Archive for August, 2009
- Lahir sebagai Nazri B. Mohd Annuar
- Sekolah menengah di Ipoh Anglo Chinese School (ACS)
- Alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang baik membolehkan melanjutkan pelajaran ke Sydney.
- Berkenalan dengan Erica Tosh, bertemu pengalaman baru
- Pulang ke Malaysia membawa segulung ijazah.
- Bekerja di sebuah agensi periklanan.
- Berkenalan dengan Saiful Irwan
- Kereta pertama Honda City
- Meninggalkan Saiful Irwan setelah berkenalan dengan Ahmad Hussaini.
- Menang Kancil Award
- Mengambil keputusan untuk tinggal bersama Ahmad Hussaini di tengah-tengah Kuala Lumpur, 15 minit berjalan kaki ke KLCC.
- Sekali sekala membaca hilangpunca.com, tetapi kurang menggemari pengisiannya.
- Selalu terserempak dengan ahli-ahli Sindiket Sol-Jah ketika menghadiri beberapa aktiviti seni di Annexe.
- Ahmad Hussaini mengambil keputusan keluar dari rumah. Berkenalan dengan Gabriel (Gab)
- Mempunyai sebuah Ducati yang selalu dibawa ketika outing bersama kumpulan Superbike dan Bart Ahmad kenal saya menerusi saluran itu.
- Jarang pulang ke kampung.
- Berkenalan dengan Tok Rimau menerusi FB dan dipelawa berlakon untuk sebuah shorts yang kontroversi (membawa kepada kemenangan Dean Sham dan Tok Rimau di sebuah festival filem pendek luar negara).
- Installation work pertama diadakan di RA Gallery.
- Mendapat undangan di beberapa buah negara untuk hasil kerja saya. Masih bersama firma periklanan yang sama.
- Menang Kancil Award sekali lagi.
- Masih bersama Gab. Namun akhir-akhir ini Fai (Faizal Abdullah) hadir sebagai orang ketiga.
TAMAT
- Lahir beratukkan seorang imam
- Mengikuti Pak Lang dalam aktiviti tabligh di sekitar kampung.
- Melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama di Slim River
- Berangkat ke Mesir untuk menuntut di Al-Azhar
- Berkawan dengan al-ustaz Wanzu
- Menulis artikel-artikel berkaitan perjuangan Islam.
- Antara pemimpin pelajar disegani.
- Pulang ke Malaysia untuk bekerja di JAKIM
- Berkenalan dengan beberapa ustaz muda dan membina kem motivasi Al-Mukmin
- Kem motivasi yang terletak di kawasan Gombak mendapat sambutan yang menggalakkan
- Terlibat dalam pelbagai kempen kebajikan
- Berkenalan dengan Ustazah Farah Waheeda, alumni Universiti di Jordan dan dua tahun selepas itu selamat bernikah.
- Tidak berkenalan dengan Bart Ahmad. Bagaimanapun Bart Ahmad pernah menghadiri kuliah yang dikendalikan oleh saya.
- Bart Ahmad juga pernah bertegur dengan saya semasa Ijtimak Tabligh di Sepang.
- Pengalaman paling menarik ketika menghabiskan masa bersama Ahmad Deedat.
- Tidak bekerja di PTS dan tidak menulis untuk PTS kerana terikat kontrak dengan syarikat penerbitan lain.
- Sering merantau terutama ke Yaman, Syiria, London, Afrika Selatan dan banyak lagi.
- Tidak kenal Sindiket Sol-Jah
- Kini bahagia bersama Ustazah Farah Waheeda bersama 2 orang anak di rumah sederhana di Setapak
TAMAT
atau dalam bahasa Inggerisnya alternate universe.
- Anak kepada Mohd Annuar, seorang pemilik syarikat kontraktor yang besar di Ipoh.
- Menghabiskan persekolahan di MRSM Taiping
- Melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya
- Bekerja di sebuah syarikat Oil & Gas
- Kereta pertama - Proton Satria, ketika mendapat lesen, sewaktu usia 17 tahun.
