ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for October, 2009

Dalam entri-entri terdahulu, saya sering tekankan betapa tidak efisyen khidmat Panda Cinta.

Untuk khidmat yang lebih terjamin pulangannya, bertemulah dengan Dewa Cinta.

Tapi birokrasi dan follow by the book (seperti pengalaman saya bertemu Dewa Cinta tidak lama dulu) telah memberi satu dua input berguna.

Dan nyata kesabaran bersama Panda Cinta membuahkan hasil.

Laksana sekarang saya sedang menuai hasil tanaman beberapa purnama yang lalu.

Bilamana berkat kerja kuat Panda Cinta saya berhasil menemukan kembali dengan sesuatu yang telah hilan di masa silam.

Dan...

Sesuatu yang mungkin menjanjikan sesuatu di masa depan.

Dengan sms, "wanna watch Micheal Jackson in cinema?"

Saya kurang anticipate dengan huha filem yang sedang hot sekarang, tentang, khabarnya mengenai Micheal Jackson.

Tapi bila prospek yang mengajak...

"Layankan saja..." bak kata arnab si peniup seruling. "Agak-agak dalam movie tu ada lagu Fernando tak?" soal arnab si peniup seruling lagi.

Saya diam dalam kehibaan tidak sampai hati hendak memberitahu "Fernando" adalah lagu Abba, bukan Micheal Jackson.

Like, almost magical.

Telinga bingit dengan deruan mekanikal, sorakan. Decibel dari tekak A tak sampai ke telinga B.

Namun mungkin ada keyword - connected.

"Miss, would you like to buy some coupon?" ask the boy.

Oh yeah. Boy meets girl, in extraordinary weird circumstances.

Dan Panda Cinta menari-nari tarian yang menjengkelkan.

Mungkin kerana bingit yang melampaui batas, the girl ingat saya menjual Bourbon.

Dia pergi ke kiri, saya beredar ke kanan.

Connected bila saya kata saya terserempak dengan dia kembali.

Dan siapa kata "what time is it" adalah ayat yang lame?

Seterusnya, saya mendapat satu tiket untuk ke syurga.

Doa saya - dia bukan Grand Duchess of Fear of Commitment cawangan Sepang, sebab nampaknya, saya seharusnya bersyukur jika dia adalah most annoying women ever, kerana nampaknya ia lebih baik dari menjadi Grand Duchess FOC.

Untuk Bart - at least your girlfriend giving you her soul to you despite whatever she is. The annoyance is treatable and it quite fun sometimes. Seperti kata pepatah, madu dan racun. Fear of Commitment - no cure for it. Believe it as i experienced it first class. It will stay forever for some point of regret.

Hope that women i met could give her soul to me as i will absolutely give mine.

Sorry for the rojakness, feel bercakap dengan mat salleh sepanjang dua hari di Sepang masih belum pudar.

Satu kelemahan saya (ya, sekali lagi saya cerita tentang kelemahan saya) ialah tidak menepati masa.

Makwe-makwe saya pernah mengalaminya.

Saya pernah lewat sehingga terlepas menonton wayang ketika bercinta dengan seorang gadis manis yang kini jadi ibu kepada bayi comel.

Tanyakan kepada Fazleena si rupawan yang digilai oleh...ehem..tentang bagaimana dia berdiri lama di pintu guard rumah menanti saya.

Ah, malah saya pernah lewat masuk meeting yang dihadiri oleh pengarah dan pengurus besar syarikat saya bekerja.

Maka hari itu, ketika mahu bertemu Grand Duchess of Fear of Commitment, saya lewat lagi.

Ketika lewat masuk ke lebuhraya Duke, saya sudah terlewat 30 minit. Dia sudah call dan sms.

Kemudian saya memandang meter minyak yang sudah menyala.

Meter minyak itu sudah menyala sejak 4 hari yang lepas.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, 4 hari yang lepas.

Dan saya tahu secara matematiknya, jika saya singgah ke stesen minyak, sebanyak 10 minit lagi diperlukan untuk kegiatan pengisian minyak secara intensif itu.

30 minit campur 10 minit = saya bakal lewat 40 minit.

Tak bagus untuk personaliti.

Maka saya abaikan perasaan dan meredah lebuh raya Duke.

Kurang satu kilometer hendak sampai destinasi, zasss, kereta tersenguk-senguk dan...

Saya melakukan kegiatan berjalan kaki menuju ke Aicu Wangsa Maju, di mana Grand Duchess sudah menunggu.

Dan apa yang telah saya ceritakan dalam entri lepas berlaku.

Kemudian saya meminta dia membawa saya ke stesen minyak untuk membeli sedikit minyak.

Sesampai di stesen minyak, saya sedar diri ini serba kekurangan terutamanya botol untuk mengisi minyak. Saya tanyakan kepada warga Bangladesh yang berada di dalam kotak kaunter bayaran di mana saya boleh mendapatkan botol. Dia ragu-ragu untuk memberikan jawapan.

Saya mencuba nasib menyeluk tong sampah berdekatan dan berhasil menjumpai botol mineral kecil sebagai bahan takungan minyak yang saya beli sebanyak RM1.

Grand Duchess membawa saya ke kereta dan minyak di isi.

