ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for September, 2009

dsc_2574Damia Aqila, Baby Rina dan Ana Faqeeza. Anak-anak adik saya.

- Pertama kali saya balik pada malam raya. (mungkin tidak sedramatik Pierre Andre)

- Pertama kali adik saya Liyana tidak beraya bersama kerana mengikut suami.

- 20 September (Raya Pertama) - ada sesuatu yang sepatutnya mengubah hidup saya.

- Tarikh ini sepatutnya saya sudah jadi laki orang. Sepatutnya saya berada bukan di Bandar Seri Iskandar pada hari raya ini dan hidup saya melencong ke satu dunia yang baru.

- Dan jika perancangan itu terjadi, saya boleh berbisik, "peh, tak sangka kahwin juga aku ni".

- Tapi semua itu tidak menjadi dan saya masih pulang memandu sendirian sambil terlalak di dalam kereta sepanjang highway menyanyi lagu-lagu ciptaan Eddie Vedder.

- Dan saya masih tiada isteri pada hari raya pertama, kontradik dengan apa yang saya fikirkan awal tahun ini.

- Tidak, saya bukan bermelankolik, cuma terhibur dengan kebarangkalian-kebarangkalian pentas hidup.

- Bijak sungguh orang tua yang mencipta ayat "manusia hanya mampu merancang..."

- Saya fikir tidaklah menyedihkan, kerana sudah tentu ada sebabnya si gadis itu tidak mahu berkahwin dengan saya. Mungkin rezekinya saya akan berhari raya pada tahun-tahun mendatang bersama seorang perempuan yang jauh lebih baik dari yang sepatutnya bersama saya tahun ini.

- Selamat hari raya kepada pembaca saya.

+++

Pulang ke Bandar Seri Iskandar memberi peluang saya menjenguk ruang hutan tempat pertama kali saya bertemu dengan Panda Cinta dan Arnab Si Peniup Seruling.

Sempat saya melawat rumah terbuka Panda Cinta di kampung.

Dalam satu kesempatan, Panda Cinta menghulurkan tangan dan bersuara memohon maaf sempena Aidilfitri. Katanya dia mahu memohon maaf kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya memberikan saya cinta.

Saya tersenyum dan memeluk Panda Cinta. Kata saya, tidak mengapa.

Panda Cinta berjanji akan mempertemukan saya dengan seseorang, yang paling sempurna di mata saya. Jauh lebih sempurna dari yang sebelum-sebelum.

Saya terus senyum dan katakan kepadanya, no pressure, kau sudah buat yang terbaik dan sekurang-kurangnya kita mengharungi hidup yang cukup gembira.

Panda Cinta angguk dan menghulurkan lemang.

Arnad Si peniup seruling yang dari tadi duduk di sebelah kami tiba-tiba memeluk saya dan Panda Cinta sambil terdengar bunyi hiba. Airmatanya mengalir.

"Sungguh terkesan ayat Panda Cinta ini ya?" soal saya pada Arnab Si Peniup Seruling.

"Hah? Bukan, aku sedih tengok drama kat TV tu, cerita anak derhaka tak pulang beraya"

Ceh

Masalah yang timbul saya sudah jangka, walaupun sebelum ini berdoa ia tidak saya jumpa. (selain masalah mahu mengorek duit tentang kos produksi yang meningkat).

Perkataan "HD" itu sudah boleh jadi satu gambar kebarangkalian horror yang bakal saya jumpa.

Semua rakaman Ana (singkatan My Perfect Ana) saya pindahkan melalui Premiere. Seperti yang saya jangka, ada masalah dengan 'capturing'. Video saya jadi sangkut-sangkut. Ini pernah berlaku semasa pemindahan My alien Girlfriend dahulu. Masalahnya - saya lupa bagaimana saya selesaikannya. Hahahaha.

Ada satu cara selesai. Menggunakan 'third party software' bernama HDsplit. Tapi saya ingat masalah dengan hdsplit, setiap kali saya mengedit, ada error dan premiere tutup tiba-tiba atau crash.

Kalau saya troubleshoot masalah ini jawapannya senang saya - Windows. Kalau Mac mungkin sekarang sudah bersiul sambil ambil take mana yang saya hendak.

Ada jawapan lain - saya sendiri yang bangang. Kurangnya ilmu dalam hal ehwal editing video ini menyumbang peratusan kepada masalah utama di atas. Mungkin rakan-rakan yang kerjanya mengedit video sudah spot on nampak cara selesainya. Umpama seorang tukang masak tahu cukup atau kurang gula dengan melihat makanan itu sendiri (gamaknya). Setakat ini baru tanya seorang teman yang kerjanya mengedit video untuk Leo Burnett. Tapi end up saya mendengar kisah-kisah sedih beliau tatkala mengedit. Saya sekadar angguk dalam keharuan. Tidak sedar air mata menitis mendengar kisah beliau.

