Archive for September, 2009
Ini bukan Panda Cinta. Dia tidak bergerak jauh. Ini cuma jalan tar di Empangan Batu di jalan menghala ke Ulu Yam.
Pernah tengok Amelie?
Dalam satu sub-plot, Amelie telah mencuri gnome taman ayahnya, memberikan kepada seorang pramugari. Tugas pramugari itu adalah meletakkan gnome itu di monumen-monumen dunia, mengambil gambarnya dan pos ke peti surat ayah Amelie.
Alangkah comelnya jika anak saya mencuri panda di atas dan membiarkan Panda itu mengembara seperti gnome itu.
Tapi, taktik itu tidak berkesan buat saya, kerna saya sudah tahu.
Tapi saya buat-buat tertanya-tanya di mana gerangannya Panda itu. Dan buat-buat tertanya-tanya bagaimana Panda itu boleh mengembara. Biarkan si anak saya tersenyum girang kerana dapat mengenakan saya.
Oh, sebelum ada anak mesti ada emaknya.
Siapa mahu jadi emaknya?
Panda Cinta bersiul memandang tempat lain tatkala saya bertanyakan soalan itu.
"Gua bukan psikik, bukan Nostradamus, nak tahu masa depan," balas Panda Cinta.
Celaka punya jawapan.
Panda Cinta ajak saya ke siniĀ :P
Saya tanya bila?
Dia kata bila-bila, boleh melawat saudara maranya yang berada berdekatan.
Saya kata okey sahaja.
Panda Cinta teruja sampai peluk saya. Dia jantan.
Doakan saya berjaya.
Dan satu langkah besar ke arah itu telah saya laksanakan...
Exciting prospect! Panda Cinta pun asyik senyum-senyum. Ada apa-apa ke?
Hajat mahu mencari Pelangi,
Buat pengisi di dalam hati,
Mahu kususun warna-warni
Di dalam kanvas realiti
.
Kalau ku tanya di mana Pelangi,
Kenapa dia tak muncul lagi,
Kalau mahu aku berlari,
Mencari erti di waktu pagi,
.
Di mana kau sorokkan Pelangi?
Kenapa mudah kau patahkan hati,
Ku capai dan capai lagi,
Rupanya Pelangi dekat di dalam hati
.
.
Nazri M. Annuar
Phobos, hari ke lima puluh enam, pusingan 3, (1 September 2009)