Hati saya lega dan Grand Duchess berlalu bersama kereta mewahnya yang saya yakin takkan saya miliki dek kerana malasnya saya hendak bekerja keras melainkan saya bercinta dengannya tetapi dia pula...Grand Duchess of...

Maka saya memandu Kancil saya pergi semula ke stesen minyak tersebut untuk membuat aktiviti pengisian penuh tangki yang kosong.

Saya ke kotak kaunter, bertemu semula dengan warga Bangladesh itu dan pantas mengeluarkan wang memberikan kepadanya sambil dengan gaya separa kacak bersuara, "Lima Puluh".

Warga Bangladesh kaget, banyak kemungkinan bermain di fikirannya. Adakah ini sebahagian dari plot rancangan Bang Bang Boom? Atau mungkin beliau sedang diuji tuhan yang mahu tahu setinggi mana imannya? Atau ini adalah pentas realiti kehidupan di perantauan?

Ini kerana tanpa sedar, saya menyeluk dompet dan memberikan kepadanya sekeping not tertulis DUA RIBU RUPIAH, baki duit Indonesia yang saya tukar ketika hendak berpoya-poya secara berhemah di Bali tempoh hari.

"Err, duit ni tak boleh pakai encik," jawabnya dengan penuh rasa takwa atas keharmonian malam yang menderu-deru.

Saya memandang not yang dipulangkan dengan perasaan bercampur-campur. Pantas saya keluarkan not yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan menyerahkan kepada beliau.

Pengisian minyak berjaya dilaksanakan dan not DUA RIBU RUPIAH itu kekal di dalam dompet saya.

Kancil saya membelah kepekatan malam sambil saya berterusan menghisap rokok.

TAMAT

Saya berada di atas awan, bersama Panda Cinta. Arnab si peniup seruling entah ke mana. Katanya ada urusan memperbahrui lesen memandu walaupun saya sekalipun tidak pernah melihat dia memandu.

Di depan saya tersusun gugusan awan kecil untuk saya pijak dan berjalan, di mana di hujung sana berdiri seorang gadis yang amat saya kenali. Tersemat Shawl Bali di tubuhnya memandang saya sambil tersenyum.

Perlahan-lahan saya melangkah memijak satu per satu gugusan awan kecil itu hingga sampai ke gugusan yang terakhir,  betul-betul di hadapan gadis itu yang memijak awan besar.

"Hai," ucap gadis itu memegang Shawl pemberian saya.

"Hai," jawab saya.

Saya melangkah cuba untuk memijak awan besar tempat gadis itu berdiri, tapi...

TAPPP!!!

Aduh!!! Saya mengaduh. Seakan ada satu dinding halimunan yang menghalang. Saya tidak dapat menyentuh si gadis itu.

"Belum masanya," ujarnya.

"Bila?" soal saya.

Dia sekadar geleng kepala.

Panda Cinta di sebelah saya memegang bahu, "kau ada pilihan untuk ke jalan yang situ, atau sana," dia merujuk ke empat jalan yang membawa saya ke dua tempat, di mana berdiri empat gadis yang berbeza.

"Bagaimana?" soalnya.

Saya memandang gadis itu kembali.

"Mereka tidak akan dapat menandingi awak," kata saya. "Sudah tengok 500 Days Of Summer?"

"Belum, tapi saya sudah tengok Cloudy With A Chance Of A Meatballs, best, ada banyak makanan..."

Ahhh, hati saya cair serta merta.

Kami terus berbual tentang banyak perkara di sebalik dinding halimuman itu.

"Rilek bro," bisik Panda Cinta, "gua cari cara untuk buat lubang kat dinding tu, kasi lu masuk,"

Saya angguk.

Joss Whedon tiba-tiba muncul di sisi saya dan berbisik, "once again, with a feeling..."

Dan tiba-tiba burung nuri, ikan emas, rusa jadian, serigala laut dan Panda Cinta menari mengikut rentak irama dari filem Sound Of Music.

WARNING: SPOILER FILEM DI BAWAH

Entri ini sempena filem 500 Days of Summer

Ia tidak sampai 500 hari untuk saya dan Farah Waheeda, Summer Finn saya.

saya bertemu Summer Finn saya beberapa ratus hari yang lalu.

Saya mendewikan Summer Finn saya dan dia, seperti Summer Finn di dalam filem, tidak percaya pada cinta.

Kami bercinta dan ya, sekitar hari ke 250++, kami "split up", seperti Tom dan Summer.

Pada hari ke 488, di restoran kegemaran kami (Aicu Wangsa Maju), kami bertemu buat pertama kali selepas sekian lama tidak bertemu. Seperti Tom di dalam filem, saya ucapkan selamat berjaya untuk beliau, si Permaisuri Sungai Long dan berharap beliau, Summer Finn saya akan menemui sinar cintanya.

Hah, selepas ini yang menariknya.

12 hari kemudian, di dalam filem, Tom akan ke satu tempat, dan bakal bertemu dengan seorang gadis. Dia mengajak gadis itu untuk keluar minum dan bertanyakan namanya.

"Autumn..." jawabnya.

Dan itulah pengakhirannya.

Pada perkiraannya, selepas hari ini, ada 5 hari lagi.

Cute.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.