Archive for August, 2009
Jalan paling pantas untuk ke utara La La la dengan menaiki kapal. Kapal di sini merujuk kepada kapal. Bukan benda yang boleh terbang itu. Kapal. Kapal yang berada di dalam air. Walaupun semakin dalam kalian mengenali Alam La la la, anda akan tahu begitu banyak haiwan yang boleh terbang, tapi kami, hero dalam cerita ini, tetap menggunakan kapal laut, yang mana lebih lembab dari penggunaan haiwan terbang.
Perkhidmatan kapal ke Utara La la la adalah sebuah perkhidmatan kapal kos rendah yang menggunakan moto "sekarang semua boleh belayar", walaupun secara teknikalnya, tanpa perkidmatan kapal kos rendah ini pun semua masih boleh belayar dengan membuat bot sendiri.
Kapal tersebut (oh tuhan, belum habis lagi mengenai kapal?) dibahagikan kepada banyak bilik, memuatkan 6 penumpang (dalam kes kami, 5 penumpang kerana Panda Cinta sudah dikira 2 penumpang dalam satu badan).
Kami duduk sebilik dengan Kuda Belang Indie Rock dan Hamster Pembikin filem Indie.
Kuda Belang Indie Rock rupanya salah seorang ahli kugiran bernama "MUSTAJAB" dan bermain di posisi bass. (Tiba-tiba saya rindukan Pemain Bass Kuala Lipis, sejak kami tidak serumah, jarang kami berbual. Kalau berbual pun dia lebih menumpukan tentang isu-isu berkaitan Beeha).
Okey, MUSTAJAB akan bermain di sebuah gig di Utara La la la.
Hamster pembikin filem Indie pula seorang filmmaker yang passionate. Beliau juga teruja bila mengetahui saya datang dari alam manusia dan beria-ria bertanya tentang 2 idola beliau, Dean Sham dan Razaisyam. Saya mengatakan saya tidaklah kenal sangat dengan dua 'syam/sham' itu, hanya kenal melalui karya-karya mereka. Apapun saya jemput Hamster si pembikin filem indie untuk datang ke MASKARA SHORTIES pada 3 Oktober 2009 nanti. Beliau teruja dan akan datang untuk berkenalan dengan dua idolanya itu. Saya berdoa banyak-banyak agar beliau tidak dipijak orang semasa Maskara Shorties itu.
Kemudian saya memandang Panda Cinta. Saya tanyakan apa sebenarnya tujuan kita hendak ke Utara La la la.
Katanya, kau akan tahu lagi.
Ini bukan mengenai The Grand Duchess of FOC kan? Soal saya.
Alam semesta bukan berputar mengelilingi kau, katanya.
Ah, sudah pandai berlaku kerek.
Arnab si peniup seruling dari tadi tidur. Katanya mabuk laut.
Saya melemparkan pandangan ke luar tingkap, melihat laut yang menjauh, sejauh hati saya.
Itupun sekejap sahaja kerana selepas itu saya dipaksa menyanyikan lagu Seloka DI Hari Raya dengan iringan gitar kapok Kuda Belang Indie.
Celake.
.
.
.
Bersambung
Maskara adalah acara yang dianjurkan oleh Sindiket Sol-Jah di mana saya sebagai pengarah projeknya. Di sebalik title 'pengarah projek', terdapat 3 nama yang lebih naik setiap kali orang datang ke Maskara. Orang akan lebih bertumpu ke, 1- Sinaganaga, sebab karismatik beliau. 2- Tok Rimau kerana kehebatan PR beliau dan sudah tentu 3- pop ikon jiwa lepas remaja masakini, Pipiyapong.
Begitupun, tidak menjadi masalah bila saya menjadi anonymous di celah-celah manusia yang hadir di Maskara.
Namun saya tahu saya tidak anonymous hari itu untuk sepasang mata.
Hidup adalah sebuah siri rantaian adegan yang membawa dari titik A untuk ke titik B sebagai melengkapkan titik C. Begitulah seterusnya sehinggalah ke titik Z.
