Archive for September, 2009
Tidak sedar syurga di tepi saya,
Tidak sedar syurga di depan saya,
Satu syurga sangat dekat,
Satu syurga jarang bertemu dan amat jauh,
Satu syurga bersuara petah
Satu syurga perlahan nadanya
Syurga yang satu sama seperti saya
Syurga yang lagi satu tinggi bedanya
Dua syurga di pelantar yang maju
lewat hingga tutup lampu
cerita 1001 cerita
tentang syurga ini dan syurga itu,
Malam itu tuah saya,
dua syurga bertemu muka,
dua syurga bersapa-sapa,
dua syurga memberi muka,
Satu syurga amat dekat,
Satu syurga amat jauh
.
.
.
Nazri M. Annuar
Ali Maju Ukay Perdana
Hari itu saya sedang menunggu isteri saya bersalin. Saya keluar hospital dan duduk di tepi jalan untuk menghisap rokok.
Belum pun sempat api mencucuh Sampoerna Hijau, saya terdengar suara;
"Yippa!"
Saya toleh kiri dan kanan.
Itu bukan suara Panda Cinta. Suara Panda Cinta lebih garau.
Suara ini suara gembira.
"Yippa!" sekali lagi suara itu menerjah gegendang telinga saya.
Saya pusing. Atas bawah depan belakang.
Terpandanglah saya sebutir asphalt sedang bersorak gembira, "Yippa!!!"
Saya kaget kerana kegembiraan apakah yang dialami oleh asphalt itu. Adakah jauh lebih gembira dari Pemain Bass Kuala Lipis yang kini di puncak asmaradana tujuh petala langit dewa dewi bintang lima bersama teman wanita barunya, yakni Miss X (untuk mengetahui cerita sebenar sila tanya Ely Stradust).
Kenapakah kau begitu gembira wahai Asphalt? tanya saya dalam keadaan gelisah kerana masih belum menyalakan rokok.
"Yippa!" Asphalt itu terus bersorak.
Adakah kegembiraan kamu itu satu rahsia yang tidak boleh dikongsi semesta? tanya saya lagi dalam keadaan separuh menggigil kerana tiba-tiba mahu menahan kencing.
"Gembiralah, kerana semesta dicipta untuk menjadi taman bahagia!" ucap Asphalt yang ceria.
Tapi, tanya saya dalam keadaan mencangkung, bagaimana kamu boleh terus ceria lantaran hidup kamu sentiasa di bawah, di gilis roda, dipijak kaki, di sapu, di tendang dan diperkotak-katikkan?
"Maka apakah itu tandanya kita tidak boleh bergembira? Adakah kerana setiap masa dihimpit sengsara, menjadi dosa untuk saya gembira? Jika demikian, pohon saya kepada tuhan agar ditarik kembali rasa gembira kerana ia nyata tidak berguna buat umat manusia yang selalu lebih suka memikirkan hal-hal sengsara dirinya,"
Saya terdiam dan tiba-tiba bermuhasabah diri. Saya terlalu fokus bermuhasabah diri sehingga tidak sedar sudah terkencing di dalam seluar.
Asphalt terus Yippa
Saya pula harus segera pulang ke rumah untuk menukar seluar sebelum isteri saya melahirkan anak kami. Tidak pernah dibuat umat, seorang ayah mengazankan anaknya dalam keadaan seluar basah dengan air kencing.
Yippa!
Sajak ini pertama saya draf untuk bekas makwe saya Farah Waheeda setahun yang lalu. Disiapkan dengan sedikit perubahan ketika saya bacakan untuk majlis perasmian buku sajak Mimi Morticia dengan tajuk "Sajak-Sajak Pemujaan Mimi Morticia".
Saya fikir nama-nama dibelakang tajuk boleh saya gantikan untuk pelbagai acara - contohnya untuk pelancaran buku/filem/pameran - Shaira (Amira), Alina (Abdullah), Fazleena (Hishamuddin), Dilla (raden), Ana atau Jannah (Raffali), Nani (Allen), Taf (Teh), atau...atau...atau....
Sajak ini saya tulis untuk gadis seterusnya yang bakal saya puja.
