungan interrasial ini.

Maka saya menyokong usaha cinta arnab dan kucing itu. Jika orang Melayu dan orang Cina boleh bercinta, masakan arnab dan kucing kita mahu katakan tidak. Nanti diselar tidak adil dan tidak demokrasi.

Selesai menyudahkan urusan transaksi, saya pergi mendapatkan pemain bass Kuala Lipis yang asyik melihat proses cinta arnab dan kucing, mungkin mahu belajar satu dua teknik arnab itu untuk digunapakai bagi mengajak mana-mana makwe ke bilik tidur.

"horny jugak arnab ni," saya bersuara girang melihat arnab itu masih tidak putus asa walaupun ditampar beberapa kali oleh kucing itu.

"pakcik tu cakap (ada pakcik berkopiah duduk di tepi kedai memandang aksi arnab dan kucing itu) dua-dua ekor jantan..." pemain bass Kuala Lipis bersuara syahdu.

Saya angguk. Cinta itu buta.

Kami lupa terus tentang kisah cinta arnab dan kucing seraya melangkah ke restoran yang ada gambar Norman Hakim sambil berbincang tentang laman web baru kami: sokernet. Sekali sekala pemain bass Kuala Lipis secara separa sedar melahirkan kekagumannya terhadap Manchester United.

KUCING TERBANG, BAWA SAYA SEKALI

August 18th, 2009 nazri

Di atas tempat paling tinggi itu saya dihurung dilema.

Saya lihat kucing-kucing terbang gembira di atas awan. Ada antaranya sengaja terbang menghampiri saya.

Tanya saya, seronokkah terbang di awan biru?

Jawab mereka, kalau tidak seronok, takkan mereka buat.

Saya tanya, tidak takutkah dengan awan gelap dan kilat-kilat?

Jawab mereka, ah, bukan setiap masa awan gelap dan kilat-kilat. Ada terbang, takut disambar tetap ada, tapi bukankah seronok terbang itu boleh menjawabnya?

Saya tanya, tidak takutkah jatuh ke tanah?

Jawab mereka, kadang kala ada juga terjatuh. Tapi harus segera bangun dan kembali terbang. Lagipun bukan selalu jatuh. Kenapa perlu ingat benda yang sekali sekala tapi terlupa benda yang selalu?

Saya tanya, takutkah kalau tersalah buat keputusan?

Jawab mereka, kalau memang hati sudah seronok, apa yang tersalahnya?

Mereka lambai, ajak saya terbang.

Saya teragak-agak. Saya masih takut. Takut disambar petir, takut jatuh ke tanah.

Saya takut apa yang ada di depan sana. Saya takut di depan sana tiada pelangi.

Si kucing terbang, bersorak, fikir, fikir, fikir, fikir.

Saya mahu ikut kamu terbang, saya mahu tengok apa ada disebalik awan.

Kalau mahu, ayuh, lakukan, jangan menjerit di atas tempat tinggi itu sahaja.

Tapi saya takut jatuh ke bawah kembali. Penat saya berada di tempat tinggi.

Jadi jangan terbang, kata kucing-kucing.

Saya mahu terbang

Jadi terbanglah, fucker!

Saya diam, kucing kalau sudah mencarut, maknanya hanya satu - mereka marah.

Apa yang perlu saya buat?