Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

AIDIL ADHA

Aidil Adha kali ini mungkin agak isitimewa, kerana bersempena dengan nama kampungnya - Raya Haji, memang raya kali ini secara terus ada kaitan dengan musim haji.

Ini kerana mak dan abah berada di Arab Saudi untuk menunaikan rukun. Sekali sekala dapat jua sms mak menceritakan perasaannya ketika berada di sana.

Mungkin kalau ada kesempatan, tahun depan ketika saya backpack mungkin boleh terus masuk Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji.

haji-01Beg jemaah. Penuh dengan tag. Tag sana, tag sini.

haji-04

Seperti orang tua lain di seluruh negara, sebelum pergi mesti cium-cium cucu paling kecil. Saya hantar mak dan abah ke Kelana Jaya sekitar tengah hari dan pulang semula. Petang baru konvoi dengan adik beradik untuk urusan salam-salam dan peluk-peluk. Kelihatan adik sedang mengajar abah penggunaan kamera Lumix yang saya agak tidak digunakan pun nanti.

haji-06

Melepak di kafeteria Bangunan Tabung Haji Kelana Jaya sebelum menanti keberangkatan dengan bas ke KLIA. Mendapat perkhabaran flight delay kerana ada jemaah meninggal dunia di dalam kapal terbang. Burger kafeteria boleh tahan sedap. Tapi apa cerita servis kaunter macam servis jabatan kerajaan?

haji-05

Baby Rina, (cucu paling kecik ketika ini - sebelum saya memproses anak sendiri untuk dicucukan kepada mak saya nanti) yang kini sudah bertukar menjadi Pingu. Mak menanti saya memproses cucu untuk beliau. Saya katakan nanti. Perlu cari wanita untuk memprosesnya. Saya suruh mak doakan di depan Kaabah agar Audrey Tautou sudi menerima lamaran saya.

haji-09

Khemah-khemah disediakan di sekitar bangunan Tabung Haji. Di luar sana siap ada Baazar musim Haji, gerai-gerai jual barang-barang. Khemah-khemah ini khusus untuk jemaah melepak bersama saudara mara sebelum menanti waktu naik bas yang akan membawa mereka ke KLIA.  Suasana meriah seperti hari raya. Cuma bezanya sini ramai pakai ihram.

haji-11

Mood Baby Rina baik hari ini. Kami tiba sejak pukul 4 petang. Sehingga 9 malam Baby Rina masih dalam keadaan comel dan manja tanpa sebarang aksi yang mencurigakan seperti merengek, menangis, meminta wang dan sebagainya. Mungkin dia teruja melihat ramainya orang atau teruja kerana baju Pingu yang dipakainya. Sempat juga seorang budak lelaki mengorat Baby Rina.

haji-13

Namun emosi Baby Rina yang baik itu mendatangkan satu masalah. Beliau aktif melakukan aktiviti lari-lari bayi di sekitar premis Bangunan Tabung Haji memaksa ibunya yang kurang bersenam turut sama menjalani kehidupan berlari-ibu-mengejar-anak bagi memastikan Baby Rina selamat. Kelakuan seekor Penguin manusia ini menarik minat orang disekitar untuk melihat dan ketawa. Saya cuba memastikan agar saya kelihatan seperti seorang lelaki yang senang dengan kanak-kanak bila ada makwe lawa yang lalu.

haji-15

Bergambar sebelum masuk ke balai berlepas (maksudnya naik bas).

Semoga mak dan abah berjaya dapat apa yang mereka nak di Arab Saudi. Harapnya mereka tidak lupa mendoakan saya dan adik-adik dan jangan sekali-kali lupa tentang doa Audrey Tautou tu.

Lebih banyak gambar di facebook:  http://www.facebook.com/album.php?aid=174249&id=645368695&l=73e4f5f0e3

6 Responses to “AIDIL ADHA”

  1. Der. Taktik buat baik dengan budak depan makwe tu biasanya menjadi.

    Gua pernah hampir dapat no telefon amoi salesgirl the store gara-gara dukung anak sedara kat bahu. Sweet kan?

    ha ha ha

  2. rembo - gua ada praktikkan masa kat Tabung Haji ni. Gua dukung anak buah gua ni keliling area tu. Naluri gua kuat mengatakan ada dua tiga makwe jeling-jeling tergoda.

  3. kome beghaye mane vin?

    Alima?

    kehkehkeh..

  4. Lepas ni aku nak panggil abah kau - 'Ji'.

  5. Selamat Hari Raya Haji Vin,
    semoga segala doa mak kamu termakbul...

    p/s Audrey Tautou tu nak sebut macamana ye ? kikikiii

  6. kekeke.. hampeh je :p. tp, mmg ppuan suka dgn lelaki yg suka budak2 :p. sesuai di buat laki kekeke :p

    selamat hari raya aidiladha

Leave a Reply