SAJAK-SAJAK PEMUJAAN WANITA
I
Prosa ini untuk gadis
Yang terang
Yang malang
Yang dicumbui cinta
Yang menjadi pecinta
La vi an rose
II
Umpama Venus
Umpama Aphrodite
Umpama Atia Balba
Umpama Helena
Umpama Diana
Umpama Athena
Umpama Audrey
Umpama Dewi
Umpama _______,
Kaulah Rom
Keagungan eterniti
Yang menikam belakangku
Kaulah Babylon
Pintu tuhanku
Yang mahu mengkhianatiku
Kaulah Parsi
Kawanku yang damai
Yang mahu menentangku
Kaulah Greek
Mahsyur dan agung
Yang mahu meracunku
III
Datang bersama burung Kasturi
Kucing-kucing terbang
Datang dengan arnab-arnab
Membawa sihir ke alam ini
Datang bersama nuri bistari
Terbang mencuri hati
Datang gerombolan rusa Nani
Hinggap mencari-cari
Datang bersama pari-pari
sayap putih menari-nari
Datang umpama _________,
IV
Kalau malam itu indah
Malam itu hadiah untukmu
Tujuh laut menjadi milikmu
Biarkau puas mandi buat seri cantikmu
Phobos dan deimos kudekatkan
agar menjadi taman harfiahmu
Rimba benua kudekatkan
menjadi rantai leher polosmu
Oh ______________,
Kalau bergendanglah palu perang
Untuk kuroboh tembok besarmu
Atau bila ku bariskan busur
Biar kau jatuh satu persatu
Oh ___________ ,
Kalau bergendanglah palu perang
Untuk kau runtuhkan tembok egoku
Biarku melutut satu persatu
IV
Ku datang menyembahmu
_______, __________, ________,
Ku datang menyeru jiwa roh mu
_______, __________, ________,
Ku datang menjadi hambamu
_______, ________, _______,
Ku datang untuk dihancurkan kamu
__________ , _______ , ________ ,
V
Kamu Infiniti
.
.
.
atau sehingga saya bertemu yang lebih bagus
Pertama,
Sepanjang raya di kampung, not a single question mengenai "bila nak kahwin?"
Okey, sepatutnya ia buat saya gembira bukan?
Ramai orang yang belum berkahwin depress dengan soalan itu bukan?
Tapi saya langsung tidak ditanya soalan tersebut.
what the hell man. Mana infamous, the million dollar question yang sepatutnya ditanya oleh mak, abah dan sanak saudara?
TIADA.
Saya rindukan soalan itu.
Mungkin masing-masing sibuk dengan persiapan majlis kahwin adik saya sampai terlupa si abangnya belum lagi. Hello! Hello! Saya masih belum ada bini. No, wallpaper laptop saya itu bukan bini saya. Walaupun ya, ada secebis hasrat mahu menjadikan Audrey Tautou sebagai pasangan hidup. Tapi komplikasinya banyak. Antara sebabnya saya tak punya cukup wang nak ke Perancis. Satu lagi saya tidak pandai berbahasa Perancis, tidak seperti Mimi Morticia dan Sufian Abas. Mereka flirting pun dalam bahasa Perancis. Mana mau celen?
Tamat cerita soalan kahwin. Saya harap semasa majlis kahwin adik saya nanti akan bertubi-tubi soalan itu datang menyerang saya supaya boleh saya jawab, "Amelie belum bersedia makcik,"
+++
Seluar jeans adalah ciptaan untuk bergaya. Bila ia dicipta untuk bergaya, maka fungsi dan keberkesanannya menjadi kurang demi memenuhi tuntutan gaya. Semakin berjaya pakaian itu, semakin merapu fungsi yang lekat padanya. Setuju?
Salah satu fungsi yang bangang dalam seluar jeans adalah poketnya yang sempit. Ini memjawab kenapa sebenarnya mengapa saya lebih suka seluar kargo.
Tapi tak rock la pakai kargo. Lainlah Pemain Bass Kuala Lipis. Beliau mementingkan imej rock. Tolak tepi kesenangan hidup janji imej rock maintain. Itupun sekarang sudah tak berapa rock setelah hangat bercinta. Dengan siapa beliau bercinta? Ha, mari saya dedahkan eksklusif untuk pembaca dunia vovin. Nama makwenya bermula huruf 'X'. Ya, mungkin, mungkin Xena The Warrior Princess. Atau adakah nama makwenya Xharifah? atau Xosmah? atau Xalimah? atau Xana Xistina?