Tapi saya bukan video editor, saya cuma book editor.

Okey, dalam pemindahan yang belum sempurna ini, saya kesan beberapa lagi benda yang bakal menggoncang jiwa raga saya.

Satu, ada beberapa adegan white balance hancur. Orang jadi Barney. melainkan saya memang menulis latar ceritanya di sebuah planet asing di mana makhluknya berwarna warna pink. Apakejadah? Saya membayangkan bagaimana tekunnya nanti saya mengadjust warna-warna dalam adegan itu.

Kedua, ada continuity lari. Muahahaha. Okey, saya sudah nampak bagaimana hendak saya selesaikan masalah ini tanpa mencacatkan visi saya.

Ketiga, ada satu 'good take' saya di mana baru perasan ada bayang boom. Cayalah!

Video belum sepenuhnya dipindahkan dan saya sudah nampak 3 masalah. Berapa lagi masalah yang bakal saya jumpa setelah usai?

Ayuh kita tunggu dalam debaran.

My Perfect Ana ternyata memberikan satu level baru dalam cabaran hidup saya. Kalau berjaya melepasinya, setakat backpack Indonesia itu apalah sangat.

Caiyok Caiyok

Tajuk asal Lost, kemudian saya letak My Perfect Ana. Saya belum pasti tajuk konkrit. Mungkin akan kekalkan.

Penggambaran selesai semalam. Bersama sekumpulan krew yang cukup komited.

Terima kasih kepada krew saya. Sungguhpun tidak bergaji, tapi usaha masing-masing cukup mengharukan.

ana02

ana03

ana10

Sekarang saya akan melalui proses rungsing mengeskport video HD ke dalam laptop buruk, maki hamun kerana crash 3 kali, restart laptop berjuta kali dan apa sahaja cabaran sepanjang editing.

Terima kasih semua. Lebih banyak gambar di facebook.

My Perfect Ana.

Tak la juga reviu. Sekadar satu dua pendapat.

- Pertama saya tidak percaya kepada award walau seindie mana, seseni mana award itu. Award tetap award, di mana pemilihannya berdasarkan citarasa beberapa kepala dan kerap menjadi isu bangkangan orang yang tidak bersetuju. Amatlah rare sesuatu award itu di mana satu dunia bersetuju dengan penganugerahannya. (Jika My Alien Girlfriend menang award, saya sendiri menjadi orang pertama yang tidak setuju, haha).

- Soal teknikaliti dan falsafah sudah dimuatkan oleh ramai blogger termasuk anwardi Jamil, Fadz, Ajami dan ramai lagi. Kurang lebih, point saya untuk angle itu agak sama, jadi redundant sahaja.

- Saya sentuh isu Papadom menang award. Di sini memang saya tahu sedikit sebanyak Fadz akan terasa, tambah pula kebelakangan ini beliau banyak terasa hati dengan saya. Tidak sengaja mungkin, beban kerja melampau dan beberapa isu membuatkan saya mengabaikan beliau, laksana seorang ayah...mengabaikan anaknya...awww. Nanti saya belanja dia tengok wayang (lantas melangsaikan hutang wayang saya dengan dia harap dia minat tengok Chick-Flick :P )

- Okey, tolak tepi itu, komentar saya bersifat umum, bukan mengherdik sesiapa. Maka harap dapat kita menilai dengan rasional.

- Kembali soal award.

- Sukar hendak saya katakan sama ada Papadom memang betul-betul layak menang award Filem terbaik kerana ada filem yang bersaing untuk kategori itu saya tiada kesempatan untuk menontonnya. Maka tidak adil untuk membuat perbandingan.

- Namun...

- Saya percaya isu adakah layak Papadom ini kerana Papadom adalah sebuah filem komedi ringan (saya anggap komedi ringan kontradik dengan marketing trick yang cuba diusahakan oleh Afdlin dan TUSB).

- Menghormati pandangan Ajami, saya bertanya - adakah feel good movie ala Disney tidak layak dinobat terbaik walaupun sudah dibikin lengkap dengan formula untuk menang anugerah? (Walaupun ya, saya setuju dengan Ajami Papadom sebuah filem ala Disney, malah saya mahu saya berteriak kepada exec Disney supaya mengambil Afdlin bekerja dengan mereka kerana Papadom, walaupun 'Disney', jauh lebih baik dari filem-filem Disney yang lain).

- Kemudian saya terfikir, adakah penganugerahan terbaik itu mesti diberikan kepada tema-tema thought-provoking? Adakah tema gay sahaja yang layak menang? Adakah tema sensitiviti agama sahaja yang layak menang? Adakah tema manusia terencat akal struggle dengan dunia sahaja layak menang? Adakah tema drug abuse sahaja yang layak menang? Adakah tema politikal sahaja yang layak menang?

