ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for December, 2009

Laman web ini tidak akan memuatkan entri-entri terbaru sehingga ke tarikh yang akan saya beritahu kelak.

Terima kasih kerana mengikuti laman ini dan sejuta penghargaan atas sokongan pembaca sekalian.

We will resume our usual programme shortly.

Sehingga kita bertemu kembali.

++

Untuk sebarang komunikasi masih boleh berhubung dengan emel dan nombor telefon.

Dan akhirnya...

Cinta untuk orang yang mahukannya. Tanpa sebarang alasan. Tanpa sebarang penjelasan.

Cinta adalah untuk orang yang mahukannya.

Masa adalah sebuah alasan.

Termasuk jika kau mengejar makwe pengembara masa.

Bila kau muncul di Rumah PENA semasa acara MASKARA pada 5 Disember 2009.

Ketika Wani Ardy sedang asyik mendendangkan lagu.

Kau perhatikan Sinaganaga nakal mengusik makwe bergitar itu. Jigo yang sedang sibuk berurusan dengan orang yang mahu membeli Salun Eksotikata terbitan Sindiket Sol-Jah. Spyz yang sibuk di depan mixer sound system. OP dengan kamera DSLR cuba merakam sejarah. Mat Jan ternganga mendengar bunyi dan lagu. Azzam dengan jaket pantulan cahayanya.

Oh, Pipiyapong dan vovin yang duduk di satu penjuru sedang berdebar.

Kau berdiri di tepi tingkap menyalakan rokok. Mendengar deklamasi sajak orang seorang lelaki yang amat baru.

Dan ketika itulah sejarah diri kau tercipta.

Tatkala Pres Ban naik ke pentas memulakan acara.

Si penyanyi memegang mikrofon.

Dan si pemain gitar sudah memulakan petikannya.

Dan menyanyikan lagu istimewa.

Bilamana bahu kau ditepuk. Kau sedar siapa yang menepuk bahu itu.

"Awak takkan hilang?" kau menyoal si dia.

"Kalau awak tak hilang dulu," jawap si dia.

"I have all the time in the world," jawab kau.

"Who needs time?" soal si dia.

Kau dan dia, berdiri sebelah menyebelah, mendengar persembahan supergroup Pres Ban.

Dan masa bukan masalahnya.

Kerana kau, dia, takkan hilang lagi.

+++

"Satu misi sudah setel" bisik Panda Cinta semasa habis MASKARA.

Saya angkat kening.

"Satu pasangan sudah berjaya gua satukan! Hoyeh!" Panda Cinta membuat tarian shuffle.

Saya angguk sambil mengangkat tangan kepada gitaris Pres Ban. Persembahan yang sedia mantap.

"Sekarang gua nak fokus pada lu pulak," Panda Cinta terus bershuffle bersama pemain bass Kuala Lipis.

"Nah, lepak-lepak dulu," jawab saya. "Belum turn gua. Lu ada misi lain yang lebih penting bukan? Ingat tak?"

"Ya..." Panda Cinta angguk. "So gua tangguhkan cinta lu dulu,"

Panda Cinta dan Pemain Bass Pres Ban terus bershuffle.

TAMAT

Cinta itu melibatkan timing. Pang, kena penampar dengan pembaca sekalian sebab ulang benda yang sama.

Tak kira konek ataupun perempuan, kedua-duanya ada masalah timing.

Contohnya, yang tidak melibatkan sebarang entiti, timing amat penting untuk seorang yang bergelar pensyaraj kerana dengan gaya hidup senang lenang bersendirian ini, amatlah menjengkelkan jika ada lelaki, sebagai contoh seorang penulis blog yang tinggal di Ukay Perdana mengajaknya bercinta. Apa kes nak bercinta kalau hati lebih suka bersendirian. Kerja gila namanya itu. Adapun ia sekadar contoh. Tiadalah melibatkan sesiapapun hatta pecinta koewteow kerang dan baklava.

Padanlah muka si lelaki itu, gelojoh dan bodoh. Kawan-kawan si lelaki itu pun bersetuju melihat kegelojohan dan kebodohannya.

Dan kerja gila juga berdiri di tepi dinding Off Ramp Cafe menanti si dia.

Saya pandang jam. Sudah sepuluh minit berlalu.

Celaka. Makwe itu tak sampai-sampai.

Macam-macam benda yang saya fikirkan. Mungkin dia sengaja mahu main-main. Membiarkan saya menunggu dia. Melihat sejauh mana saya sabar untuk menanti dia. Mungkin jam mesin masanya rosak dan dia tersadai di zaman batu? Mungkin dia dirompak? Mungkin dia tertidur?

Saya melihat tiket di tangan. Show pertama Mookie Blaylock.