- Makwe pertama bernama Hayati Amira, berkenalan di The Dynasty
- Kini memandu Honda Civic
- Memakai baju berkolar naik dengan rambut spike bergel
- Makwe terkini: Maria Qistina, berkenalan di surf beach party.
- Kelab Bolasepak: Chelsea
- Filem kegemaran: Rambo
- Tempat hang out: Rasa Sayang Bistro, Jalan Yap Kwan Seng, samada memakai baju berkolar naik atau kemeja tight mengusung Maria Qistina yang selesa dengan spaghtetti strap sambil dipandang dari jauh oleh Bart Ahmad (yang tidak dikenalinya) dengan perasaan "gosh, i wish she's my gf"
- Tidak kenal Bart Ahmad, Zafer 'Hendrix' Rahman, Hanina 'Frida Kahlo' Safar.
- "Someguy, err...pipi something, ada pernah terbaca blog dia...biasa-biasa saja" ayat saya bila ditanya tentang blogger tersebut.
- Tinggal di Bukit antarabangsa, rumah baru dibeli.
- Buku terakhir dibaca: Stuff, Januari 2008, okey, itu majalah.
- Check out his fb, ada gambar parteyyy. Maria Qistina cium botol Johhny Walker.
- Salem Light
- "Sorry la lambat, jalan jem, ada demo tadi, entah pasal apa, fuck"
- Ipod, Iphone, Blackberry, N73, Macbook Air
- Kanye West dan Staind
- "Mamat raggae mana tu?" soal saya tatkala terpandang Rahmat Haron di CM.
- Dinner di Singapore bersama Maria Qistina
- Tak pernah dengar sindiket sol-jah
- Tidak wujud Opera Angkasa
- Panda adalah haiwan comel yang terancam, rasanya...itu saja.
- Teater terakhir - Puteri Gunung Ledang, sahaja.
- Pergi ke Sunburst untuk menonton Nerd, sahaja. Kemudian ke booth Tuborg
TAMAT
Teaser:
Jika memang mahu menjadi habit Grand Duchess (setiausaha agung) FOC yang berblaus putih bak dewi itu mahu datang ke MASKARA walau sekejap jua, saya terasa ingin usulkan kepada ahli Sol-Jah untuk mengadakan MASKARA setiap minggu.
Kalau itu yang membolehkan saya bertemu dan berbual dengan Grand Duchess ini walau hanya 5 minit.
Hmmm, menarik juga untuk dibuat cerita (bukan, bukan cerita tentang mengadakan Maskara setiap minggu, tapi cerita seorang lelaki yang hanya dapat bertemu dengan wanita kesukaannya hanya 5 minit setiap 2 bulan sekali - cayalah, gua sudah ada idea untuk membuat filem pendek).
It's a bloody frekkin sign missus!
End of teaser-
.
.
.
Back to our usual programme;
Yakni bahagian di mana saya mengatakan kepada Panda Cinta bahawa saya tidak akan melangkah lebih jauh selagi dia tidak memberitahu apa motifnya perjalanan ke Utara ini. Lagipun saya perlu memberitahu sesuatu kepada pembaca saya bila melihat jumlah komen yang mengatakan cerita Panda Cinta saya 'best' semakin berkurangan, tanda dia sudah semakin menjatuh.
Panda Cinta teragak-agak.
Arnab si peniup seruling tidak mahu masuk campur. Dia buat-buat meniup seruling lagu Sudah Berlalu nyanyian Iwan Falls.
Tak nak tolong tak apalah, kata Panda Cinta sambil berlalu. Kini saya sedar buruk telah naik ke satu tahap lagi.
Kau tak boleh buat macam tu, dia sekarang fragile, ujar arnab si peniup seruling.
Saya mengesan sesuatu yang tak kena.
Namanya Yan Yan, ujar arnab si peniup seruling.
Apa yang menjadi masalahnya? tanya saya.
Terlalu tinggi komplikasinya. Malah jika dibandingkan masalah kau dengan Grand Duchess of FOC itu, ia seperti membandingkan profesor Ungku Aziz dan budak tadika. Masalah kau cuma kecil. Kau hanya perlu menjadi kaya, gaji 20K sebulan, berkereta import buatan Jepun, mempunyai rumah banglo, mempunyai paras rupa pan Asian, berbadan kental dan berpanjangan 7 inci. Selesaikan semua itu, selesai masalah kau...Tapi benda-benda itu takkan menyelesaikan masalah Panda Cinta.