- Adakah tema yang cukup simple, sebagai contoh seorang lelaki dan seorang perempuan berkenalan dan bercinta, dan sepanjang percintaan tiada soal terencat akal, soal dadah, soal politik, soal agama tetapi digarap dengan baik dan kemas tidak layak menang? Jika ada komentar memberitahu, boleh, dan pernah ada, maka saya fikir, Papadom bukan yang pertama maka kenapa seharusnya dipersoal? (walaupun sebenarnya itu hak peribadi untuk melontar pendapatnya). Eh, contoh di atas sama seperti filem Cinta...so..kenapa...errr...

- Isu teknikaliti yang mengakibatkan Papadom dikatakan tidak layak? Beberapa filem sebelum ini juga ada silapnya di situ. Malah (okey, saya pakai baju kalis peluru sekarang) bukankah filem Yasmin Ahmad juga boleh jatuh dalam persoalan ini? Takkanlah kerana sifatnya indie maka isu teknikaliti ini kita tutup mata tetapi kemudian play hard dengan Afdlin?

- Saya serius dalam point di atas bilamana sudah ternampak trend 'kemaafan' apabila filem itu 'Indie' tetapi 'tiada ruang buat silap' bila filem itu dibikin komersial apabila satu aspek yang sama disentuh dan dibandingkan.

- Papadom, bagi saya cukup sifat ceritanya. 1st act, 2nd act dan 3rd act. Papadom ada falsafah yang hendak disampaikan. Papadom cukup teknikalnya. Papadom sudah beri yang terbaik.

- Namun nak tak nak memang saya rungsing dengan pengakhiran Papadom yang tergesa-gesa. Namun pendapat umum saya sama seperti saya rungsing dengan pengakhiran Sepet, tetapi tetap juga saya nobatkan kedua-duanya layak menjadi terbaik.

- Papadom mungkin forgettable, tidak seperti Sepet. Sebuah tema yang ringan memang selalu mudah dilupakan. Lumrahnya yang ringan mudah dipandang enteng, walaupun sebenarnya yang ringan itu lebih dekat dengan manusia amnya. Tapi filem Cinta pun forgettable. Okey, selain dari tema cerita crossover, apa yang utmost memorable?

- Untuk rakan-rakan yang tidak sependapat, lontaran saya tidak bermaksud peribadi, sekadar memberi satu dua cubitan secara am. Hoho.

- Untuk Afdlin, anda layak menang dan sedangkan tuhan itu sendiri ada orang yang tidak setuju dengan agama yang diturunkannya, maka anda sebagai manusia biasa, golongan yang tidak bersetuju dengan anda itu adalah normal. Harus saya terangkan analogi saya tidak bermaksud menyamakan Afdlin dengan tuhan sebelum beratus hadis jatuh ke dalam kotak komen. Saya berfikir panjang sebelum menulis perenggan ini dan harap dapat menilai dari semua sisi.

- Papadom sebuah persembahan yang baik, walaupun saya percaya Afdlin boleh buat yang lebih baik lagi.

Nota:

1. Liyana Jasmay layak menang. Period.

2. "Jangan terlalu emosi dengan tanah" masuk dalam quote sepanjang zaman saya. Terbaik.

3. Wajib Tayang mengingatkan sayapada Bin Filem. Filem Eksistensial Sial mengingatkan saya pada karya-karya Bin Filem.

4. Seni tidak semestinya kena depress. Sekurang-kurangnya itu pandangan naif saya. Saya mahu bergembira dan mahu karya seni saya gembira.

5. Terima kasih kerana membaca reviu saya.

6. Sinikal Afdlin menjawab komentar Fadz di ruang Ajami, memetik kata Yasmin, kurang lebih begini, "saya menjawab komen-komen kerana hak saya mempertahankan karya saya..." maka, mungkin itulah yang Afdlin buat.

6. Sekali lagi kepada Fadz, reviu ini umum, saya tak attack anda. Cuma masalahnya memang kita selalu berbeda pendapat.

Hatiku benar merinduimu

Saat kau hadir sudah menjadi nostalgia

Waktu kita beradu menikmati cinta

Ohhh, ku kenang

Masih sahaja dirimu hadir

Buat penyeri hidupku

Tapi apakan daya

Dirimu tidak mahu datang

Entah apa yang kau rajukkan

Sampai ku panggil, ku seru, ku pikat

Tidak juga sampai-sampai

Lantas,

Kau biarkan diriku bersawang, menjadi diam

Dan mereka terus menekan mendapat benda yang sama

Ku rindukanmu

Wahai ilham...

.

.

.

Nazri M. Annuar

Sisir Mordor, Tahun 4 bulan lapan belas.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.