Di dalam Cafe penyanyi Mookie Blaylock sedang menyanyikan lagu Once. Dua lagu berselang dan penyanyi itu bakal menyanyikan lagu kegemaran saya, Even Flow dan Black.

Saya tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara bersejarah ini. Dan kalau boleh mahu menonton persembahan mereka bersama makwe ini.

Cafe ini yang mencatat sejarah sebagai medan sebuah kugiran baru (ketika itu) membuat persembahan pertama mereka sebelum ratusan persembahan pentas untuk tahun-tahun mendatang.

Makwe itu masih belum muncul ketika gitarisnya, Mike McCready memulakan riff Even Flow diikuti vokalnya, Eddie Vedder.

Saya masih diluar.

Menanti.

Peh, Kurt Cobain baru lalu depan saya tadi. Kugirannya juga pernah membuat persembahan di sini.

Ketika Eddie Vedder sedang menyanyikan lagu Black barulah makwe itu muncul.

"Saya pergi Off Ramp Cafe yang salah..." jawab makwe itu. "Awak tak cakap Cafe ini di Seattle!"

Saya sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala. Tubuh saya sudah mula menghilang.

"Ala, takkan dah nak hilang?" makwe itu bersuara.

Saya cuma angkat bahu.

"Bila kita boleh jumpa?" tanya makwe itu.

"Jumpa pada 5 Disember 2009, Rumah Pena, ketika persembahan pertama Supergroup dunia, Pres Ban" ujar saya.

Makwe itu angguk.

Saya hilang. Tiket Mookie Blaylock itu bertukar tuan.

Mookie Blaylock terus beraksi. Saya rasa mereka sendiri tidak menyangka kugiran ini bakal menjadi sebuah band legenda yang amat besar pengaruhnya dalam dunia muzik rock. Siapa yang tak minat mereka memang tak rock!

Bersambung

+++

+++

Pearl Jam - The First ever show!

Cinta semuanya tentang mencari timing yang sesuai.

Bayangkan jika kamu terlepas komen facebook si dia pada status wall mutual friend kamu dan si dia. Kamu add si dia menjadi 'friend' dan menyapa "terima kasih kerana add". Bayangkan ketika kamu membelek profil blogger si dia dan menaip alamat YM  si dia, bos panggil buat meeting dan kamu terlupa untuk menyapa, buat pertama kali si dia.

Bayangkan jika makwe/ atau pakwe kamu, bagaimana kamu berkenalan dengan si dia dan bayangkan jika senipis cara pun, berlaku sesuatu yang membuatkan timing pertemuan kamu dan si dia menjadi tidak betul.

Dan bayangkan, ini cuma bayangkan, tiada kaitan dengan realiti, katakanlah, kita beri contoh, seorang pensyarah wanita di Universiti sempena nama bekas Perdana Menteri yang mempunyai 3 ekor kucing, end up dengan seorang lelaki yang bukannnya penulis novel, pembikin filem pendek, penganjur acara, pendeklamator sajak, jurugambar, pencipta seni visual, pemain gitar dan beberapa kelebihan lagi, alangkah ruginya dia, bukan? Rugi kerana terpaksa menghabiskan hidup dengan seorang lelaki yang sederhana dan suatu hari nanti terdetik dalam hatinya, i wish i could turn back time and be with him (yang ketika itu sudah bersama audrey tautou). Contoh sahaja. Tiada kaitan dengan sesiapa pun.

Saya dan makwe itu mempunyai jam masa yang sama. Maka saya tahu mekanisma jam itu.

Makanya saya tahu juga jam itu mempunyai tempoh cuma tiga puluh minit untuk berada di satu-satu masa yang telah ditetapkan.

Memberi jawapan kenapa saya berpeluh mencari makwe itu berdasarkan klu: konsert Pink Floyd di Montreal pada 6 Julai 1977. Konsert penutup Pink Floyd untuk tour In The Flesh di mana Roger Waters membilang hari-hari terakhir bersama kugiran itu. (Ya, Zan, Animals Tour).

Bapak ramainya orang. Tapi saya tahu mencari makwe ini di celah manusia bukannya susah. Cari sahaja yang rupa Melayu. Lainlah pergi ke konsert di Bukit Kiara, memang majoritinya Melayu. Tapi nak mengorat memang payah sebab majoritinya datang dengan pakwe. Walaupun saya terkenal, tetapi makwe-makwe itu tidak memandang kepada populariti. Mereka memandang keikhlasan hati yang telus dan jujur. Sudah tentulah saya tidak mempunyainya.

Saya terus mundar mandir di sekitar Stadium Olimpik Montreal itu tanpa arah yang khusus. Ada mamat nak jual ganja, tapi saya tolak sebab saya tidak mahu terbau ganja ketika berbual dengan makwe ini. First impression itu penting.