Titik A di sini adalah saya makan bihun seorang diri di satu sudut, masih anonymous dengan 2 dari 3 nama tadi menjadi tumpuan makwe.
Tiada makwe yang mahu memandang saya dengan perasaan.
Titik B di sini ialah saya usai makan bihun dan haus untuk meneguk air.
Perlahan tanpa sebarang perasaan saya menghampiri tong air, menadah cawan dan membiarkan air teh mengalir. Mungkin ada dewi yang tiba-tiba terbang di belakang saya dan mengangkat kepala saya ke depan dan melihat...
Sesusuk manusia yang saya tidak sangka akan hadir di situ.
Jika adegan itu mahu disertakan dengan muzik latar, ia akan bergema dengan gendang dan alunan orkestra yang bergetar-getar.
Atau, tiba-tiba tiada satu pun bunyi yang ada. Bunyi tiba-tiba mute.
Dan ada cahaya di hadapan saya.
Bila dewi, The Grand Duchess of FOC dengan pakaian berwarna putih dengan kepak bersinar-sinar berdiri di depan saya.
Mempersembahkan Farah Waheeda, The Grand Duchess of FOC, dewi yang memberi saya inspirasi dan dalam pada masa yang sama menghancurkan hati saya.
Saya tersenyum dan ketawa dan berlalu dari situ.
Dan 5 minit kemudian kami di bawah pokok bercerita tentang Amcorp Mall.
Dan iya, masa terhenti.
Dan situasi tidak pernah seindah ini.
Bila dewi berpakaian putih bersinar-sinar berlalu dari situ.
Maka saya kembali anonymous, tidak dipandang makwe, yang menjadi tidak mengapa kerana apa yang saya mahukan, hanya pandangan si dewi ini.
+++
"Ini artikel ke cerpen?" soal Panda Cinta membawa helaian print-out yang saya bawa. "Nak hantar ke Dewan Budaya?"
"Tak boleh ke?" soal saya.
"Tak ada budaya pun?" celah arnab si peniup seruling.
"Masalahnya nak kata laporan, macam cerpen, nak kata cerpen, tajuk laporan Maskara," kata Panda Cinta lagi. "Nak kata laporan, takde pun 4W+1H, Where, When, What, Who dan How"
"Ha, inilah Gonzo journalism, pernah dengar Hunter S. Thompson?" jawab saya.
Panda Cinta tidak membalas. Dia memandang saya lalu menyerahkan kembali print-out itu. Ah, tak pernah dengar la tu. Tahu nak baca Cecelia Ahern saja, apa barang.
"Good luck man!" katanya ringkas.
"Bukan kalau hantar ke Dewan Budaya kena tulis mengenai budaya?" tanya arnab si peniup seruling. Kami buat-buat tidak dengar dengan memasang mp3 telefon masing-masing dengan kuat.
GAMBAR ACARA: Saya tak kenal pun siapa mereka ini. Gambar terakhir untuk Beeha. Selamat menjamu selera. Untuk Jannah Raffali, anda hanya akan baca entri ini 6 bulan lagi, ketika berjaya mendapatkan koneksi internet. Huahuahua.
Sejak akhir-akhir ini saya begitu sibuk.
Seorang staff saya telah berhenti dan meninggalkan hampir kesemua kerjanya yang tidak siap sepenuhnya, membuatkan sata secara teknikal membuat kerja dua orang.
Tapi suatu hari pintu rumah saya di Ukay Perdana di ketuk oleh dua tetamu. Seorang memakai kot coklat berkotak dengan topi Sherlock Holmes dan menghisap paip, seorang lagi tak habis-habis dengan baju tanpa lengan jersi NBA dengan bling-bling di leher siap ada headphone di kepala. Belakang baju, ya, tertulis - Gangsta.
Apakejadah haiwan berbulu nak menyamar tapi pakai baju tak ada lengan?
Bebal si Panda ini sejauh awan.
Saya menggaru-garu kepala bila si Panda mengajak saya sekali lagi ke Alam La la la.
Saya memandang laptop di meja dengan YM masih menyala. Baru hendak memutar-mutar ayat manis pada gadis yang baru sahaja saya dapat YMnya melalui Facebook.