Siapa Yan Yan? Tanya saya.
Ah, kau terlalu banyak bertanya, sambung arnab si peniup seruling. Taktik nak sambung ceritalah tu.
.
.
,
Bersambung
Kami turun di pelabuhan yang bernama Pelabuhan Sukacita. Adapun namanya diberi sedemikian rupa tidaklah menjadi ketahuan. Mungkinkah saya akan bersukacita tatkala berada di pelabuhan ini? Hanya saya yang tahu kerana saya yang menulis cerita ini. Kalian tidak tahu kerana bukan kalian yang menulisnya. Seperti cubaan Tok Rimau mewujudkan karakter arnab cinta yang pada hemat saya - amat lame kerana kita tahu arnab itu membunuh anaknya sendiri, maka mana datangnya cinta?
Kata Panda Cinta kita perlu segera bergegas.
Saya ikut sahaja walaupun objektif perjalanan masih samar. Jika saya dibawa oleh Panda Cinta untuk dirogol oleh Rusa buas pun, apa yang saya boleh buat? Cuma kalau benar-benar terjadi, saya berharap sangat agar Rusa tersebut "do me sweet and softly"
Oke, saya belum mahu menulis cerita porno haiwan.
Berbalik kepada Panda Cinta. Kami bergerak menuju ke sebuah pub. Jangan meletak hadis di dalam komen kerana jika haiwan boleh memakan makanan tidak disembelih (harimau) atau mencuri ikan (kucing), maka mereka sudah tentulah tidak bersalah berada di pub.
Saya memesan martini...okey, sekarang akan ada hadis di ruangan komen.
Kembali kepada Panda Cinta. Kami tidak ke pub. Ayat-ayat diatas sekadar mengganggugugat perasaan pembaca-pembaca muslim saya sahaja.
Adapun saya cuba mengusik perasaan-mahu-mengajak-saya-ke-arah-taubat kalian kerana teramatlah bosan berada di luar, di kaki lima sebuah bangunan bersama arnab si peniup seruling. Panda Cinta masuk seekor diri di dalam bangunan. Katanya kami berdua perlu menunggu di luar.
Setengah jam lamanya saya terpaksa mendengar pujuk rayu arnab si peniup seruling yang mengajak saya menjadi downline beliau untuk satu perniagaan MLM. Saya katakan tidak berminat dan dibalas dengan ayat seperti "mula-mula aku pun macam kau...", "hidup ini satu risiko...", "kau tak ada cita-cita tinggi ke?...", "bukan nak cakap apa, tapi income aku bulan-bulan..."
Ya, saya ada cita-cita. Cita-cita saya tidak merangkumi bergambar dengan kereta mewah dan memakai kot. Jikapun pendapatan bulanan saya mencecah RM20k sebulan, salahkah kalau saya masih menggunakan Kancil?
Cita-cita saya hanyalah mahu mencintai wanita.
Okey, itu absurd.
Kembali berserius.
Cita-cita saya ada beberapa.
Antara yang kuat sekarang ialah 1- mahu mengembara.
"Tak salah kalau sambil mengembara sambil buat 'bisnes' ini. Inilah masanya kita tolong 'orang-orang' kita". balas arnab si peniup seruling.
Di sini saya menjadi keliru.
Apa maksudnya 'orang-orang kita?'.
Saya berbangsa Melayu (okey, untuk kes klasik integrasi kaum dan bersifat global - saya berbangsa Malaysia) dan jelas sangat arnab si peniup seruling bukan berbangsa Melayu untuk mengeluarkan ayat merujuk sebagai "orang-orang kita..."
Tambahan, for fek sake, dia arnab dan saya orang okey! Apa kebarangkalian peratusannya saya dan dia masuk dalam kelompok yang sama 'hence': "orang-orang kita"
Penderitaan saya berakhir apabila Panda Cinta keluar dengan wajah yang cemas.
"Kita perlu cepat, masa sudah suntuk!!!"
.
.
.
Bersambung