Sekali sekala saya terkejut dengan dentuman mercun. Hampir perasan yang saya sedang menyambut hari raya.

Dalam stadium kedengaran Roger Waters sedang memaki-maki penonton.

Dan akhirnya saya melihat makwe itu, sedang berdiri di celah manusia-manusia yang berjalan.

Dan saya lihat tubuhnya semakin menghilang.

"Hei, hei," jerit saya dan berlari mendapatkan makwe itu.

"Awak lambat," makwe itu bersuara.

"Kejadahnya, awak tak kasitau exact timing..."

"Bye..."

"Jumpa saya depan pintu Off Ramp Cafe, 22 Oktober 1990 pukul 8 malam! Sharp!" jerit saya.

Makwe itu sekadar angguk sebelum hilang sepenuhnya.

Ada peluang lagi. Saya seluk kocek saya dan memandang dua tiket show di Off Ramp Cafe. Ya, dalam aktiviti mengorat, persediaan awal itu perlu.

Shine on you crazy diamonds berkumandang sambil saya melayan kepala dengan irama gitar Dave Gilmour.

"Lentok nampak, try sepam," mamat yang cuba jual ganja tadi tiba-tiba menyapa.

Bersambung

+++

+++

Roger Waters maki:

"Oh... for fuck's sakes, stop letting off fireworks and shouting and screaming, I'm trying to sing a song! I mean I don't care, if you don't want to hear it, you know... fuck it. I'm sure there are a lot of people here who do want to hear it. Why don't you just be quiet? You want to let your fireworks off go outside and let them off out there. And if you want to shout and scream and holler go do it out there, but I'm trying to sing a song that some people want to listen to it. I want to listen to it."

Izinkan saya menulis ungkapan dalam bahasa Inggeris, yakni;

"Love is about finding the correct timing"

Kerana tanpa timing yang munasabah, sebaik mana kimia (chemistry) yang ada pada kamu dan si dia, segalanya menjadi masalah.

Katakanlah, kamu berkenalan dengan seorang pensyarah, yang mana kamu berdua punya kimia (chemistry) bapak mencantumkan segala jadual berkala kimia, tapi kalau kamu bertemu waktu timing dia belum ready, segalanya seeba tak kena. Lantas lelaki selepas saya yang timingnya betul amat bertuah memilikinya. Misal sahaja. Saya beri contoh. Tak ada kaitan pun dengan pensyarah di Universiti Sungai Long sana yang berasal dari Johor dan baru beli kereta Honda dan penyumbang nombor satu kutipan tiket filem Mikel Jeksen di Malaysia.

Timing...

Maka pertemuan saya dan si dia yang hendak saya ceritakan berlaku pada 7 Mei 1824 ketika Beethoven pertama kali memainkan Simfoni No.9. Memang kebiasan saya ketika bosan pergi mengembara masa dan melawat-lawat insiden dunia.

Timing...

Kerana pertemuan saya dan si dia amat sempurna timingnya.

Tapi malam itu, mata saya terpana pada satu susuk tubuh dan wajah yang sungguh bukan Victorian era. Saya cuma menggunakan teknik mengusha tapi konon-konon tak usha seperti yang saya biasa buat ketika mahu mengusha makwe-makwe tunjuk dada di Pelita Jalan Ampang.

Tapi dua kali, YA, dua kali saya kantoi dalam proses pengusaharan itu. Makwe itu memandang tepat ke arah saya. Saya senyum. Tapi makwe itu tak senyum balik. Dia pandang depan balik. Tu biasa berlaku.

Sepanjang konsert hati saya tak tenteram. Saya asyik memikirkan bagaimana saya hendak menegur makwe itu. Saya perasan juga makwe itu ada dua tiga kali pandang saya. Saya amat pasti dia berseorangan. Tiada kawan dalam bentuk lelaki berkonek atau perempuan tidak cun yang cuba jadi over-protective friend.

Simfoni masuk forth movement, mamat orang putih di sebelah saya sudah mula buat headbanging. Apa cerita dengar lagu klasikal nak headbanging?

Saya keluar mencari tandas.

Saya kata Love is about timing.

Makwe itu berdiri betul-betul depan saya

Peh, lawa juga. Muka iras-iras Julia Stiles tapi Melayu.

Harap suara dia bukan suara jantan.

Tiba-tiba dia mula hilang.

Aiseh, dia pun pengembara masa.

"Boleh kita jumpa lagi?" jerit saya.

"Pink Floyd, Montreal, 1977 ", balas gadis itu dan hilang.

Saya terpana. Saya lihat jam saya. Bateri masih penuh untuk satu trip ke tahun 1977.

Baik! Saya akan kejar makwe tu!

Ah, celaka. Pukul berapa dia ada dan what exact place?

Bersambung

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.