Isu ini sudah lama, tapikan,
Beberapa hari lepas saya tersedar kembali bila berbual dengan seorang teman, bila soal komentar dalam blog jadi ukuran populariti.
Dia kata, bukan kau tidak ambil peduli soal itukah?
Ya, sayakembali sedar saya pernah ada pegangan tidak peduli blog popular atau tidak.
Seperti teman saya, Bart, yang bagus juga blognya, tapi tidak mahu menghebahkan kerana lebih suka hanya teman-teman yang membaca blognya.
Saya, dan beberapa blogger yang pernah ditemui, kalau tidak banyak kali mesti pernah keluar ayat ini, "tak tahu nak tulis apa,"
Kenapa? Tulis sahaja apa-apa tanpa mengambil peduli "peminat".
Tapi blogger sudah dijangkiti perangai selebriti.
Kerana di peringkat ini, blogger sudah berevolusi dan mempunyai "peminat".
Lalu blogger berdiri sama tinggi dengan pelakon dan penyanyi, dari peringkat baik sehinggalah buruknya.
Benda-benda melibatkan 'peminat' ini datang dengan pakej hipokrasi. Nanti peminat lari. Imej dari kaca mata blog mesti dibina dengan teliti. Mesti nampak gah.
Tapi memang hati senang melihat diri dipuja peminat. Saya juga. Hati kembang. Rasa diri saya begitu macam bagus. Sayalah king of the world.
Tapi saya memang bagus pun. Sayalah yang terbaik. Sayalah yang paling betul. Awak yang bakal meninggalkan komen tidak bersetuju amat salah sama sekali.
Boo.
Ehehehe...

gua dah penat 'being' polite kat blog dgn jenama sendiri ajamihashim.. so, bicaraskrip tempat asal gua meroyan tak hengat tanpa ejaan skema yg betul dan draf2 karangan yg berjela serta kamus dewan edisi ke-4, maka gua up blk blog gua yg hebat itu! yeszaa! gua popular & selebriti! ada aku kesahhh! maka silalah lawati blog itu yer incik vovin! terimakasih
..gua mengaku gua BLOGGER SUPERSTAR jugak! kahkahkah!
..btw, tQ foto yg kau snap itu sgt meng-hensem-kan diriku! terimakasih sekali lagi
Kekadang Hiprokasi itu penting dalam menge'blog'
Elehhh, manusia berskala biasa pun hipokrit, inikan pula selebriti dan blogger HOT.
Hipokrit penting dude, malah amat penting, dalam hidup manusia. Pekung di dada dan lutut dan tumit kaki perlu disimpan baik-baik dalam kocek dan almari baju. Itu pesan Tuhan!!!
Woi.gua tak masuk campur ye.
haha.
tak lama lagi ada la program realiti utk bloggers plak.
tapi kan. sebab nak jadi superstar blogger..
sampai dah hilang jatidiri sesetengah penulis tuh. sebab dia dah menulis bukan kerana dirinya, tapi kerana peminatnya.
jangan jadi gedik sebab peminat sudeh!
keep and always be yourself.