Hari ini adalah hari yang bersejarah. Ini adalah entri 1/10.
1/10 saya tujukan kepada 7 bekas teman wanita saya. Kesemuanya boleh saya kira sudah "lost contact". Ada antara penamatnya berakhir dengan saya memaki-maki mereka di telefon, e-mel, YM dan blog.
Tidak kira salah siapa, dengan rasminya saya mencatat nota bahawa saya membuang segala benci-benci yang tersemat di dada saya sebelum ini.
Maka dengan itu saya memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah saya lakukan, sebagaimana saya memaafkan semua kesalahan yang telah saudari-saudari lakukan. Kepada yang mengenali saudari-saudari saya mohon panjangkan entri ini jika mereka tidak lagi membaca blog saya.
Semoga berbahagia dalam kehidupan ini di jalan masing-masing.
Lagu di bawah, tanpa sebarang prejudis saya tujukan kepada saudari-saudari semua, sebagai hiburan, laksana sebuah ending di mana hero dan heroin terpaksa berpisah, tapi masih boleh tersenyum dan berada dalam mood happy dan lagu ini mengiringi latar ketika kamera perlahan-lahan zoom out menampakkan ibu kota dan kredit roll.
peace!
Lagu sama, tapi versi ada makwe;
Untuk yang tidak nampak video youtube di atas, ini link: http://www.youtube.com/watch?v=_zSln9Jv7zo, http://www.youtube.com/watch?v=rxFQvXP2nKI

Fuck,
7 bekas makwe?
7???
HERO Kebal Maut... Oppsss HERO Kebal Putus Chinta.
Lu memang KEBAL!!!
Dalam ke-7 7 tu - berapa orang yang lu repeat semula?
seorang sahaja
Belum sampai makam tertinggi lagi.
Abang aku sepuluh!
Satu direject oleh bapa gadis dan gadis itu juga... Hmmm dan hmmm
dari 7 tuh, yang mana paling 'jauh' ko berjaya sampai? hahaha