ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for October, 2009

1. Beberapa siri gambar dengan ujikaji filter yang ada pada saya.

2. Majlis kahwin memang penat menguruskan tetapi seronok. Ramai saudara mara datang berkumpul.

3. Dalam ramai-ramai calon saya yang dijemput, hanya dua orang sahaja yang datang. Nampaknya tinggal dua finalis.

4. Ada saudara yang merajuk sebab tak melayannya sangat.

5. Peluang menge-test PA system Sindiket Sol-Jah. Verdict - sama ada - 1, pemain bass Kuala Lipis tak reti jaga sound atau 2- PA System Sindiket Sol-Jah jenama cokia.

6. Di kalangan saudara mara tak ada makwe yang menarik.

7. Ramai kata adik saya hensem, saya jawab, "seperti abangnya,"

8. Panda Cinta dan arnab si peniup seruling tidak puas hati kerana tidak dijamu dengan air jus epal. Mengada-ngada.

Lebih banyak gambar di cintalumi.

dsc_4535

dsc_4172

dsc_4521

dsc_4594

dsc_4484

dsc_3730

Antara siri tv yang tidak pernah miss (atau jarang miss) ditonton oleh Panda Cinta dan Arnab Si Peniup Seruling adalah Grey's Anatomy.

Malam itu entah kenapa saya menonton season 5 finale bersama Panda Cinta dan Arnab Si Peniup Seruling.

Dan saya menonton bersama fakta kemegahan Panda Cinta kerana dia (secara tidak rasmi dan saya nafikan) telah berjaya melaksanakan salah satu misinya terhadap saya.

"Kau perasan satu benda?" Panda Cinta bersuara. "Dr. Shepherd dan Dr. Grey, sepanjang lima musim siri ini menghadapi on dan off dalam hubungan mereka..."

Saya yang sedang menikmati muffin coklat yang dimasak oleh arnab si peniup seruling terhenti. "Jadi?"

Kemudian saya faham, dia merujuk makan malam saya bersama Permaisuri Sungai Long, pertama kali untuk tahun ini sejak perpisahan kami (Merangkap pertemuan penyerahan Shawl Bali kepadanya - dan dia memberi compliment terhadap pemilihan warna Shawl tersebut - dan - ada cerita lain menyusul yang menarik sebagai pengalaman kami berdua).

Saya sms, bertanyakan kepada Permaisuri Sungai Long, "So in which season are we in now?"

Pemaisuri Sungai Long menjawab, "Probably 3, Just after Alison left Derek,"

Interesting, jawab saya.

Sekurang-kurangnya masih ada 2 season lagi sebelum finale yang saya tonton ini.

Cute.

"Ah, Boring la Dr. Shepherd dan Dr. Grey, dalam Grey's Anatomy gua suka Dr. House", celah arnab si peniup seruling sambil terus baring menonton adegan Sandra Oh bercumbu dengan seorang doktor.

Ah, double cute.

Kerana flight delay.

Ah, Pemain Bass Kuala Lipis sudah ceritakan pun.

dsc_3010

Kami berada di balai menunggu. Flight yang sepatutnya pukul 725 ditunda ke 845. Orait!

dsc_3000

Ruang hisap rokok di LCCT.

dsc_3005

Panda menunggu dengan setia. Ini kali pertama dia naik kapal terbang. Sebelum ini selalu terbang dengan burung Phoenix. Dia tak berapa gemar kerana burung Phoenix tak pakai deodorant.

dsc_3017


dsc_3008

Cayalah. Flight ditunda pula ke pukul 915.

dsc_3042

Akhirnya pesawat Air Asia ke Denpasar Bali terbang juga membawa saya, Panda, pemain Bass Kuala Lipis dan Zulhabri ke Pulau Dewa.

Sekali lagi saya dapat seat berdekatan sayap, di tepi tingkap (walaupun sebenarnya dua seat lagi kosong pun).

Bersambung

Jika diizinkan tuhan, saya akan menulis sedikit coretan perjalanan saya ke Bali untuk beberapa hari ini.

Sementara itu, gembirakan hati anda dengan gambar;

dsc_3738

dsc_3767

dsc_3700

dsc_3082

dsc_3074

dsc_3344

dsc_3426

Tahun 2007 saya pertama kali ke Bali membawa kenangan yang menarik.

Sudah tentu pada waktu itu kenangan tersebut pahit, tapi setelah masa berlalu, saya bersyukur dianugerahkan pengalaman yang mendewasakan saya. saya takkan menjadi seperti saya sekarang kalau tidak kerana pengalaman-pengalaman sebegini.

Mungkin ada sesetengah blogger hidupnya penuh dengan keputusan yang bijak dan warna-warni yang lucu, saya tidak. ada kalanya saya buat benda bodoh dan adakalanya saya bertemu pengalaman bodoh.

Lagipun pengalaman tersebut sudah tentu saya jadikan modal "kalau tidak kerana pengalaman pahit di Bali, saya takkan bertemu dan berkahwin dengan perempuan seistimewa awak," yang bakal saya tuturkan kepada Si Dia yang belum saya jumpa.

whoaa, siapa geli angkat tangan?

Bali, tunggu saya...

(ditaip di LCCT dengan servis internet di sebuah kafe mewah - RM20 untuk setengah jam - punca - flight delay dan saya sungguh bosan)

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.