3 aktiviti mengorat makwe paling Fear Factor dalam sejarah kerjaya saya sebagai pencinta wanita;
1. Makwe Pertama
Kisahnya bermula dengan tragedi. Ramai orang terlibat dalam kejadian ini termasuk saya dan makwe (yang sebelum itu belum jadi makwe). Kenalan rapat saya rasanya tahu kisah ini. Yang pasti, makwe (bekas makwe) saya jatuh hati, kerana katanya saya kelihatan cool menghadapi situasi tersebut. Tenang bagai tasik. Padahal dia tak tahu dalam hati bagai lautan gelora.
Beberapa minggu kemudian saya tanya dia, "nak jadi girlfriend saya,"
Kami bercinta beberapa bulan sebelum dia berpindah ke tangan lelaki yang lebih baik tetapi kurang macho berbanding saya.
2. Gadis Pekan
Muka ada iras-ira Camelia versi bukan artis. Masa taip entri ini baru saya perasan gaya percakapannya sama jenama dengan Pipiyapong, cuma suara lebih lunak. Minat terhadapnya membuatkan saya menulis sebuah novel untuknya.
Diserahkan semasa saya, dia dan rakan-rakan lain bercuti di Cherating. Memang segala isi perasaan diluahkan dalam novel itu.
Tapi dia bukan novel cinta. Novel itu melibatkan karakter-karakter budak rumah di Shah Alam semasa saya belajar. Cerita thriller mengenai seorang demi seorang budak rumah hilang (nota: kami tinggal 16 orang satu rumah). Baki budak rumah pergi mencari. Subplot - kisah saya syok dengan minah ini yang kemudian (tipikal plot thriller) terlibat sama dalam penyiasatan. Cerita memang macam celaka.
Mujur Gadis Pekan tidak menerima cinta saya kerana beliau telah menemui kebahagiaan bersama beberapa orang anak ketika ini. Kalau memilih saya, barangkali waktu ini masih belum kahwin.
3. Tauke Spa
Ha, kejadian paling klasik dan berani yang pernah saya buat.
Dia adalah seorang makwe berwajah amoi yang bekerja berdekatan pejabat lama saya. Mula-mula saya memang ingat wanita Cina. Rupanya Melayu. Tauke Spa.
Suatu hari yang damai, disaksikan oleh Bart Ahmad dan wartawan Kosmo Che Wan Sofiatul Shima (ketika ini mereka berdua masih bersweet dan bersayang, tak macam sekarang - laksana Israel dan Palestin), saya merangkul segala semangat yang ada.
Susuknya muncul hendak ke kereta untuk pulang bekerja. Dengan segala kudrat yang ada, dengan segala doa, dengan segala tepisan rasa malu, saya menggagahkan kaki untuk melangkah satu demi satu ke arahnya. Setiap langkah memang tak payah cerita, seperti kaki diikat pada badan lori yang disambung pada sebuah jentolak bersaiz sederhana. Dia sudah hendak menyeberang jalan tatkala saya menjerit;
"Iefa..."
Iefa berpaling.
"Errr...aaa...saya nak berkenalan dengan awak," kata saya dengan suara yang dikawal tonasinya agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi gementar. "Awak ada kad?"
Iefa tak ada kad (tipu)
"Ini kad saya," saya berikan dia kad nama saya. "Kalau sudi, boleh telefon," kata saya , "have a nice day," saya berlalu pergi.
Esoknya saya dapat YM Iefa.
Dia beri saya seketul batu warna warni.
Tiada apa-apa yang terjadi kepada saya kerana selepas itu Iefa dengan diplomatiknya menerangkan tentang saya dan dia amat berbeza dunia.
Plus, beza umur yang agak ketara, baginya. Waktu itu saya dalam umur 24 atau 25, sedangkan dia, sudah hendak pertengahan 30-an, bayangkan kalau sekarang?
Di atas tiga kes paling utama, dalam beberapa lagi kes yang lain yang melibatkan saya pernah 1. Membuat lagu, 2. Menjadikan dia adik angkat, 3. Mengajak menonton wayang dan beberapa taktik lagi.
Bart Ahmad pernah menyanggah idea "perempuan suka lelaki yang berani meluahkan isi hatinya,"
Bart Ahmad pastinya berasakan pendapatnya betul kalau mengkaji kes saya, di mana, hampir semua perempuan yang saya cuba dekati dengan idea "keberanian" itu, gagal ditangkap hatinya.
Untuk kes-kes saya, mungkin. Dari 7 edisi percintaan, selamat saya katakan hanya 2 yang usaha permulaan datang dari saya. Selebihnya, secara separa sedar mungkin, dimulakan oleh si wanita.
Kita tengok dari mana datangnya versi kelapan (dan harapnya yang terakhir) nanti. Siapa yang akan mulakan game ini?
Humchaa.

My inspirator! huuu haaa! (ada nada mendayu)
Kad. hmm, haram tak telefon.
Kes aku 2001, satu gereja tak suka, mak dia sorokkan surat, paderi kahwinkan dia dengan anaknya.
Kemudian facebook menemukan kami dengan mesej, "Hi kenal lagi tak, bila klik suami isteri dan anak pertama!"
Merosakkan mood sepanjang hari.
Wah!
Sekarang hahaha! Jadi macam filem Will Smith, Hitch.
Ada sesiapa mahu boleh jadi
cool!semoga yg ke 8 itu berkekalan
aaaminnnnnn
yg pertama tu saya tahu kes apa.
Ada dua tiga kes - memang aku terlibat secara tidak langsung, ha ha.
Humchaaaa!
Ohh yang aku tahu aku tak PERNAH terlibat lansgunggggg.... dalam kes chinta-putus-chinta-rujuk-balik-putus-lagi oleh vovin...
Feerrr lega.... *sambil lap peluh dengan t-shirt google*
Taf Teh - T-shirt google itu aku beri pada bekas teman wanita aku, Farah Waheeda. Sila pulangkan. Itu hadiah aku pada dia sahaja, bukan orang lain.
Seperkara lagi Cik Taf Teh, Farah Waheeda, setakat ini, perempuan paling sempurna dalam hidup saya, perbandingannya rating dia adalah 9/10, yang menduduki ranking kedua adalah 6/10.
Maka molek benar agar tiada kata-kata kurang baik dilemparkan kepada dia.
Terima kasih.
Kau kena terbalikan ranking 10/9
Zamri - nombor lapan nanti mungkin aku dapat 10/9, siapa tahu kan?
macam bangsat!!
hahaha..
Adzakael - kesilapan itu biasa.
atau boleh jadi seperti seorang teman yang obses dengan risk calculation, takut membuat silap, takut dilihat berbuat silap, sehingga apa pun tak jalan.
Kesilapan mendewasakan, biarpun ayat itu cuba dielak oleh orang yang mahu berfikiran diluar kotak, nak tak nak, sesetengah benda, perlu dijalani dalam keadaan klise.
Aku suka sesetengah klise, menjadikan aku tidak mahu menjadi superman.
citer la cmne di-ayat pmpuan.
Ohh Tuhan, aku sedang (telah???) menyaksikan satu khesah Chinta Agung Vovin.
(Nota untuk FW, amacam, best tak dapat rate 9/10? Cheeechheeewahhhh...)