Hanya tuhan sekalian alam sahaja yang tahu.
Kembali kepada perihal seluar jeans.
Kenapa dengan seluar jeans?
Kita tunggu episod akan datang.
Ah bi bak.
Kesempatan pulang ke Ipoh saya gunakan sepenuhnya dengan memakan lemang, ketupat, nasi impit (ye ke ejaannya) serta bertemu sanak saudara sambil menyanyi lagu raya di depan rumah. Yang tiada cuma adegan mengacau dodol kerana itu hanya untuk siaran program raya tv Malaysia. Sumpah saya belum pernah melihat dodol sekawah besar dikacau orang kampung sepanjang saya hidup sebagai orang melayu yang menyambut raya.
Kesempatan ini juga saya gunakan untuk bertemu kawan baik saya, yang selalu tiada di Malaysia kerana menjadi Superhero di negara orang. Tidak perlulah saya memberitahu nama penuhnya, cukup sekadar nama superheronya iaitu Aquaman.
Kalian sudah tentu heran bagaimana saya boleh berkawan, sejak kecil dengan seorang Superhero. Itu tidaklah mengejutkan kerana manusia sehandal saya memang hanya layak berkawan dengan insan terpilih. Sudahlah digilai ramai perempuan, menjadi bahan hasad dengki lelaki dek kerana kehandalan saya. Kini satu lagi rahsia hidup saya kalian tahu yakni mempunyai kawan superhero.
Ini kali pertama beliau beraya di Ipoh bersama keluarga tersayang kerana sebelum ini selalu berada di luar negara bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Aquaman.
Kalian tentu ingat saya hendak bertanyakan tentang pengalamannya di negara orang. Oh, itu tidak perlu lagi kerana saya sering mengikut perkembangan hidupnya setiap bulan menerusi komik Aquaman kerana komik tersebut sama seperti entri-entri dunia vovin - yakni - apa yang anda baca, itulah yang benar-benar berlaku. (kalian harus percaya selepas ini entri saya perihal meniduri Selma Blair - ah, lelaki hebat seperti saya...cemburukan kalian?)
Aquaman dan saya duduk melepak di sebuah pub sambil menonton lintas langsung perlawanan bolasepak antara kelab handalan Manchester United dan kelab berpura handal yakni Manchester City. Sambil meneguk beer sepam dua, kami bercerita tentang hidup.
Times flies, kata saya. Serasa baru semalam kami kecil bersama. Sama-sama pergi sekolah, sama-sama di rotan guru. Kini beliau...Aquaman dan saya pula menjadi lelaki handalan pujaan hampir semua wanita kecuali yang kurang berbakat.
Aquaman kemudian bersuara, menyatakan dia sedikit cemburu melihat saya hidup gembira dan buat apa yang saya suka. Ya, walaupun dari segi kewangannya, gaji seorang superhero tiada dapat saya tandingi (dibayar dengan USD okay!) tetapi saya akui, saya gembira kerana saya mampu buat apa yang saya suka. Saya bekerja dalam lapangan yang saya suka. Saya membuat event yang saya suka. Saya membuat banyak benda yang saya suka termasuk meniduri ramai wanita termasuk ada antaranya yang masih dara.
Pub tersebut menjadi tak tentu arah tatkala Micheal Owen menjaringkan gol. Saya melihat seorang lelaki memakai jersi Liverpool menembak dirinya sendiri kerana terlalu marahkan pengadil perlawanan. Saya sekadar menggelengkan kepala melihat kurangnya akal menyokong kelab bola tersebut.
Kami terus berbual sebelum saya beredar kerana Pub tersebut diserang oleh Alien Baltan dan membunuh 3 orang makwe. Salah seorangnya pernah menghamilkan anak saya.
Untuk Aquaman, saya doakan beliau akan terus berjaya dalam kerjayanya.
Saya pulang sambil membalas sms 7 orang makwe yang masih terus menagih cinta seksual saya.
+++
Entri di atas adalah kisah benar, seperti entri-entri sebelum ini. Saya tak pernah menipu dalam menulis entri.
