ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Seorang painter berbakat yang kini tidak lagi melukis atas alasan tiada masa bertanya (atau sebenarnya membuat konklusi);

Bahawa bukan salah Panda Cinta dia masih belum berjaya untuk misi saya.

Konklusi itu saya dan painter itu (serta Panda Cinta kemudiannya) capai setelah gagal menjawab soalan berikut;

"Apa ciri-ciri perempuan yang kau nak?"

Apa yang saya mahukan?

Iya tak ya, apa yang saya mahukan sebenarnya? Kerna, saya tidak punya jawapan untuk soalan itu.

Mungkin kerna itu, dikala beberapa karakter sedang sibuk bercerita tentang seorang gadis di sebuah pejabat salah seorang Sindiket Sol-Jah, tentang betapa cantiknya dia, saya melihat gambarnya dengan rasa biasa.

Panda Cinta memandang gambar gadis itu dan melihat saya,

"Tak mau?" soalnya. "Gua boleh cuba hantar memo cinta pada dia,"

Saya tidak menjawab. Angguk pun tidak, geleng pun tidak.

"Kau tak ada rasa," kata Panda Cinta. "Aku hantarkan saja, mana tahu menjelang memo ini sampai, kau sudah punya rasa,"

Saya sekadar membeku.

Dua minggu ini ramai juga gadis hot yang saya jumpa. Di Art For Grab, di online, di Rumah Frinjan, di Wangsa Walk, di Aicu.

Tetapi kenapa saya tiada langsung mahu mendekati rasa itu?

"Tak ada rasa tambah kicap la beb," celah Arnab si peniup seruling tiba-tiba.

Saya dan Panda Cinta memandang Arnab si peniup seruling yang asyik menghadap sepinggan lemang.

11 Responses to “APA YANG KAU CARI?”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.