Panda Cinta mendesak agar saya ikut sekarang.
Saya tanya ke mana, dan buat apa?
Jawab Panda Cinta, ada kecemasan di Utara La la la.
Apa yang boleh saua buat?
Ada benda yang bakal mengajar kau di sana nanti, jawab Panda Cinta.
Dan...bermulalah kembara saya bersama Panda Cinta dan Arnab si Peniup Seruling ke Utara La la la.
Dan betul, saya jumpa sesuatu yang saya tidak sangka akan jumpa. (Sudah tentulah bukan Grand Duchess FOC sebab dia tinggal di Kota Sungai Long).
Bersambung pada hari Isnin
Di depan Dewa Cinta ada mesin seperti kalkulator. Setiap kali Dewa Cinta menekan nombor-nombor di situ, ada sekeping kertas yang akan keluar, seperti bil di restoran dengan bunyi krek! krek! krek!
"Kenapa mustahil? Kenapa nama Farah Waheeda itu mustahil?" soal saya.
"Pertama, dia adalah setiausaha agung Persatuan Fear Of Commintment Wilayah Selatan, Ingat, bukan cawangan Kampung Majidee, tapi peringkat Wilayah! Satu jawatan tertinggi, kira dia ini antara Grand Duchess untuk kelompok Fear Of Commitment," jawab Dewa Cinta. "Kedua, saya memasukkan calculation dalam mesin cinta, awak tiada peluang dari calculation itu."
Saya kaget. Dewa Cinta memberi saya helaian kiraan 'meter cinta'nya.
"Awak kekurangan banyak markah dalam kategori berikut; 1. Gaji, 2. Kerjaya, 3. Kereta, 4. Rumah, 5. Duit Simpanan, 6. Pakaian, 7. Rupa paras, 8. Bentuk tubuh, 9. Kata manis." terang Dewa Cinta.
Saya memeriksa calculation itu. Agak jauh tertinggal pemarkahan yang diberikan.
"Oleh itu, saya tidak boleh meneruskan langkah kedua, yakni menabur benih cinta di dalam hati perempuan yang awak namakan ini."
Saya memandang Dewa Cinta. "Bukankah awak Dewa Cinta? Yang sepatutnya itulah kerja awak, memastikan yang mustahil menjadi nyata? Yang sepatutnya menjadi kerja awak untuk membuang segala perkara yang menghalang perasaan antara kami berdua?"
"Tengok calculation tu,"
"Saya dah tengok, saya boleh baca dan kira sendiri, ini bukan soal calculation..."
"Ini soal calculation..."
Saya tergamam.
"calculation..." Dewa Cinta menunjukkan kertas di atas mejanya.
"Okey, okey, lupakan soal Farah Waheeda. Katakanlah saya meminta khidmat awak untuk menuai benih cinta pada mana-mana gadis..."
"Calculation..."
"Ha?"
"Awak kurang markah pada 9 kategori tadi. "
"Okey, fine, saya kurang markah untuk 9 kategori itu, tapi takkan awak tak boleh buat sesuatu dengan MARKAH yang ada?"
Dewa Cinta geleng. "Saya tak boleh match awak dengan sesiapa dengan markah yang sebegitu kurang..."
"Markah my ass..." marah saya sambil bangun. "Kata hebat sangat! Takkan masalah saya yang kecil ini pun tak boleh nak settle?"
"Ini pasal calculation..."
"Calculation calcium calcutta!" marah saya. "Susahlah nak hidup kalau bergantung pada risk calculation, bukan ke adakalanya kena ambil risk?"
"Calculation...secara teori..."
"Teori?"
"Kita mesti berteori sebelum membuat mana-mana keputusan. Segala keputusan mesti berlandaskan teori, rujukan, wikipedia, buku hasil tulisan-tulisan profesor, kertas kerja..."
Gampang apa ni?
"Jadi kalau 'teori' atau 'kata-kata profesor' itu bercanggah, kita tidak boleh mencubanya?"
"Nanti kita tidak dilihat pandai..."
Saya mengangkat jari tengah sambil mencarut dalam bahasa India, Cina dan Melayu sambil berlalu dari situ. Hati panas. Saya perlu cari Ribena dengan segera.
+++
Saya berdiri di depan Panda Cinta yang sedang bermain kad dengan arnab si peniup seruling dan Mondo Bongo.
"Eh, datang balik? Kenapa?" soal Panda Cinta tanpa memandang saya.
"Saya silap..."
"Ish, apa yang silapnya? Iyelah, kitakan tak tersohor, tak power, nama tak ada dalam novel cintaaaa..." Panda Cinta bersuara lagi.
Saya tahu Panda Cinta hanya mahu memulang paku buah keras. Saya tahu dalam hati dia gembira saya kembali. Saya tahu juga hanya Panda Cinta yang sesuai untuk saya mencari cinta. Biarpun gayanya tidak seperti lazim, tidak formal, tungganglanggang, tidak nampak ke-elitan, tidak seperti Dewa Cinta... tapi rasanya itulah yang paling sesuai untuk saya.
"Bersedia untuk pengembaraan cinta?" soal Panda Cinta.
Saya angguk.
"Kau mungkin akan terluka, kau mungkin akan kecewa, kau mungkin akan menulis sajak bertemu tuhan di entah mana tempat di dunia ini, kau mungkin akan cuba untuk tutup blog, kau mungkin akan ajak Sinaganaga untuk makan Indomee di DBP, kau mungkin akan menangis lagi, kau mungkin akan kehilangan lagi...jadi adakah kau bersedia?"
"I want to get hurt..." kata saya mengambil petikan dialog dalam filem Say Anything.
"Baik..." Panda Cinta bangun dan berdiri di depan saya.
"Mari, kita pergi ke cinta barumu..." ujarnya.
"Bring it onnnn" tempik arnab si peniup seruling tiba-tiba. Saya dan Panda Cinta pantas menyepaknya.
TAMAT
1. Saya berjaya membuat temujanji untuk bertemu Dewa Cinta, dijadualkan pada sekian-sekian waktu.
2. Saya terpaksa melalui ujian kesihatan kerana khuatir pembawa virus H1N1 sebelum memasuki premis pejabat Dewa Cinta.
3. Ruang menunggu adalah zon larangan merokok. Gampang punya peraturan.
4. Saya mesti memakai kasut dan berpakaian 'tuck in'. Kasihan melihat seorang jejaka ala Good Charlotte yang terpaksa 'tuck in' t-shirt beridentiti rock beliau.
5. Telefon bimbit mesti silence.
6. Dilarang mengambil gambar.
Demi cinta, saya gagahkan diri untuk melalui semua itu.
Pintu dibuka, seorang pari-pari betina melihat saya, menjemput saya untuk masuk ke dalam bilik Dewa Cinta, tanda giliran saya.
Cayalah!
Dewa Cinta seperti mana reputasinya, nampak begitu...err..bereputasi. Berkarisma. Begitu...err...tersohor. (bukan macam Panda Cinta).
Saya duduk di depan Dewa Cinta, sebuah meja besar memisahkan kami berdua. Dia menjenguk profil saya dan maklumat yang saya isi di dalam borang.
"Hmmm, 7 bekas kekasih...hmmm..." ngomelnya.
"Hmmmm..." semakin panjang 'hmmm'. Terasa itu adalah sebahagian dari ritual Dewa Cinta.
"Menarik kriteria yang kau tetapkan ini," ujar Dewa Cinta.
"Boleh ke?" soal saya.
"Kita kena tengok pada perkiraan nanti..." dahi Dewa Cinta berkerut. "Saya tertarik dengan kolum special request awak..."
Saya memandang Dewa Cinta.
Dewa Cinta memandang saya. "Awak minta sesuatu yang mustahil..."
Hati saya berdebar-debar.
Saya tahu apa yang saya tulis di kolum itu.
Satu nama;
"Farah Waheeda"
Hah, Bersambung pada tengah malam ini. Padan muka kamu semua! Hahaha!



